SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, October 21, 2010

Blog Tapi Jangan Jadi GOBLOK!!! SIRI 2

Wordpress
Wordpress adalah salah satu platform yang ada dalam internet untuk membina BLOG kita sendiri.. penggunaan wordpress amat meluas kerana wordpress bukan sahaja menyediakan platform percuma untuk kita membuat blog kita sendiri malah menyediakan perisian yang boleh kita gunakan jika mahu membina laman web kita sendiri.


itulah perbezaan antara wordpress.com dengan wordpress.net..
wordpress.com menyediakan platform pembinaan blog percuma manakala wordpress.net menyediakan perisian untuk kita membina laman web sendiri.


satu lagi platform yang popular untuk membina laman blog sendiri ialah blogger.com dengan lamannya blogspot.com
blogger.com
blogspot popular dikalangan blogger kerena lamannya & kegunaannya yang ringkas. blogspot adalah blog dalam ertikata sebenar kerana entry yang terkini akan diletakkan diatas entry yang terdahulu.
malah aplikasinya yang mudah membolehkan seseorang itu untuk mempelajarinya dalam masa kurang sejam sahaja.
sebab itu ianya menjadi pilihan blogger-blogger yang berada diluar sana...


2 PRK akan menyaksikan peperangan cyber antara blogger-blogger ini.. ratusan malah mungkin ribuan blog yang akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan ketika musim pilihanraya dan sepantas itu blog-blog ini akan ditinggalkan tanpa entry kerana sekadar bermusim.. 


biasanya blog-blog seperti ini diragui kebenarannya & ini sudah tentu tuan punya blog tak akan bertanggungjawab dengan apa yang ditulis mereka.. 


terpulang pada kita yang membaca untuk menilai apa di tulis di mana-mana blog sekali pun...


hmm.. melayu....





Sunday, October 17, 2010

Blog Tapi Jangan Jadi GOBLOK!!!


blog memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan sekarang.. hari ini, kita boleh mempromosikan produk, perkhidmatan mahupun perniagaan melalui blog..

cuba bayangkan, seorang penjual tudung boleh menjana pendapatan RM2000 hanya melalui mempromosikan perniagaan beliau melalui blog.. itu belum lagi hasil penjualan beliau di kedai mahupun di ekspo-ekspo yang dia sertai... seorang suri rumah menjana pendapatan RM10k sebulan dengan hanya menulis tentang kehidupan sehariannya.. lumayankan? pokok pangkalnya diri kita..

hari ini kita boleh lihat blog yang pelbagai dengan sekali klik di enjin carian.. blog politik, blog perniagaan dan sebagainya..

hari ini, blog juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memfitnah dan memburukkan nama baik seseorang... masyarakat bukan memandang kepada kebenaran tapi lebih cenderung kepada konsep populariti sesuatu isu.. tak penting pun betul atau salah, janji sensasi!!!!

tak lama lagi PRK DUN Galas akan bermula.. maka perang blog akan berlaku.. yang membuat blog ini memang org yang bijak-bijak belaka tapi sesiapa yang percaya bulat-bulat dan menjadi agen penyebaran maklumat percuma pula pada mereka yang menulis blog... golongan ini digelar GOBLOK!!!

SOALNYA!!! kita na jadi golongan GOBLOK seperti mereka?
jika TIDAK jawapan kita.. apa kata kita jadi mereka yang menulis blog dan menulislah untuk mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi pengguna sahaja...

hmm.. melayu...


Thursday, October 14, 2010

Benarkah Pelajar IPT Di Malaysia Paling Malas?

Mengikut Kajian, Kurang daripada 4% pelajar di Malaysia yang menjana pendapatan sendiri untuk menampung KOS pengajian dan Sara Diri sepanjang pengajian dan juga BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SAINGAN KERJA APABILA TAMAT PENGAJIAN...

BAGAIMANA DENGAN ANDA...???

Sedangkan di Eropah, Amerika, Jepun dan Korea. Lebih 65% pelajar menjana pendapatan sendiri..!!!!


Tuesday, October 12, 2010

Power Of Internet


I
nternet memainkan peranan yang besar dalam kehidupan Rakyat Malaysia hari ini...
hari ni... pemerintah menyediakan apa yang dinamakan National Broadband Initiative (NBI) yang bermatlamat menyumbang impak ketara kepada KDNK negara: Mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah pada 2010 boleh menyumbang 1 peratus kepada KDNK negara dan mencipta 135,000 pekerjaan baru pada 2010

Penggunaan Internet bukan satu perkara yang baru... dalam perkembangan politik negara pun kita tak boleh lari dari internet sebagai satu medan pertempuran yang penting.. maklumat-maklumat yang di siarkan mempengaruhi negara kerana seluruh negara malah seluruh dunia mendapat capaian melalui internet..

PRK Galas yang akan datang ini.. sekali lagi akan menjadikan medan internet sebagai satu medan yang sengit... tohmahan dan penipuan demi penipuan akan di sampaikan...

sejarah telah menunjukkan, PRK Bagan Pinang di cemari dengan berita-berita bohong yang di keluarkan oleh mereka yang kononnya berpaksikan Al-Quran & Hadith.. fitnah ditaburkan.. ketakutan digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang menjual agama demi kepentingan diri...

ini semua adalah hakikat yang akan kita semua hadapi apabila PRK Dun Galas menjelang tiba.. laungan Allahhuakbar akan menjadi topeng tanpa segan silu bagi menghalalkan apa yang mereka lakukan...

terpulang kepada mereka yang memerhati untuk bijak menilai...

hmm.. melayu....

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..