Hari ini PM datang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Dewan Merdeka, Kuang.. kira-kira 1 batu dari rumah aku.. seperti dimana-mana keramaian yang melibatkan orang kenamaan lebih-lebih lagi Perdana Menteri, suasana di sana penuh sesak dengan orang ramai yang ingin melihat lebih orang nombor satu itu..
Deretan kereta kelihatan di letakkan dibahu-bahu jalan sepanjang 300meter dari semua arah.. dataran pasar pula menjadi medan letak kereta yang hampir separuhnya di isi dengan motorsikal..
Aku? Sekadar lalu untuk membeli juadah berbuka di pekan Kuang dan pulang untuk berbuka bersama nenek di rumah..
Kenapa?
Hahaha.. aku bukan tidak berminat untuk bersesak-sesak, tidak suka bergaul dengan orang ramai.. jauh sekali untuk tidak suka pada PM kita..
Cumanya.. dengan wabak Selsema Babi H1N1 yang semakin membimbangkan, aku risau dengan nenekku yang telah mencecah usia 88 tahun itu.. usia yang berisiko tinggi dijangkiti kerana sistem imunisasinya yang rendah..
Tapi aku terharu dengan kesudian dan keberanian Yang Amat Berhormat PM. .walaupun saban hari jumlah kematian akibat virus H1N1 meningkat, beliau masih lagi sanggup untuk turun ke majlis-majlis untuk bertemu rakyat..
Ini semua semata-mata untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada wakil-wakil rakyat yang lain agar turun ke peringkat akar umbi untuk melihat masalah rakyat.. bukan sekadar merasmikan majlis dan pulang dan kembali kelihatan apabila musim pilihanraya ataupun pemilihan peringkat parti yang diwakili mereka..
Jika beliau, sorang Perdana Menteri yang sering aku lihat dikaca televisyen di dua atau tiga tempat sehari mampu untuk turun padang.. apa alasan yang wakil rakyat untuk tidak kelihatan di kawasan masing-masing?
Ini semua atas sikap individu itu sendiri.. tak kira wakil rakyat dari kerajaan ataupun membangkang.. sebagai satu contoh, aku pernah bertemu dengan satu kes di Terengganu bila kerajaan bertukar tangan.. seorang wakil rakyat tidak mahu menandatangani surat sokongan atas alasan bapanya adalah penyokong kepada wakil rakyat kerajaan yang terdahulu…
ini bukan satu polisi mana-mana kerajaan pun.. perkhidmatan wakil rakyat adalah untuk rakyat, tak kira pegangan politik mereka.. dan inilah yang pemimpin-pemimpin tertinggi kita ingin wujudkan dikalangan wakil rakyat kita.. tak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang..
tapi yang aku sedihkan.. hari ini mereka yang telah dipilih oleh rakyat telah memanipulasi dan menyalahgunakan mandat rakyat untuk kepentingan diri…
kekebalan yang diberikan didalam dewan telah disalahgunakan untuk menuduh dan menyebarkan fitnah..
mereka ini dengan sesuka hatinya melepaskan kerusi mereka dengan pelbagai alasan semata-mata.. kerusi yang telah diberikan oleh rakyat untuk mereka supaya mereka berkhidmat, bukan digunakan untuk percaturan politik..
namun ada lagi yang tidak nampak.. mungkin sengaja tak mahu nampak? Kerana terlalu taksub pada si pemimpin.. atau terlalu takut tidak masuk syurga.. hinggakan menghalalkan apa saja tindakan mereka..
entahlah… biarlah mereka dengan kebangangan dan kedunguan yang mereka itu… tapi pada mereka yang sedar, kesedaran itu tidak bermakna tanpa tindakan dan sekadar memandang..
hmm.. melayu..
sesungguhnya apa yang DS Najib lakukan adalah CARA NAJIB yang beliau biasa lakukan..contohilah dan berikan sokongan dan bukan cercaan yang selalu kita dengar....beliau adalah ketua yang memerintah negara kita pada masa kini..oleh yang demikian kita haruslah menyokong penuh kepada pengurusan dan kepimpinan DS Najib.
ReplyDeleteAssalamualaikum Botak,
ReplyDeleteSaya tinggal kat Bandar Baru Kundang. Bole saya tau alamat awak, nak datang raya nanti