"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.
Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.
Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini.
Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.
Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.
Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.
Psssttt..... Terus menyokong Barisan Nasional demi Agama Bangsa dan Negara. Amin"
demikianlah kenyataan dari Papa Gomo.. satu keputusan yang tidak mengejutkan dan sama sekali tidak mengecewakan..
aku dari awal tahu niat sebenar Papa Gomo mengumumkan mahu menjadi calon bebas melawan Anwar Ibrahim.. matlamatnya mudah: mendesak BN menurunkan calon terbaik untuk melawan Anwar Ibrahim.. TAK FAHAM? Mari aku terangkan...
Adalah menjadi kebiasaan mana-mana parti untuk meletakkan calon yang tidak berprofil tinggi untuk bertanding di kawasan yang dijangkakan mempunyai peluang tipis untuk menang..
selalunya calon berprofil tinggi akan bertanding di kawasan selamat dan merupakan kubu kuat kepada satu-satu parti itu...
sebagai contoh, ketika PRK Dun Bagan Pinang PAS menurunkan calon tidak popular dan tidak berprofil tinggi bagi melawan Tan Sri Isa Samad.. Umum tahu yang Port Dickson adalah kubu kuat Tan Sri Isa kerana dia adalah bekas ADUN Linggi ketika menjadi MB Negeri Sembilan..
Jadi kali ini strategi Papa Gomo menjadi.. BN menurunkan bekas orang penting PAS di Permatang Pauh.. walaupun beliau merupakan muka baru, tetapi mampu memberikan saingan sengit kerana ramai ahli-ahli PAS sudah tidak melihat Anwar Ibrahim sebagai orang yang layak menjadi wakil rakyat mereka..
pada aku, samaada Gomo bertanding atau tidak itu bukan persoalan yang penting... kerana pada aku, Papa Gomo mempunyai impian dan semangat yang sama seperti kita semua..
Gomo ingin menghalang dari negara ini terjerumus dalam kehancuran atas sebab kerakusan DAP ingin memegang tapuk pemerintahan..
Gomo ingin menghalang orang-orang yang korup, tamak dan mementingkan diri menjadi pemimpin negara..
Gomo ingin negara ini aman dan damai seperti dulu..
Gomo inginkan negara kita terus ditadbir oleh orang yang mementingkan kepentingan rakyat serta agama bangsa dan negara...
Gomo ingin negara ini terus ditadbir Barisan Nasonal...
itu juga adalah harapan kita... kita juga mahukan apa yang Gomo mahukan...
dan Gomo yakin Calon BN kali ini juga mahukan perkara yang sama....
maka siapa pun yang bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh adalah Papa Gomo..
Malah Semua Calon BN yang bertanding adalah Papa Gomo..
Kita juga adalah Papa Gomo...
mari kita memastikan kemenangan BN kali ini dan kali yang seterusnya demi masa lampau, masa kini dan demi masa hadapan...
UNDILAH BARISAN NASIONAL... UNDILAH KESEJAHTERAAN...