Ahmad reda
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.
Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.
Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.
''Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.
''Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya.
Ahmad yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum telah digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun oleh mesyuarat khas MT hari ini.
Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan di dalam parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini iaitu selaras dengan fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Ahmad berkata, kesetiaannya terhadap UMNO tidak akan terjejas dan akan terus berjuang bersama parti itu walau apa sekalipun berlaku.
''Saya mempunyai masa yang cukup panjang selepas ini. Saya akan bina semula cerucuk di atas tapak yang sama. Saya tetap akan bersama UMNO kerana UMNO adalah parti saya.
''Saya menganggap apa berlaku ini adalah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali lagi. Hari ini telah sempurna qada dan qadar Allah ke atas diri saya dan saya terimanya dengan penuh reda,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan sama beliau meminta kepada semua orang Melayu terutama di kawasan Bukit Bendera supaya bertenang dengan tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh memudaratkan negara.
''Sebenarnya orang Melayu Bukit Bendera mahu datang ke PWTC dengan 10 bas dan mereka mahu melakukan protes tetapi saya merayu kepada mereka dan Alhamdulillah mereka tidak hadir.
''Bagi seluruh orang Melayu dan Islam yang lain saya minta kita kuatkan perpaduan kerana dengan berpadu sahaja kekuatan kita bakal terserlah. Apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada orang Melayu berpecah belah. Jadikan peristiwa ini pengajaran kepada kita,'' katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta maaf, Ahmad menegaskan yang beliau tidak akan minta maaf dan bersedia menerima risiko akibat daripada perbuatannya itu.
''Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek saya tidak akan tiba peringkat ini. Disebabkan ketegasan saya kena macam ini (dihukum). Saya tidak kisah... no problem (tiada masalah) saya terima,'' ujar beliau.
Menjawab satu soalan Ahmad berkata, buat masa ini beliau belum terfikir untuk membuat rayuan tetapi ia bergantung kepada pendapat ahli-ahli UMNO di dalam bahagian.
''Kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon saya ucapkan tahniah kerana dia menang pada permainan kali ini tetapi saya berjanji akan kembali semula satu hari nanti,'' katanya.
http://www.utusan.com.my/
Hebat sungguh tindakan yang dikenakan oleh Presiden UMNO yang juga merupakan pemimpin tertinggi negara untuk memuaskan hati pemimpin dalam Barisan Nasional demi untuk memastikan kestabilan kerajaan yang sedia ada terjaga.. Keputusan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO sehari selepas mesyuarat Barisan Nasional yang disifatkan oleh Presiden PPP, Datuk M.Kavias sebagai "PALING TERBUKA" sepanjang penglibatannya dalam Barisan Nasional.. Pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang mendesak demi untuk menjadi jagoan kaum mereka... Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak mendapat sokongan kaum mereka ketika Pilihanraya Umum Ke-13 tempoh hari...
Seorang pemimpin bahagian UMNO telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana menyatakan FAKTA SEJARAH... namun tiada sesiapa pun tampil untuk membela beliau dan berdasarkan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan menunjukkan yang beliau tahu yang perkara ini akan berlaku dan beliau faham kenapa keputusan itu di adakan...
DAN sehingga saat aku menulis entry ini, beliau masih lagi berpegang pada pendirian beliau untuk TIDAK memohon maaf....
Pada aku, yang berlaku telah pun berlaku... keputusan yang telah dibuat akan menampakkan kesannya setelah seberapa lama perkara ini berlarutan.. ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang tersenyum selepas menangguk di air yang keruh...
TAPI... aku masih ada keraguan sedikit... jika kenyataan seumpama itu telah membunuh kerjaya politik seseorang dan telah membuatkan seorang Timbalan Perdana Menteri memohon maaf, apa pula tindakan yang TELAH dikenakan oleh orang yang melakukan perkara ini :
DAN apakah tindakan yang sesuai dikenakan pada orang yang melakukan perkara ini pula?
soal Pak Lah lemah, Najib lemah telah lama aku dengar... sudah jelak aku terangkan pada umum sepanjang perjalanan ini.. tapi tidak pernah penat aku ulangi...
Pemimpin kuat atau lemah bergantung pada sokongan yang diterimanya... lebih banyak sokongan yang diterimanya maka kuatlah dia...
tapi apabila melayu itu sendiri bercakaran.. masing-masing dengan ideologi yang berubah mengikut musim pilihanraya... dengan sikap bangsanya yang terlalu selesa dengan apa yang ada... sikap suka mengambil mudah dan memandang politik itu sesuatu yang jijik dan kotor serta meletakkan TANGGUNGJAWAB mengundi itu suatu yang tidak perlu tapi melaung-laungkan HAK telah membuatkan kedudukan pemimpin itu lemah secara sendirinya...
Melayulah yang menyebabkan pemimpinnya lemah... tapi, siapalah yang mahu mengaku jika terberak ditepi jalan... lebih selesa dan menyenangkan untuk menundung jari pada orang lain dan meletakkan kesalahan pada bahu orang yang bertungkus lumus untuk memastikan kita dapat hidup aman dan damai kerana dengan berbuat demikian, kita dapat tidur malam ini dengan tenang tanpa rasa bersalah... Hmm... Melayu...
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55.. ...
-
ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 20...
-
Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan.... Masa Depan...?? Aku pun tak pasti apa...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Friday, September 12, 2008
Tidurlah Dengan Tenang Malam Ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..