tak boleh nak dinafikan lagi SSM didalangi dan dibawah telunjuk parti politik setelah dua artikel dari laman web yang sama secara sewenang-wenangnya tanpa segan silu cuba menentukan apa halatuju dan kepimpinan SMM.
selama ini pun umum tahu mereka ini semua memang didalangi dan menjadi boneka parti politik tapi cuba dinafikan oleh mereka.. kononnya mereka ini adalah mahasiswa yang bebas dari pengaruh luar dan mewakili mahasiswa Malaysia memperjuangkan apa yang mereka panggil "Kebebasan Akademik"..
mereka mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 menyekat kebebasan mereka untuk menyampaikan pandangan mereka dalam politik dan bersuara..
tapi baru-baru ini mereka menjadi kucar-kacir apabila bila 4 orang Mahasiswa KUIN di gantung pengajian mereka kerana berdemonstrasi di menentang tindakan kerajaan negeri Kedah untuk merobohkan madarasah di Alor Star..
ada yang sudah meninggalkan saf perjuangan mereka yang selama ini mereka anggap di sokong oleh pakatan parti politik yang tiba-tiba menghukum golongan pelajar yang menentang mereka.
alasannya? AUKU dan Akta IPTS adalah akta yang berbeza.. ahahahahahahaha.. lawakkan?
walaupun dua akta ini berbeza, tapi apa yang ditentang dalam AUKU ada dalam akta IPTS...
maka berdedai-dedailah juak-juak parti politik ini cuba menghalalkan apa yang mereka lakukan dan apabila pengerusi SSM menyelar MB Kedah kerana tindakannya, dia dilabelkan sebagai sudah lari dari perjuangan dan tidak layak lagi menjadi pengerusi SMM..
nasihat aku untuk adik-adik SMM, GAMIS, HAMIS, HANCING dan macam-macam nama yang adik-adik guna.. sedarlah yang adik-adik semua sedang digunakan, maka apabila adik-adik dilihat menghalang agenda maka adik-adik akan ditendang ketepi dan akan di gantikan..
ini adalah modus operandi mereka sejak dahulu lagi dan adik-adik tidak terkecuali dari nasib itu apabila adik-adik membenarkan diri adik-adik dipergunakan..
aku akhirkan dengan video Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang aku rasa elok difikirkanoleh semua..
hmm.. Melayu...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..