SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, December 24, 2012

Ronnie Liu Kantoi Lagi.. MB Khalid Masuk Hospital?




SHAH ALAM 21 Dis. - Polis Selangor kecewa apabila sebanyak 188 permohonan untuk menyita premis judi tanpa lesen yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sejak Januari lalu tidak diambil tindakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, selain permohonan untuk menyita premis, pihaknya juga telah membuat sebanyak 541 permohonan untuk memotong bekalan elektrik terhadap premis mesin judi tanpa lesen.

Bagaimanapun kata beliau, hanya 85 permohonan telah diambil tindakan baru-baru ini selepas pertemuan dilakukan dengan pihak terlibat.

"Sehingga awal Januari hingga 19 Disember lalu, polis telah menjalankan 7,809 serbuan; merampas 26,655 mesin judi dan melakukan 2,045 tangkapan berkaitan kegiatan mesin judi tanpa lesen.

"Kita juga telah mengenal pasti 1,577 premis yang pemiliknya dipercayai membenarkan aktiviti mesin judi tanpa lesen berdasarkan serbuan yang telah kita lakukan.


"Tetapi saya kecewa kerana ada pihak yang hanya menuding jari kepada pihak polis dalam isu ini," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang melaporkan penguatkuasaan longgar di Selangor menyebabkan kegiatan perjudian di negeri itu meningkat umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan'.


"Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu dilaporkan berkata, 'tidak banyak' yang boleh dilakukan oleh PBT mengenai perjudian haram di negeri itu.
Beliau juga dilaporkan mahu polis memainkan peranan yang agresif kerana dakwanya sebagai kakitangan penguatkuasaan dari PBT tidak bersenjata dan mereka bergantung kepada kerjasama polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain."

Sementara itu, mengulas mengenai desakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam agar polis menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes kematian pemandu sambilannya, S. Natchymuthu, 53, di Seksyen U9, Sunway Kayangan di sini pada 18 Disember lalu, Tun Hisan berkata, penubuhan unit siasatan itu tidak perlu.

Ini kerana jelas beliau, pihaknya telah melakukan siasatan dan menahan suspek kejadian.

Mengenai tuduhan polis tidak mengambil tindakan terhadap 10 laporan polis yang dibuat oleh Natchymuthu sebelum kematiannya, beliau berkata, itu hanya tohmahan kerana pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung satu laporan yang dibuat.

Tambah beliau, sembilan lagi laporan didapati dibuat untuk membela diri terhadap 22 laporan polis terhadap Natchymuthu oleh orang awam.



SUMBER.


AKU: Biasa la tu... bukan tak biasa dengar mereka ni menunding jari pada orang lain atas kelemahan sendiri..

WELCOME TO SELANGOR!!!!



hmm.. melayu...

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..