http://www.youtube.com/watch?v=WmfKU8jVlBo
Dalam Malaysiakini telah ditulis mengenai cerita konvoi jelajah Oren telah 'diserang' orang-orang Felda yang melakukan sekatan bagi menghalang puak-puak penabur fitnah ini masuk ke kawasan mereka.
Menurut Malaysiakini kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. Seorang peserta jelajah Oren khabarnya berdarah di kepala kerana kena tunjal .
Tidak dinafikan mereka yang melakukan sekatan ini penyokong Barisan Nasional berdasarkan bendera yang dibawa dan kita tahu mana-mana Felda pun adalah kubu kuat Barisan Nasional.
Tindakan kumpulan Oren ni menjelajah dari satu Felda ke Felda lain boleh dilihat seperti tindakan cuba memprovokasi, tambahan pula dibawa dengan cerita-cerita fitnah berkenaan saham FGVH , walhal penduduk-penduduk Felda sudah pun dapat habuannya.
Berbalik kepada cerita kekecohan yang berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara. Malaysiakini melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawal apabila cermin kereta dipecahkan dan seorang peserta jelajah Oren tercedera kepalanya .
Dari rakaman video yang diperolehi dalam Facebook salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku, dengan jelas sekali ada tindakan yang boleh mengancam nyawa penduduk dilakukan oleh konvoi jelajah Oren, salah sebuah 4WD dikatakan telah merempuh sekatan dengan agak laju . Tindakan mengancam nyawa itu sudah semestinya menimbulkan kemarahan orang ramai.
SUMBER: LAMAN FACEBOOK ANTI SEMUA SALAH UMNO
Kita lihat pula apa kata HARAKAH dalam hal ini:
JEMPOL: Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli hari ini menyangkal dakwaan laporan Sinar Harian hari ini bahawa peserta Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam merupakan orang luar dan kekecohan berlaku kerana peserta Kembara Oren tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.
"Saya menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang mengatakan bahawa peserta konvoi merupakan orang luar. Mana ada? Kecuali empat atau lima orang kepimpinan PAS Negeri Sembilan dari Seremban yang membantu kita dari segi logistik, kordinasi dan keselamatan pemimpin, selebihnya merupakan peneroka dan anak peneroka dari seluruh Negeri Sembilan termasuk dari tanah rancangan Felda yang kami bercadang masuk pada mulanya.
“Laporan sumber Sinar Harian yang mengatakan kami tetap berkeras mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara adalah tidak benar sama sekali.
"Bagaimana kami nak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara sedangkan mereka terlebih dahulu telah membuat sekatan jalan di jalan utama yang menghubung Felda Jelai dan Gemencheh.
"Apa kuasa mereka mengadakan sekatan jalan dan menghalang kami terutama di jalan utama," tanya Abdul Rahman.
Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol, berkata memandangkan situasi amat tegang dan panas, Kembara Oren memang telah membuat keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
"Bukan Felda Bukit Rokan Utara sahaja malah di Felda Bukit Rokan Barat pun kami tidak masuk walaupun di simpang masuk Felda Bukit Rokan Barat keadaan tidaklah tegang macam di Felda Bukit Rokan Utara.
"Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.
“Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.
"Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
"Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.
"Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional," jelas Abdul Rahman.
SUMBER: HARAKAH DAILY
adakah didalam video ini pacuan 4 roda itu berundur selepas diserang atau ianya meluncur secara merbahaya dan kemudian berundur..
adakah dalam video yang kita lihat, cermin pacuan 4 roda itu pecah ketika ia meluncur kearah penduduk atau selepas ia membahayakan keselamatan orang ramai??
adakah ianya menyelamatkan diri atau ianya adalah provokasi melampau?
Sangat BIADAP dan tak boleh diterima akal yang waras.. memandu laju merempuh warga FELDA yang tidak menerima kedatangan mereka...
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..