SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, June 1, 2009

Kerajaan yang Mantap.. Pakatan yang Malap...









Pas tidak konsisten dengan slogan mereka

BESUT 31 Mei - Pas tidak konsisten dengan pendirian mereka, malah dalam sesetengah kes sering bercanggah dengan slogan ciptaannya sendiri, kata Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin.

Sambil memberi contoh, beliau berkata, dulu parti itu mengemukakan gagasan hudud qisas diikuti negara Islam dan kemudiannya negara berkebajikan, kerajaan perpaduan dan akhirnya Islam untuk semua.

Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan UMNO bila mana ia tetap meneruskan agenda dan usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

''UMNO tidak pernah terpesong daripada dasar walaupun berlaku pertukaran pucuk pimpinan parti dan negara.

''Yang berubah kepada UMNO hanyalah dari segi pendekatannya yang dibuat menerusi konsep dan gagasan sesuai dengan peredaran masa bagi mencapai hasrat yang telah ditetapkan sebagai pemerintah,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Peralatan Sukan Cawangan Empat Peringkat di Bangunan UMNO Bahagian Besut di Jertih di sini semalam.

Sebanyak 70 wakil cawangan UMNO dalam bahagian Besut menerima bantuan peralatan di bawah peruntukan Ahli Parlimen Besut itu yang bernilai RM400 bagi setiap cawangan.

Abdullah berkata, dari segi pendekatan sememangnya ada perubahan yang dapat dilihat daripada gagasan dan slogan sejak Perdana Menteri pertama sehinggalah sekarang, tetapi dari segi tujuannya tetap sama.

Jelas beliau, apa yang dapat dilihat soal hudud dan qisas masih samar dan begitu juga negara Islam yang gagal diperjuangkan oleh Pas kerana mendapat tentangan daripada rakan mereka sendiri dalam pakatan pembangkang.

''Apa yang cuba ditonjolkan oleh Pas menerusi slogan mereka yang kononnya hebat itu sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh UMNO walaupun tidak digembar-gemburkan,'' katanya

ketika aku membaca artikel ini di laman web utusan.. aku terus berkata.. "baru sekarang nak cakap macam ni... patut dari dulu lagi dah..."

ye la, perkara ini memang jelas dari dulu lagi... parti politik yang mencanangkan yang dia memperjuangkan islam dan menuduh pihak lain kafir kerana kononnya memperjuangkan perlembagaan kafir, berkongsi kuasa dengan orang kafir, tidak memperjuangkan hudud kini menjilat balik kata-katanya...

dan.. bukan baru kali ini berlakunya perkara seumpama ini...

setiap kali pilihanraya... tak kita kecil atau umum... maka canangannya akan berbeza...

mudah sajalah... kita lihat sebelum PRU 12.. tiada kisah tentang HUDUD... tapi bila PRK Kuala Terengganu.. Isu ini di timbulkan semula... dan semudah ditimbulkan... orang yang sama, tak berapa hari kemudian mengatakan bahawa pelaksanaan hudud perlu mendapat persetujuan dari rakan dalam pakatan mereka....

mudah sahaja menjual hudud yang menjadi hukum Allah sebagai bahan lelongan politik....

muak aku melihatnya... tapi.. yang diluar sana sudah meluat jugakah ataupun tetap terpesona dengan permainan silap mata golongan oportunis ini?

Hmm.. Melayu....

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..