YB Abdul Shukur Idrus, ADUN N13 Kuang dan petugas-petugas Pusat Khidmat DUN Kuang tak menang tangan sepanjang bulan ini menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penduduk DUN Kuang.
Aku berkesempatan untuk melihat sesi Penyerahan BR1M di Pusat Khidmat ADUN di Tasik Biru Kundang untuk sesi petang..
Ratusan penduduk memenuhi Pusat Khidmat ADUN tanpa mengira latarbelakang mahupun fahaman politik yang jelas menunjukkan tiada diskriminasi dalam menyalurkan bantuan seperti yang dijanjikan.
Aku difahamkan oleh seorang petugas, BR1M di serahkan secara berperingkat bagi memudahkan proses penyerahan supaya penerima yang layak tidak perlu menunggu lama.
Setiap sesi dimulakan dengan bacaan doa & nyanyian lagu Negaraku dan di ikuti dengan sesi penyerahan.
Keutamaan diberikan kepada warga emas, OKU & ibu mengandung & dan seterusnya mengikut nombor giliran yang diberikan semasa pendaftaran..
Para petugas juga aku lihat bersemangat dan sangat berdedikasi walaupun kepenatan bertugas dari pagi.
Ada juga petugas yang membantu warga emas yang lewat tiba dengan menguruskan pemberian kepada mereka tanpa perlu beratur.
Senyuman tidak lekang dari bibir mereka & tidak kedengaran mereka mengeluh kepenatan mahupun berkasar dengan penerima yang bersesak-sesak dan pelbagai kerenah..
YB Shukur dengan teliti memantau pelaksanaan pemberian BR1M & bermesra dengan penduduk-penduduk Kuang yang sememangnya tidak asing dengan Wakil Rakyat anak jati Kuang yang lebih mesra dengan panggilan YB Tho..
Sememangnya pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali ini lebih teratur & sistematik berbanding sebelum ini..
Rakyat juga dapat merasai habuan dari janji-janji Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan DS Najib Tun Razak yang sentiasa ditepati..
Yakini BN, Sayangi Selangor..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..