SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, July 28, 2012

DAP KANTOI CUBA TIPU ORANG ASLI..



Bandar Seri Jempol: Penduduk Orang Asli Sungai Lui dekat sini, gempar apabila seorang pemimpin pembangkang mendakwa kampung itu akan dicemari sisa toksik apabila projek pelombongan emas dijalankan di situ.


Difahamkan seorang pemimpin DAP dari Pahang pergi ke kampung itu Selasa lalu, dan memberitahu penduduk projek berkenaan mendapat kelulusan kerajaan negeri. 


Penduduk yang bimbang dengan dakwaan itu membuat laporan polis di sini, malam kelmarin. 


Namun, penduduk lega apabila ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menemui mereka semalam dan menafikan dakwaan itu.


Wakil penduduk, Asai Patik, 40, berkata beliau dihubungi wakil rakyat DAP itu melalui telefon bimbit meminta menghimpunkan penduduk.


“Kira-kira 300 penduduk terkejut dan ada yang takut mendengar kenyataan pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas.


“Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” katanya. 


Lawatan pemimpin DAP itu mendapat liputan dalam beberapa akhbar Cina, memaparkan penduduk bergambar bersama ADUN DAP dan rombongannya.


Dipetik dari : Berita Harian


hmm.. melayu..

PEMBOHONGAN LYNAS LAGI!!

Kuala Lumpur: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd semalam menarik balik samannya terhadap pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)', MToday News. 

Keputusan itu selepas MToday News memohon maaf kepada Lynas atas penyiaran artikel memfitnah yang disiarkan dalam laman webnya.

Penyelesaian saman itu direkod di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin. 
Peguam MToday, Rueben Mathiavaranam memberitahu pemberita bahawa sebagai sebahagian terma penyelesaian, Lynas menarik balik saman dan defendan berjanji tidak akan menyiarkan lagi sebarang kenyataan anti-Lynas. 

"Mahkamah juga membuat keputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos, tiada bayaran kerosakan dan tiga artikel terbabit perlu dikeluarkan dari (laman web) FMT," katanya. - BERNAMA

dipetik dari: Berita Harian


Keratan Akhbar Dalam Entry Sebelum ini
hmm.. melayu..

Wednesday, July 25, 2012

Gadis Ponteng Sekolah Dirogol Teman Lelaki..

tajuk ini sering kita baca si akhbar-akhbar tempatan..
seorang gadis yang masih bersekolah di Kajang ponteng sekolah untuk menonton wayang dengan teman lelakinya berusia 22 tahun tapi kemudian dirogol di rumah kosong..

sering juga kita tanya, walaupun banyak pendedahan di media- media tapi kenapa mereka masih tidak mengambil iktibar?

Pada aku ini adalah refleksi kepada sikap masyarakat tu sendiri..
hari ini walaupun kita semua tahu bahawa pembangkang hanya mampu berjanji tapi tak mampu menepati janji namun kita masih lagi beria-ia mengatakan mereka adalah "alternatif" kepada kerajaan hari ini yang kononnya Korup, tidak menjaga kepentingan rakyat dan mempercayai apa saja fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan walaupun segala kemewahan dan bantuan yang diberi dinikmati oleh mereka..

biarlah.. aku dah bosan memperingatkan, cuma sekarang akan kembali bercerita untuk mereka yang ingin sedar..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan.. Selamat Datang Keberkatan..

Alhamdulillah.. Ramadhan datang lagi dan kali ini ujian lebih besar menanti kita.. semoga perjuangan untuk Agama Bangsa dan Tanah Air akan mendapat keberkatan dariNya..

Marilah kita sentiasa berdoa semoga Nikmat dari Allah kepada Malaysia selama ini melalui BN dan diteruskan menerusi pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak..

Insya Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 18, 2012

Portal Pembangkang Mohon Maaf fitnah LYNAS!!!


Utusan Malaysia hari ini menyiarkan portal Free Malaysia Today membuat permohonan maaf terhadap Lynas kerana munuduh projek pemprosesan nadir bumi sebagai merbahaya tanpa bukti saintifik...
Permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh pengendali portal berita itu Mtoday News Sdn Bhd..
Tapi persoalannya kenapa in hanya mendapat liputan yg sedikit di dalam Utusan Malaysia??
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 14, 2012

Perokok Lelaki Kurang Sperma


Perokok Lelaki Kurang Sperma


LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak.


Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.


Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan.


Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.


Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki.




Sperma tidak sihat akibat merokok
Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.


Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh.


Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. � Agensi


Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum.


Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah.


Hampir separuh doktor – 44 peratus – mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.


Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang.


Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.


Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain.


“Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.


“Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga,” katanya.



dipetik dari laman: panduan percuma



hmm.. melayu..

Friday, July 13, 2012

Dari Minda Tun Dr. Mahathir



Dari Minda Tun Dr. Mahathir


GOVERNMENT by Che Det


1. We are seeing some strange things happening in Europe. This continent of rich developed countries is going through afinancial and economic crisis that resists attempts to turn it around and recover.
2. Several countries of Europe are actually going bankrupt. Greece is bankrupt. Now Spain is practically in recession. Reports indicate that Portugal and Italy are also in deep financial trouble. Even the UK and France are in trouble.


3. Where did they go wrong? It is important to know the reasons for their decline because we who are fond of copying the Europeans might be going the same way.




4. I am not an economist of course. Neither am I a financial expert. But as a layman I noticed certain things which may have a bearing on the decline of Western nations and the United States of America.
5. Simply put the decline is due largely to living beyond their means. In other words they are spending more money than they actually have or earn.


6. Younger people may not be aware of it but there was a time when all the white goods, machinery and motor vehicles that we bought were from Europe and America. Today you hardly see any of them. We now buy everything from Japan, Korea and China. The products of Europe and America are too expensive and often of poorer quality that we just don’t buy them.


7. Their high cost is due to their paying their workers wages many times higher than what they should be paid for the productivity level they achieve. They also reduce working hours per day, lesser number of working days per week. They give long holidays to their workers, high overtime allowance, generous pensions and medical care etc.


8. Even then their workers are not satisfied. They go on strike, which actually increases the cost of production. They may be given what they demanded even if their employers could not afford. The price of their products or services had to be raised again even though they were already too high and uncompetitive.


9. Rapidly they lost the market. Unemployment increased and unemployment benefits had to be paid out by the Government just when revenue decreased due to decreasing sales of their products.


10. Countries like Germany may be able to sustain the high cost of production while maintaining high living standards. This is because Germans work hard and are productive. But the poorer countries of Europe such as Greece, which tries to live like the rich, cannot. So they borrowed money.


11. We can borrow if we can invest for greater return in order to repay. When we borrow in order to just spend, we will never be able to repay. What can happen to individuals who borrow in order to spend can also happen to countries. They go bankrupt.


12. Is there a lesson in this for Malaysia? I think there is. We in Malaysia like to live well. If we cannot pay for it then we can ask the Government to pay. We believe the Government has unlimited amounts of money to pay for everything.


13. At the same time we want tax rates to be reduced. As for the tolls they should be abolished. We seem unaware that when we reduce or abolish tolls, the Government has to compensate the operators. What this means is that Government expenditure would increase just when revenue decreases. Abolishing toll does not mean we don’t pay. Through the Government we will be paying indirectly. The sad thing is that people who do not use the expressways will also pay. With tolls, only the users pay.


14. The opposition is promising increases from 5% to 20% of gross profit to be paid to the states where oil is produced. At 5% these states are already getting more than what other states get from the Federal revenue. Imagine the amount at 20%. The fact is that the oil is found in Malaysia and all Malaysians must benefit from it.


15. Then the opposition parties demand for higher education to be free for everyone. Do away with PTPTN. As far as I know only Germany, the richest country in Europe provides free tertiary education.



16. Taking all Ministries together, Malaysia spends almost 25% of its budget on education. No other country in the world developed and developing, allocate this much. Of this a very substantial portion has always been for scholarships.


17. But such is the demand for education in Malaysia that there are not enough scholarships for the deserving. Government had to launch a new scheme involving loans to cater for those who are qualified but cannot afford. The terms are very generous as the interest rate and repayment scheme permit repayment after they begin to earn an income. The loans are greatly subsidised by the Government.


DSAI: Hanya Tahu Berjanji.. Namun Tak Pernah Tepati

18. The opposition can promise to remove all payments by the people, but all the expressways, education service and the amenities/infrastructure will have to be paid by someone. We think of the Government as some sugar daddy with unlimited funds. It is not. Government money is in fact our money acquired through taxes of all kinds. Reducing tax will mean the Government has less money, and forcing the Government to pay for all our needs will lead us to bankruptcy. That is what happens to Greece and the other European countries.


19. We are a democratic country whatever our detractors may say. The people have the power to choose their Government. Power corrupts and the right to choose who should govern the country is also a potent kind of power.


20. That power can be used to threaten the parties wishing to contest in elections. The incumbent Government is most exposed to this threat. Under threat it may forget prudence in the management of our finances. It can lead to the Grecian problem.


21. The opposition doesn’t care. For them winning the election is the only objective. Beside when they form the Government they can forget promises.


22. Remember how President Obama of the “greatest democracy in the world”, promised to close down Guantanamo detention camp two days after his installation as President. Well Guantanamo is still there.


23. The opposition will certainly forget much more easily than Mr Obama.







dipetik dari Laman blog: Che Det


hmm.. melayu..

Thursday, July 12, 2012

Kronologi Sejarah Palestine 1900-1922 : Pengajaran Buat Melayu





1904 : Persidangan Zionis Keempat telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah Negara bangsa untuk orang Yahudi di Argentina.1906 : Persidangan Zionis memutuskan bahawa tanah air Yahudi seharusnya ditubuhkan di Palestin.1914 : Dengan tercetusnya Perang Dunia I, Britain menjanjikan kemerdekaan tanah Arab dari kekuasaan Uthmaniyyah, termasuk Palestin. Ia dikira sebagai ganjaran di atas sokongan Arab menentang Turki yang memihak kepada Jerman dalam peperangan tersebut.1916 : British dan Perancis telah menandatangani Perjanjian Sykes-Picot, yang membahagikan wilayah Arab menjadi kawasan-kawasan pengaruh mereka. Lubnan dan Syria berada di bawah penguasaan Perancis. Manakala Jordan dan Iraq di bawah Britain dan Palestin menjadi penguasaan pengantarabangsaan.1917 : Pada 2 November, Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour melalui Arthur J. Balfour dalam bentuk surat kepada pemimpin Zionis Inggeris yang membenarkan pembentukan Negara bangsa Yahudi di Palestin.1917-1918 : Dengan bantuan Arab, British merampas Palestin dari Khilafah Uthmaniyyah. Orang-orang Arab memberontak menentang Khilafah Uthmaniah kerana British menjanjikan kemerdekaan negara kepada mereka terutamanya kepada Shareef Husein bin Ali dari Makkah. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama British turut mengadakan perjanjian yang lain secara sulit yang bertentangan dengan komitmen sebelum ini. Iaitu perjanjian Sykes-Picot dengan Perancis dan Rusia (1916). British berjanji untuk membahagi dan menguasai wilayah dengan sekutu-sekutunya. Pada 1917, Britain menjanjikan Negara kebangsaan kepada bangsa Yahudi.1918 : Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, bangsa Yahudi mula berhijrah ke Palestin. Negara haram Yahudi telah ditubuhkan setelah mendapat mandat British dengan kelulusan daripada Liga Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1922. Pembesaran penempatan dan kawasan ekonomi Yahudi dibuat secara besar-besaran selama tempoh mandatori yang diberikan oleh British yang berlangsung sehingga 1948.1919: Palestin dalam persidangan kebangsaan pertama menyatakan penentangan mereka terhadap Deklarasi Balfour.1920: Dalam San Remo Conference telah memberi mandat kepada British ke atas Palestin. Sir Herbert Samuel, seorang Zionis, dihantar oleh Britain sebagai Pesuruhjaya Tinggi pertama Palestin.1922: Majlis Liga Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan Mandat untuk Palestin





dari laman web: Panduan Percuma



hmm.. melayu..

Wednesday, July 11, 2012

Lim Kit Siang Yang Racist


Sedikit Nukilan dari Blog Che Det yang Menarik untuk aku kongsikan...


..


MY FEARS bt Chedet




1) Lim Kit Siang is reported to have said that I am working hard to ensure the Opposition will not win because I am afraid when the Opposition Government is in place, it will act against all my “misdeeds” when I was Prime Minister.


2) No doubt he is inspired by what happened to Gadaffi and Mubarak. He would love to see me dragged to the courts and sentenced to death or to at least a life sentence. Maybe like Gadaffi I would be murdered.




3) He is right. I am afraid. I am afraid of the kind of abuse of power that has already been shown by one of Pakatan’s great leader who got a senior police officer to frighten Dr Ristina and Ummi Hafilda into withdrawing Ummi’s letter to me.

4) I am afraid of the fabrication of charges so as to put me behind bars. That I am innocent would be irrelevant. What is important is Kit Siang’s satisfaction at seeing me behind bars and more.
5) Other than this I am not afraid. I had always been careful not to abuse the power I had as PM because I was mindful of having to step down and lose power at some stage. If I had abused power my detractors would gleefully expose me and strive to put me behind bars.



6) In fact this has been tried.


7) Since retiring I have been questioned by the police and the AG’s office several times. I was also made to appear before a tribunal to be questioned by all and sundry, including representatives of the Bar Council.


 So far nothing could be pinned on me.


9) The anti-corruption people can even now investigate whether I have ever received illegal gratifications, whether I have detained or thrown people into jail for personal reasons, whether I benefitted personally from any of the projects carried out during my time.



10) I have not taken anything that is not mine. In fact all gifts given to me, many very valuable, have been given to the Government including a score of expensive cars. They can be seen in Langkawi or at the old PM’s house in KL. I must admit that I ate some of the fruits given me to prevent them from going bad.


11) I had not allowed my children to do business with the Government or to be candidates in elections though they have been offered several times when I was PM and President of Umno. Only after I stepped down did I allow Mukhriz to contest.


12) Whatever money I now have is from savings during 29 years in the Government. My salaries were not big. But the Government took care of my housing, water and electricity, my travels. I don’t even spend much on food as I get invitations to functions like weddings etc.


13) I was therefore able to save my pay and allowances.


14) Except for Mirzan, my children did not get any scholarships. I believe Mirzan paid back what he owed MARA. He had the scholarship before I became a Minister, in fact when I was expelled from UMNO.


15) I have bought or been given no shares except for 200 Malayan Tobacco shares I bought long before I joined the Government. Other shares are the Unit Trusts issued by PNB and State Governments which I was obliged to buy. I own shares in MICO pharmacy in Alor Star which I set up when I was a private practitioner.


16) I am not interested in getting rich or living a life of luxury. What I have now is far more than I had hoped for when I was dreaming as a student. I am grateful to Allah for what I have and for sparing me to live this long.


17) I am ready to go when my time comes. I am conscious that all that I have will not accompany me to the grave.


18) But for as long as I can I will work hard to prevent evil people and crooks from destroying this country that I love.





hmm.. melayu..

Tuesday, July 10, 2012

Mencari identiti bangsa Malaysia


Tulisan dari Dr. Ridhuan Tee yang aku rasa patut aku kongsikan..





Mencari identiti bangsa Malaysia


 (Sinar Harian 9 Jul 2012)


Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.


Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?





Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.


Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.


Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggal, dan mengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja mereka sebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.


Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?


Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?


Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka  sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.


Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?


Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.


Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.


Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.


Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadi precedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.


Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.


Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.


Dari Laman Blog: Ridhuan Tee



Soalan aku setiap kali membaca tulisan Dr. Ridhuan Tee ini ialah kenapa melayu masih lagi tidak sedar dan bertindak?


yang cukup umurnya bertindak melalui kertas undi..


yang berkuasanya bertindak melalui tindakan...


yang berpendidikannya bertindak melalui kecemerlangan akademik...


yang berkeluarganya bertindak dengan menyusun masa depan anak-anak...


tapi hari ini aku lihat melayu masih lagi selesa dan tidak sedar... 



hmm.. melayu..

Wednesday, July 4, 2012

Bukti Malaysia Negara RACIST. Siri 2



Pemberian belum tentu dibalas


(Sinar Harian 25 Jun 2012)


Semakin dekat tarikh pilihan raya, kemunculan ultra kiasu semakin ramai. Tuntutan demi tuntutan yang tidak munasabah semakin banyak dikemukakan. Sama ada logik atau tidak, berpaksi kepada undang-undang atau tidak, mengambil kira roh perlembagaan atau tidak, semua sudah tidak penting lagi. Strategi dan perancangan mesti dimuktamadkan. Tuntut dan desak seekstrem-ekstremnya. Dapatkan sebanyak yang mungkin. Kesempatan keemasan ini mungkin tidak datang dua kali. Sikap ultra kiasu sudah berjangkit kepada orang lain ibarat teori domino.


Malangnya, kita asyik melayan. Apa yang diberi akan menjadi precedence. Apabila sudah ada precedence, mudahlah segala kerja pada masa akan datang. Masalahnya, belum tentu segala yang diberikan akan dibalas. Saya amat bimbang, apabila segalanya telah diberikan, Barisan Nasional (BN) pun tumbang dalam pilihan raya. Selepas itu, Pakatan Rakyat (PR) pula memerintah. Sudah tentu PR akan memberi lebih banyak lagi, bagi mengekalkan kuasa.


Maka, tidak hairanlah jika ultra kiasu memberi lebih sedikit peruntukan kepada Islam dan institusi Islam di Pulau Pinang, berbanding zaman BN memerintah. Mereka terpaksa berpura-pura walaupun berat hati. Jika tidak, sudah tentu ultra kiasu tidak akan bertahan lama. Janganlah terlalu memuji bila mana ultra kiasu memberi bantuan kepada Islam. Mesti ada sebab musababnya.  


Malangnya hari ini, kita asyik melepas tali, akhirnya, agenda ultra kiasu menjadi semakin ultra, manakala agenda pribumi dan Islam entah ke mana. Fenomena sebegini hanya berlaku di negara kita. Di negara lain, mereka akan tegas dengan memperkasakan agenda nasional berbanding bangsa.


Saya terpaksa menulis demi kebaikan bersama, dan masa depan umat Islam. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sikap dan undang-undang yang terlalu longgar akan membawa kepada pembentukan ekstremisme. Sikap ultra kiasu akan semakin menjadi-jadi.


Terbaharu, Parti Progresif Rakyat (PPP) mahukan semua orang India yang lahir selepas merdeka diberi taraf bumiputera. Manakala, Dewan Perniagaan India mahukan 10 peratus kontrak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerajaan diberikan kepada mereka. Persoalannya, siapakah yang akan mengalah? Pembaca sudah tentu ada jawapan.


Sebelum itu, presiden MIC mahukan 10 peratus kuota pelajar India di Matrikulasi. Sedangkan populasi orang India hanya 7 peratus. Ultra kiasu tidak pernah berputus asas. Perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan bilangan pelajar mereka mengikuti pengajian peringkat matrikulasi, bagi membolehkan lebih ramai daripada kaum tersebut menuntut di institusi pengajian tinggi awam terus dilakukan. Jika mereka benar-benar layak, saya masih bersedap hati.


Dalam isu pendidikan pula, presiden MIC berkata sebanyak 35 buah sekolah Tamil yang terletak di ladang Sime Darby di seluruh negara akan sama ada dipindahkan ke kawasan lebih sesuai atau menyaksikan pembinaan blok baru. Selangor menyaksikan jumlah sekolah terbanyak iaitu sebanyak 14 buah, diikuti  Johor (8 buah), Negeri Sembilan (empat), Kedah (tiga), Melaka (dua), Pahang (dua) dan Perak (dua). Mereka hanya mahukan satu, roboh mesti diganti. Yang sedia ada perlu diperbaharui dan ditambah? Isu sekolah ini turut dibawa bersekali dengan isu kuil kerana kedua-dua berada di tempat sama.


Peliknya, mereka menuntut sesuatu hak berasaskan kepada populasi atau bilangan. Kenapa dalam soal kuil tidak dihadkan kepada 7 sahaja mengikut keperluan. Lihatlah strategi mereka, yang lebih disenyapkan dan mahu ditambah lagi. Manakala, yang belum dapat, terus didesak agar diberikan.


Semua perkara ini seolah-olah telah dirancang dengan rapi, bezanya disuarakan oleh orang yang berlainan.


Lebih 70 peratus kekayaan ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina dengan populasi mereka di sekitar 25 peratus. Jika semua dibuka kepada bukan Melayu, apa yang tinggal pada orang pribumi. Kenapa tidak dihadkan sahaja kepada 25 peratus. Selebihnya diberikan kepada yang lebih berhak. Inilah keunikan negara kita. Kita tidak mengamalkan dasar komunis. Tetapi kebebasan tanpa had atas nama demokrasi.


Begitu juga saya difahamkan orang kuat Air Asia mendapat lesen membina 20 sekolah antarabangsa (Sekolah Inggeris). Manakala orang Cina yang menuntut ditambah sekolah persendirian Cina tidak dibenarkan. Apa sebenarnya polisi atau pendirian kita? Isu kaum atau isu kelas? Saya semakin bercelaru melihat dan menganalisis pembentukan dan agenda negara Malaysia. Semuanya menjadi caca merba. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh.


Jika inilah pembawaannya, sistem pendidikan kita tidak akan ke mana-mana. Menjeritlah sekuat mana sekalipun pejuang-pejuang bahasa. Kuasa mutlaknya bukan ditangan mereka. Tetapi di tangan ahli politik yang bertanggungjawab meluluskannya.


Terbaharu lagi, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan Southern College yang dipunyai oleh NGO Cina kepada Kolej Universiti, yang asalnya dahulu adalah sekolah persendirian sahaja. Banyak yang sedang menunggu untuk mendapatkan status Kolej Universiti, terutama Kolej New Era, di Kajang dan Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.




Boleh dikatakan semua kolej Cina yang wujud ini berasal dari sekolah persendirian Cina. Apabila sekolah persendirian ini telah bertapak, maka berlakukan evolusinya. Kini mereka mahu sekolah sebegini ditambah lagi.


Persoalan saya, apakah prasyaratnya? Bahasa apa yang akan digunakan? Sebenarnya, inilah yang dikatakan universiti merdeka. Kita melewatkan pembinaan sekolah persendirian Cina. Tetapi apakah bezanya dengan kolej swasta yang telah diluluskan kepada taraf kolej universiti? Kolej New Era, sepanjang kajian saya beroperasi 100 peratus kecinaan. Bahasa rasminya adalah bahasa ibunda.


Kolej sebegini hanya akan dipenuhi oleh satu bangsa sahaja. Melihat kepada nama dan papan tanda kolej ini jelas menunjukkan bahawa bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda. Namun, keadaan semuanya sudah menjadi caca merba. Salah siapakah semua ini berlaku? Saya amat keliru dan terus keliru.






hmm.. melayu..

Bukti Malaysia Negara RACIST. Siri 1

Laman Web New Era College


laman web kolej swasta diatas bukan sebuah laman web untuk kolej swasta di Shanghai mahupun Hong Kong tetapi sebuah laman web kolej swasta di Malaysia yang dimiliki oleh oleh Dong Jiau Zhong Learning Centre, sebuah organisasi pendidikan cina yang menuntut pelbagai tuntutan melampau..

laman web tanpa bahasa melayu nyata tidak bersifat Malaysia ternyata amat kecinaan jelas menunjukkan keangkuhan mereka yang mahu menjadi lebih cina dari orang di China...

lebih menarik lagi apabila difikirkan, golongan inilah yang kononnya memperjuangkan Malaysia Malaysian.. mereka jugalah yang memulakan kata-kata kononnya sudah tiba masanya Malaysia ini meninggalkan konsep berasaskan kaum... 

tapi tak mengapalah... kerana bila bercakap mengenai kaum dan kepentingan bangsa, Melayu sajalah yang perkauman.. melayu sajalah yang RACIST.. kaum lain tak RACIST...

Dong Zhong itu RACIST!!!... 
Mana-Mana orang Cina yang menyokong Tuntutan Dong Zhong itu wajar di dakwa dibawah AKTA HASUTAN!!!!

hmm.. melayu..

Tuesday, July 3, 2012

Video Pejabat MB Akhirnya Tersebar!!!!



Diatas adalah video CCTV dari dalam pejabat MB Selangor.. Pada yang lupa, MB pernah mengadakan sidang media berkaitan dengan penemuan CCTV dalam pejabatnya.. 

Namun amat pelik lagi apabila penemuan itu tidak di laporkan kepada polis..
Sesuatu yang amat pelik untuk dilakukan jika benar dakwaan MB Selangor itu..


Aku sendiri pada masa itu merasakan itu sekadar gimik politik ketika beliau baru menjadi MB.. Aku menunggu juga beliau menunding jari pada UMNO tapi beliau tak berbuat demikian.. Malah isu ini tidak pernah dibangkitkan di mana-mana ceramah PKR mahupun PAS..






Kini keluar pula video dari dalam pejabat MB itu.. 
MB Tan Sri Khalid yang sepatutnya sudah ada banyak masalah dibebankan dengan masalah ini pula..
Memang sebelum ini pun Tan Sri Khalid sudah ditimpa pelbagai kontroversi.. 
Bermula dengan pembubaran PKR Parlimen Kuala Selangor..
Diikuti dengan dereten masalah dalaman PKR Selangor.. Krisis kepercayaan antara PKR Bandar Tun Razak dengan beliau.. Masalah janji-janji PRU 12 yang tak ditunaikan dan masalah antara beliau dengan pucuk pimpinan PKR pusat..


Terbaru adalah skandal surat sokongan oleh Setiausaha Politiknya kepada GLC kerajaan Selangor, penyalahgunaan dana Geran Selangorku dan menyaksikan Faekah menghentam Azmin Ali secara terbuka.. yang terbaru perletakan jawatan Rafizi yang dilihat memberi tekanan kepada MB itu...






Umum tahu desas-desus mengenai konflik antara Azmin Ali yang dikatakan bercita-cita menjadi MB Selangor dengan Tan Sri Khalid.. Ini ditambahkan dengan kononnya Presiden PKR yang menyokong Tan Sri Khalid..


Kelihatannya semua orang dalam PKR sedang cuba memangkah dan menjatuhkan lawan politik masing-masing sebelum pengumuman calon-calon PRU 13.. Hingga kini ramai yang telah dikatakan "dibunuh" kerjaya politiknya dan antara nama yang disebut-sebut sebagai mangsa ialah Badrul Amin yang ditangkap khalwat di Kuantan tidak lama dahulu...

Tapi seperti biasa, mereka akan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan akan mencanangkan dalam ceramah-ceramah politik mereka.. Malah isu ini akan dipusing-pusing umpama gasing oleh juak-juak mereka samada di kedai kopi mahupun alam cyber..

Rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.. Rakyat sedang memerhati... Dan Rakyat tak bodoh...








Hmm... Melayu...


Published with Blogger-droid v2.0.6

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..