cuba bayangkan, seorang penjual tudung boleh menjana pendapatan RM2000 hanya melalui mempromosikan perniagaan beliau melalui blog.. itu belum lagi hasil penjualan beliau di kedai mahupun di ekspo-ekspo yang dia sertai... seorang suri rumah menjana pendapatan RM10k sebulan dengan hanya menulis tentang kehidupan sehariannya.. lumayankan? pokok pangkalnya diri kita..
hari ini kita boleh lihat blog yang pelbagai dengan sekali klik di enjin carian.. blog politik, blog perniagaan dan sebagainya..
hari ini, blog juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memfitnah dan memburukkan nama baik seseorang... masyarakat bukan memandang kepada kebenaran tapi lebih cenderung kepada konsep populariti sesuatu isu.. tak penting pun betul atau salah, janji sensasi!!!!
tak lama lagi PRK DUN Galas akan bermula.. maka perang blog akan berlaku.. yang membuat blog ini memang org yang bijak-bijak belaka tapi sesiapa yang percaya bulat-bulat dan menjadi agen penyebaran maklumat percuma pula pada mereka yang menulis blog... golongan ini digelar GOBLOK!!!
SOALNYA!!! kita na jadi golongan GOBLOK seperti mereka?
jika TIDAK jawapan kita.. apa kata kita jadi mereka yang menulis blog dan menulislah untuk mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi pengguna sahaja...
hmm.. melayu...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..