SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, September 30, 2009

The Fight Continue...

semalam aku dah postkan entry tentang Dato Ibrahim Ali berkata tentang komen Nik Aziz terhadapnya...
hari ini aku postkan pula komen dari Pemuda PAS.. melalui lidah rasmi mereka.. Harakahdaily.net...

Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit

Mohd Nor Yahya
Tue | Sep 29, 09 | 6:40:49 am MYT

KUALA KRAI, 29 Sept:Sikap kurang ajar Datuk Ibrahim Ali menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibaratkan oleh Pemuda PAS Negeri sebagai Kacang Lupakan Kulit.Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.

hebat.. tak boleh usik sikit Tuan Gurunya.. Macam maksum sangat...

katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.

Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.

"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.

ImageMenyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.

"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.

kena kenang budi.. besar sangat lah budi Tuan Guru...

Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.

"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.

mereka mencaci ulama yang tidak sehaluan dengan mereka sewenang-wenangnya, tak pula timbul mengenai ketinggian ilmu...

Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.

Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.

"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.

Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.

"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.

hebat.. sudahlah mereka boleh menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka.. islam dan tak islam.. kini boleh mengukur ketebalan ilmu seseorang pula..

Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

ahahahah.. orang yang tak menyokong mereka nyanyuk.. tapi orang yang menolak perpaduan sesama islam tak pula dikatakan nyanyuk...

"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.

Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.-mks/mna_

pada aku mereka ini taksub melampau-lampau... meletakkan Nik Aziz di satu tahap yang terlalu agung.. sampaikan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan tidak ada yang salah.. hebat sungguh mereka ni...

ada kalanya aku jadi takut... takut dengan orang-orang seperti ini yang semakin ramai...

hmm.. melayu...

Monday, September 28, 2009



10 hujah Nik Aziz mesti berundur





KUALA LUMPUR 27 Sept. - 'Perang mulut' antara Datuk Ibrahim Ali dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengulangi desakan supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya semakin memuncak.



Hari ini, Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas dengan 'meminjam' logo Pas pada pilihan raya umum lalu menggariskan 10 hujah kenapa Nik Abdul Aziz mesti mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sejak 1990.



Berikut adalah 10 hujah yang dikemukakan oleh Ibrahim:



n Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.



n Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.



n Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.



n Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.



n Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.



n Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.



n Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.



n Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.



n Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.



n Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.



Sewaktu dihubungi Utusan Malaysia, Ibrahim menjelaskan tindakan beliau itu tidak bermotifkan dendam peribadi sambil mengakui beliau juga mempunyai kelemahan.



"Walaupun pahit saya kena bercakap sebab orang lain tak berani, saya tahu perkara ini akan menyebabkan saya 'dibelasah' dalam blog tapi saya menerimanya dengan senang hati.



"Saya tiada masalah peribadi dengan Nik Aziz, beliau nak kecam saya, hukum saya masuk neraka pun saya tak kecil hati tetapi saya kena tegur untuk kebaikan agama bangsa dan negara," katanya.



Semalam, Nik Abdul Aziz mengulangi desakan supaya Ibrahim meletak jawatan jika mahu amal solehnya diterima Allah kerana rezeki yang diperoleh melalui jawatan tersebut adalah 'tidak betul'.



Desakan itu dibuat ekoran tindak tanduk politiknya yang semakin bertentangan dengan hala tuju Pas.




Sekadar Menulis...

aku ini bukan siapa.. sekadar manusia yang punya tangan dan hati bukan hanya untuk ku... tapi selagi aku mampu aku akan berjuang hingga suatu masa yang aku pun tak tahu...

dalam jejari ini menekan dan hati ini terdetik, aku melihat blog-blog sahabat-sahabat dan kawan-kawan...

sering aku baca isi hati mereka yang aku yakin ikhlas dan berani...

sering aku melihat mereka mengeluh...

kali ini aku terbaca tulisan seorang sahabat.. Paneh dalam blognya Paneh Miang...

"1. Den masih boleh bertolak ansur bilo cino yang bukak kodai runcit kek Seri Menanti dan pokan Pilah nun tak boleh cakap bahasa Melayu langsung, walaupun Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu".

2. Den masih boleh terimo bilo kalangan bukan Melayu yang den jumpo saban hari bercakap bahasa Melayu tunggang langgang walaupun keturunan mereka sudah berpuluh tahun hidup di Tanah Melayu.

3. Den masih boleh golak bilo dongar sehingga hari ini betapa pelatnya kawan-kawan dikalangan bukan Melayu bercakap, walaupun dari sekolah rondah sampai menongah kami diajar oleh guru bahasa Melayu yang samo....."


"4. Tapi...

5. Den tak boleh bertolak ansur bilo syarikat milik bukan Melayu sanggup menyingkirkan pekerja pribumi dan digantikan pula dengan pekerja asing.

6. Den tak boleh terimo 'rahsia umum' berkenaan double standard gaji asas pribumi di kebanyakan syarikat bukan Melayu antara RM300 ke RM600 sahaja, berbanding gaji asas kaum cino antara RM800 ke RM1,200.

7. Polak den bilo pribumi lebih ramai yang kono VSS dan menganggur walaupun latar belakang pendidikan serta pengalaman pribumi jauh lebih baik daripada bukan Melayu...."

menyakitkan hati.. tapi itulah hakikatnya... ade sesetengah golongan yang kononnya melaungkan kesamarataan... kononnya 1 Malaysia adalah mengenai kesamarataan...

tak habis-habis aku dengar minta itu dan minta ini... kononnya atas dasar keadilan kita perlu memberi samarata...

kalau samarata yang dicari... aku pun ingin samarata juga... aku ingin sekolah yang sama... sama bahasa penghantarnya.. sama budayanya.. sama pengisiannya... supaya generasi akan datang tidak lagi perlu menagih-nagih pada yang menguasai ekonomi.. supaya tiada lagi syarat untuk mendapat pekerjaan, perlu menguasai bahasa kaum minoriti... aku mahukan kesamarataan itu... supaya boleh mendapat kesamarataan yang lain...

tapi mana mungkin itu akan berlaku... kerana apa?

kerana mereka-mereka ini sekadar bersembunyi disebalik slogan dan laungan sahaja... kerana mereka sendiri tahu apa yang mereka tuntut itu hanya menguntungkan mereka.. hanya untuk mereka...

yang bodohnya...? mereka yang selama hidupnya di tatang dengan kemudahan dan quota yg diberi tapi melaungkan sokongan terhadap omongan-omongan mereka yang mengambil kesempatan...

kenapa?

kononnya masa dah berubah.. perlu ada perubahan.. perlu ada kesamarataan...
supaya mereka tak dilihat ketinggalan dan kuno oleh rakan-rakan mereka yang memakai BMW dan Camry.. sedangkan mereka masih lagi memakai perdana v6 2nd hand... itu pun kerana bekerja sebagai pegawai kerajaan...

biarlah mereka nak kata apa pun... yang aku pinta.. janganlah yang sekadar memandu wira, myvi,viva dan saga BLM terikut-ikut dan termakan dengan benda-benda karut ini...

hmm... melayu...

Tuesday, September 15, 2009

Lina Joy.. Dari Blog Seorang Pejuang..

dalam aku mengintai-intai blog sahabat-sahabat.. aku terpandang sebuah entry dari sahabat aku, Qaiyum dalam blognya [[ manusia memanusiakan manusia]]




dalam komentarnya.. Qaiyum menyatakan;

"Begitulah Hakikatnya. Mereka Lebih Nampak Bahawa UMNOlah Musuh Islam. Tetapi Tertanya Musuh Islam Di Depan Mata Buat² Tak Nampak. Malah Boleh Buat Member Lagi. Politik Sebegini Politik Yang Bahaya.
Bak Kata ‘Orang Tua’ - “Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Depan Mata Tak Nampak.”
aku pun tak tahu nak kata apa.. cuma berharap mata akan terbuka dan tidak taksub kerana terlalu takut tidak masuk syurga hingga mendekatkan aku dengan api neraka...
terima kasih sahabat dengan entry itu...
hmm.. melayu..

Salam Aidil Fitri..

tak lama lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri...

seperti tahun-tahun sebelumnya, aku tetap seperti itu... bertambah masalah dan bertambah berat badan (akhirnya...)..

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan....

SALAM AIDIL FITRI 1430 hijrah...
tak kira dimana anda berada...
Al-Fatihah buat Semua Yang Telah Pergi dan Buat Kita Yang Masih Disini..
teruskan perjuangan.. kerana Allah sentiasa merahmati Hambanya...
hmm.. Melayu...

Wednesday, September 2, 2009

YB Turun Kampung...


Hari ini PM datang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Merdeka, Kuang.. kira-kira 1 batu dari rumah aku.. seperti dimana-mana keramaian yang melibatkan orang kenamaan lebih-lebih lagi Perdana Menteri, suasana di sana penuh sesak dengan orang ramai yang ingin melihat lebih orang nombor satu itu..


Deretan kereta kelihatan di letakkan dibahu-bahu jalan sepanjang 300meter dari semua arah.. dataran pasar pula menjadi medan letak kereta yang hampir separuhnya di isi dengan motorsikal..


Aku? Sekadar lalu untuk membeli juadah berbuka di pekan Kuang dan pulang untuk berbuka bersama nenek di rumah..


Kenapa?


Hahaha.. aku bukan tidak berminat untuk bersesak-sesak, tidak suka bergaul dengan orang ramai.. jauh sekali untuk tidak suka pada PM kita..


Cumanya.. dengan wabak Selsema Babi H1N1 yang semakin membimbangkan, aku risau dengan nenekku yang telah mencecah usia 88 tahun itu.. usia yang berisiko tinggi dijangkiti kerana sistem imunisasinya yang rendah..


Tapi aku terharu dengan kesudian dan keberanian Yang Amat Berhormat PM. .walaupun saban hari jumlah kematian akibat virus H1N1 meningkat, beliau masih lagi sanggup untuk turun ke majlis-majlis untuk bertemu rakyat..


Ini semua semata-mata untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada wakil-wakil rakyat yang lain agar turun ke peringkat akar umbi untuk melihat masalah rakyat.. bukan sekadar merasmikan majlis dan pulang dan kembali kelihatan apabila musim pilihanraya ataupun pemilihan peringkat parti yang diwakili mereka..


Jika beliau, sorang Perdana Menteri yang sering aku lihat dikaca televisyen di dua atau tiga tempat sehari mampu untuk turun padang.. apa alasan yang wakil rakyat untuk tidak kelihatan di kawasan masing-masing?


Ini semua atas sikap individu itu sendiri.. tak kira wakil rakyat dari kerajaan ataupun membangkang.. sebagai satu contoh, aku pernah bertemu dengan satu kes di Terengganu bila kerajaan bertukar tangan.. seorang wakil rakyat tidak mahu menandatangani surat sokongan atas alasan bapanya adalah penyokong kepada wakil rakyat kerajaan yang terdahulu…


ini bukan satu polisi mana-mana kerajaan pun.. perkhidmatan wakil rakyat adalah untuk rakyat, tak kira pegangan politik mereka.. dan inilah yang pemimpin-pemimpin tertinggi kita ingin wujudkan dikalangan wakil rakyat kita.. tak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang..
tapi yang aku sedihkan.. hari ini mereka yang telah dipilih oleh rakyat telah memanipulasi dan menyalahgunakan mandat rakyat untuk kepentingan diri…


kekebalan yang diberikan didalam dewan telah disalahgunakan untuk menuduh dan menyebarkan fitnah..


mereka ini dengan sesuka hatinya melepaskan kerusi mereka dengan pelbagai alasan semata-mata.. kerusi yang telah diberikan oleh rakyat untuk mereka supaya mereka berkhidmat, bukan digunakan untuk percaturan politik..


namun ada lagi yang tidak nampak.. mungkin sengaja tak mahu nampak? Kerana terlalu taksub pada si pemimpin.. atau terlalu takut tidak masuk syurga.. hinggakan menghalalkan apa saja tindakan mereka..


entahlah… biarlah mereka dengan kebangangan dan kedunguan yang mereka itu… tapi pada mereka yang sedar, kesedaran itu tidak bermakna tanpa tindakan dan sekadar memandang..


hmm.. melayu..

Pejuang Sejati...


31 ogos berlalu tanpa laungan Merdeka di tengah malam.. kecuali di pub dan di kelab malam... sesuatu yang agak janggal tapi bukan pelik.. ini adalah untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia.. dan mengikut takwim, sambutan ulangtahun kemerdekaan akan di sambut dalam bulan Ramadhan selama 4 tahun..

aku bukan anti pada sambutan, bukan benci pada perayaan, berkumpulnya rakyat berbilang kaum di satu tempat dan menyambut hari perayaan negara kita yang tercinta...

tapi aku lebih suka yang sesuatu yang berisi berbanding yang cantik di luar tetapi isinya hambar..
bayangkan karipap yang nampak kuning di luar, digoreng dengan minyak yang terbaik dalam pasaran hari ini tapi bila dimakan.. isinya terasa tawar hambar... nescaya akan menyebabkan kekecewaan yang maha amat pada si pemakan..

sambutan detik tengah malam aku lalui bersama Intan dan anak-anaknya yang kebetulan aku ketemui di restoran Al Safa, Kepong.. Intan menjaga anak-anaknya yang masih kecil serta anak-anak tirinya... seorang yang tabah, berani dan yakin pada diri... sesuatu yang sering aku jadikan pengajaran pada tiap kali aku temui ibu tunggal ini..

sering aku dengar keluhannya, tapi tak pernah aku rasa yang dia kesal dengan pilihannya.. sering aku lihat dia dalam keadaan yang keletihan walaupun diwaktu cuti tapi tak pernah diakuinya..

di detik tengah malam 31ogos, aku belajar sesuatu tentang pengorbanan.. tentang keperitan.. tentang ketabahan..

dan aku sedar.. perjuangan tidak pernah berakhir... tidak pernah selesai... tidak pernah mengenal siapa...

di saat itu.. aku takut hendak menggelar diri aku pejuang.. kerana berbanding dengan ibu muda yang tidak siapa kenali ini, aku umpama manusia yang tak lalui apa-apa pun.. wanita yang berjuang tiap hari, tiap saat dan tiap detik untuk sesuatu yang penting padanya, sesuatu yang lebih dari dirinya sendiri...

ini isi yang aku dapat dari hari kemerdekaan negaraku yang ke 52.. penghayatan erti perjuangan dan pengorbanan yang aku rasa semakin hilang dalam kemakmuran dan ketenteraman yang kita rasa...

kita jadi selesa, senang dengan apa yang kita ada hingga kita dahulukan kepentingan diri kita berbanding sesuatu jauh lebih besar...
dan keselesaan dan kesenangan itu kita ambil mudah hinggakan kita biarkan tangan-tangan rakus menjarah hasil perjuangan orang terdahulu... selagi ianya tidak melibatkan diri kita...


kita jadi orang yang pentingkan diri sendiri.. kita jadi orang yang tidak bersyukur... kita jadi orang yang kita sendiri tidak suka...

tapi.. apakah kita sedar harga yang kita perlu bayar kerana sikap kita itu.....

hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..