Kuala Lumpur: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd semalam menarik balik samannya terhadap pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)', MToday News.
Keputusan itu selepas MToday News memohon maaf kepada Lynas atas penyiaran artikel memfitnah yang disiarkan dalam laman webnya.
Penyelesaian saman itu direkod di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin.
Peguam MToday, Rueben Mathiavaranam memberitahu pemberita bahawa sebagai sebahagian terma penyelesaian, Lynas menarik balik saman dan defendan berjanji tidak akan menyiarkan lagi sebarang kenyataan anti-Lynas.
"Mahkamah juga membuat keputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos, tiada bayaran kerosakan dan tiga artikel terbabit perlu dikeluarkan dari (laman web) FMT," katanya. - BERNAMA
dipetik dari: Berita Harian
Keratan Akhbar Dalam Entry Sebelum ini |
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..