SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, September 3, 2008

Tuankah Melayu...

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM
KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.
‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.
Maruah
‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.
Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.
‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

http://www.utusan.com.my/

walau apa pun cerita sebenar disebalik kes ini.. mungkin disalah ertikan, mungkin dimanipulasikan... jelas ianya menimbulkan keresahan dalam masa yang sangat meresahkan ini...

tapi memang itu lah cara pemikiran orang melayu yang kononnya pejuang... yang rasa dirinya serba tahu... konon dirinya membawa perjuangan orang melayu... rupa-rupanya tukang sorak... pemahaman yang dikongsi oleh ramai orang... samada yang menyokong atau menentang...

mentaliti 70an, kurang pemahaman tentang hak istimewa orang melayu serta maksud ketuanan melayu itu sendiri menyebabkan tukang sorak yang agak pandai bercakap ini menjajakan omongan bodoh yang akhirnya menjerat diri sendiri.... merosakkan perpaduan...

kepada mereka yang masih BODOH dalam perkara ini, izinkan aku berkongsi serba sedikit ape yang aku kutip dari pengalaman aku selama 26 tahun hidup di bumi Allah ini...

aku mulakan dengan kata-kata Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama... "semasa kemerdekaan, kita bermula di garis mula yang berlainan"... ini merujuk pada ekonomi, pendidikan, sosial dan jumlah dalam pentadbiran...

secara ekonominya ketika kemerdekaan orang melayu memiliki 8.2 % pegangan ekuiti negara.. itupun dimonopoli oleh autokrat-autokrat melayu... para bangsawan dan raja-raja melayu... manakala, selebihnya dikuasai oleh bangsa cina...

dari segi pendidikan, amat jauh sekali... melayu hanya dibenarkan untuk membina sekolah-sekolah pondok yang menjurus kepada keagamaan.. mengasingkan melayu dari arus pendidikan perdana yang membolehkan mereka memegang jawatan-jawatan penting... sesuatu yang telah diamalkan selama ratusan tahun... sebagai contoh " Beri pendidikan kepada melayu supaya dia lebih pandai sedikit dari bapanya. jika bapanya seorang petani, jadikan dia seorang petani yang lebih baik dari bapanya"... ini berbeza dengan sekolah cina yang memberikan pendidikan yang jauh lebih baik dan di isi dengan ilmu-ilmu moden supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka agar jadi lebih baik... sekolah-sekolah mubaligh kristian yang sampai hari ini tersergam indah...

dari segi sosialnya melayu memang jauh terpinggir... dasar pecah dan perintah yang di amalkan british menghalang dari melayu untuk bersatu dan berinteraksi dengan bangsa lain dalam skop yang lebih besar...

sudah tentu apabila tiada pendidikan, apalah jawatan kerajaan yang boleh di sandang oleh orang melayu.. berbanding dengan orang cina yang banyak memegang jawatan dalam pentadbiran... jawatan yang layak di isi oleh orang melayu ialah peon, budak pejabat dan pemandu... seperti yang sering di tayangkan dalam drama-drama dan filem hari ini...

jadi ketika Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Laporan Suruhanjaya Reid di gubal, perkara-perkara ini di ambil kira bagi mengimbangi ketidak seimbangan ini... dan ini di panggil Hak Istimewa Orang Melayu yang menggariskan beberapa perkara utama :

1. Tugas Yang Di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
2. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk merizabkan quota unutk orang melayu & Bumiputera bagi:

  • penjawatan dalam kerajaan
  • biasiswa & pendidikan
  • tender-tender kerajaan dan permit

3. Apa-apa yang terkandung dalam Perkara ni tidak boleh digunakan untuk menghalang perniagaan dan perdagangan bangsa lain.

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia

jelas disini kita dapat lihat bahawa ini bukan meletakkan melayu itu lebih baik atau lebih agung dari bangsa lain... sekadar untuk memastikan tiada ketidak seimbangan dalam negara yang berbilang kaum ini... jadi tiada istilah menekan kaum lain kerana dalam perkara 153 sendiri di gubal dengan kawalan..

adakah masih relevan dalam senario hari ini? yang rakyatnya boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa kekangan kaum, yang tiada pergaduhan atau perpecahan lagi.. yang kita boleh lihat melayu kini boleh memandu kereta yang sama hebat dengan bangsa lain...

Mari kita lihat Fakta hari ini :

rakyat Malaysia = 26 juta orang

Melayu = 16 juta orang (55%)

pegangan ekuiti (perniagaan/aset/hartanah/saham etc) = 18.2%

selebihnya bukan melayu

ekuiti hartanah cina (bangunan/rumah/tanah etc) = 70%

jelas di sini boleh lihat bahawa perbezaan dari segi pegangan ekuiti dari segi hartanah mahupun apa saja kekayaan hasil Malaysia tercinta ini masih lagi tidak seimbang dan masih lagi tidak relevan untuk memberi peluang samarata kerana sama rata itu tidak semestinya adil...

timbul pula persoalan tentang KETUANAN MELAYU.... sering kita dimomokkan dengan kata-kata melayu itu TUAN di bumi tercinta ini.. Kerana Melayu itu orang asal dan Bangsa Bukan Melayu hanyalah pendatang & tidak layak diberi layanan sama rata...

malah wikipedia.org juga mentakrif lebih kurang seperti maksud yang aku katakan tadi..

"Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance[1]) is a belief that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia. The Malaysian Chinese and Indian-Malaysians who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Constitution of Malaysia"

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu

Inikah KETUANAN MELAYU?

inikah pengertian KETUANAN MELAYU yang sebenar? meletakkan melayu itu melebihi bangsa lain.. bangsa yang agung dari bangsa-bangsa yang dikatakan pendatang... hanya kerana memberikan kerakyatan kepada bukan melayu? adakah ini definisi Ketuanan yang jelas tidak selaras dengan Islam? definisi yang di pegang oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada di peringkat pemimpin atau yang di pimpin... tak kira mereka yang menyokong atau menentang...

walaupun majoriti rakyat Malaysia berfikiran demikian, tidak bermakna ini adalah maksud sebenar...

Tuan bemaksud orang yang menguasai... kalau aku berkuasa terhadap seseorang maka aku lah tuan bagi orang itu.. sama seperti seorang raja menguasai negerinya, maka RAJA itu adalah TUAN bagi negerinya itu..

aku memecahkan negara kita kepada 4 elemen untuk memudahkan pemahaman:

  • POLITIK
  • EKONOMI
  • PENDIDIKAN
  • SOSIAL

kalau sesuatu bangsa itu ingin berjaya maka perlulah ia menguasai ke semua elemen tersebut... namun jika tidak ia akan kebelakang dan terpisah dari arus pembangunan negara kerana tidak mampu bersaing..

perjuangan KETUANAN MELAYU adalah perjuangan untuk menguasai elemen-elemen ini... jadi ketuanan disini adalah penguasaan orang melayu pada kelemahannya, BUKAN pada bangsa-bangsa lain...

tapi atas kebodohan dan kedangkalan orang melayu sendiri dan hanyutnya mereka dalam khayalan ingin menjadi Tuan.. umpama tidak berpijak dibumi yang nyata... menyebabkan melayu akan hilang penguasaan dari segi POLITIK pula...

ingatlah semua, tiada bangsa yang lebih hebat dari bangsa lain di Malaysia ini... tiada bangsa yang Tuan kepada bangsa lain kerana kita ini adalah RAKYAT RAJA... Subject of The King... sebelum merdeka dan selepas merdeka.... sedarlah.... Hmm.. Melayu...

3 comments:

  1. salam...aku setuju dengan main point yang cuba ko bangkitkan, betul, ketuanan itu bukanlah bermaksud mendahului atau menguasai orang lain....

    "Tuan bemaksud orang yang menguasai... kalau aku berkuasa terhadap seseorang maka aku lah tuan bagi orang itu.. sama seperti seorang raja menguasai negerinya, maka RAJA itu adalah TUAN bagi negerinya itu.."

    mungkin istilah "ketuanan" ini yang selalu disalah ertikan oleh pelbagai pihak....mungkin kita perlu ubah, seperti mana yang penah diperkatakan oleh Dato’ Malik bin Munip, Bekas Pensyarah Sejarah UM...
    ubah perkataan "ketuanan" kepada perkataan lain

    warisan melayu barangkali....hmmm....

    ReplyDelete
  2. isi mmg mnarik bro..cume layout blog ni kne ubah skit.plg x best font tu.kne cri font yg tbal skit.bru sdap mata memandang..try tg mysrimuara pny blog..

    sekadar memberi cdgn utk penambahbaikan

    ReplyDelete
  3. salam..bagus pemikiran saudara pasal ketuanan melayu..tp bagi saya, ketuanan melayu lah yg buat org melayu rasa sgt selesa dan sentiasa berasa diri berada dlm comfort zone.

    bila dah rase selesa camtu..start la org kita rase malas..bape ramai mat2 rempit yg buang masa sbb rase yg diri mereka adalah tuan di tanah air ini. harap diberi ulasan..

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..