Difahamkan seorang pemimpin DAP dari Pahang pergi ke kampung itu Selasa lalu, dan memberitahu penduduk projek berkenaan mendapat kelulusan kerajaan negeri.
Penduduk yang bimbang dengan dakwaan itu membuat laporan polis di sini, malam kelmarin.
Namun, penduduk lega apabila ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menemui mereka semalam dan menafikan dakwaan itu.
Wakil penduduk, Asai Patik, 40, berkata beliau dihubungi wakil rakyat DAP itu melalui telefon bimbit meminta menghimpunkan penduduk.
“Kira-kira 300 penduduk terkejut dan ada yang takut mendengar kenyataan pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas.
“Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” katanya.
Lawatan pemimpin DAP itu mendapat liputan dalam beberapa akhbar Cina, memaparkan penduduk bergambar bersama ADUN DAP dan rombongannya.
Dipetik dari : Berita Harian
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..