Internet memainkan peranan yang besar dalam kehidupan Rakyat Malaysia hari ini...
hari ni... pemerintah menyediakan apa yang dinamakan National Broadband Initiative (NBI) yang bermatlamat menyumbang impak ketara kepada KDNK negara: Mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah pada 2010 boleh menyumbang 1 peratus kepada KDNK negara dan mencipta 135,000 pekerjaan baru pada 2010
Penggunaan Internet bukan satu perkara yang baru... dalam perkembangan politik negara pun kita tak boleh lari dari internet sebagai satu medan pertempuran yang penting.. maklumat-maklumat yang di siarkan mempengaruhi negara kerana seluruh negara malah seluruh dunia mendapat capaian melalui internet..
PRK Galas yang akan datang ini.. sekali lagi akan menjadikan medan internet sebagai satu medan yang sengit... tohmahan dan penipuan demi penipuan akan di sampaikan...
sejarah telah menunjukkan, PRK Bagan Pinang di cemari dengan berita-berita bohong yang di keluarkan oleh mereka yang kononnya berpaksikan Al-Quran & Hadith.. fitnah ditaburkan.. ketakutan digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang menjual agama demi kepentingan diri...
ini semua adalah hakikat yang akan kita semua hadapi apabila PRK Dun Galas menjelang tiba.. laungan Allahhuakbar akan menjadi topeng tanpa segan silu bagi menghalalkan apa yang mereka lakukan...
terpulang kepada mereka yang memerhati untuk bijak menilai...
hmm.. melayu....
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..