maklumat terbaru aku dapat dari mesyuarat sulit Gerakan Anti Anwar Ibrahim mengesahkan mereka temui jalan buntu untuk mengenakan DSAI dalam isu Scorpene dan mahkamah Perancis apabila terlebih dahulu media-media alternatif pro-anwar melakukan perkara itu..
Suara Keadilan pada 9 oktober 2012 menyatakan 7 orang telah di sapina oleh mahkamah perancis untuk memberi keterangan mengenai kes ini sedangkan peguam pendakwaraya perancis menyatakan mahkamah telah menolak permohonan SUARAM pada 13 mac lagi..
isu scorpene telah di mainkan di lidah-lidah rasmi pembangkang seperti Roket, Harakah dan Suara Keadilan sekian lama dan telah menjadi modal dalam ceramah-ceramah pembangkang..
DSAI dalam satu ceramahnya telah dilaporkan berkata, "dalam tangan saya ada dokumen yang mengaitkan pembelian Scorpene dengan Altantuya".. namun tiada petikan dari "dokumen" itu dibacakan kepada umum hingga hari ini..
SUARAM, satu pertubuhan haram yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang seperti Tian Chua pernah mendakwa yang pihak berkuasa perancis telah menunjukkan bukti mengenai penyelewengan dalam jual beli scorpene kepada peguam mereka.. namun berbeza dengan apa yang telah di jelaskan oleh pihak berkuasa perancis yang tiada bukti mengenai perkara itu ditemui..
DSAI juga selepas memberikan ucapan di himpunan royalti di stadium shah alam telah ke perancis untuk bertemu dengan peguam SUARAM mengenai isu scorpene sedangkan SUARAM menyatakan sebuah badan yang bebas dari pengaruh politik..
Gerakan Anti Anwar Ibrahim kini buntu kerana kelihatan semua serangan pembangkang telah memakan diri mereka kembali.. segala tuduhan-tuduhan mereka kini ternyata satu pembohongan dan perkaitan antara SUARAM, Pakatan Pembangkang dan DSAI kini telah jelas serta nyata..
ada diantara ahli mesyuarat sulit itu yang akan mengambil cuti rehat beberapa hari kerana tak perlu lagi memikirkan masalah ini dan biarkan rakyat sendiri menjadi hakim dan penghukum kepada Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim..
seorang dari ahli menyuarat berkata.."kita lihat apa yang mahu mereka pusing lagi lepas ni"
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..