Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
terima kasih pada kawan-kawan & sahabat-sahabat yang melawat blog aku dan bagi pelbagai komen yang membina... ada jugak yang takut untuk...
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Selepas pendedahan maklumat demonstrasi akan diadakan di hadapan Pejabat PM di Putrajaya, beberapa lokasi lagi dikenalpasti sebagai lokas...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Thursday, November 4, 2010
Wayang Kulit Wok Yoh, Samad dan Said DUN GALAS
Thursday, October 21, 2010
Blog Tapi Jangan Jadi GOBLOK!!! SIRI 2
Wordpress |
itulah perbezaan antara wordpress.com dengan wordpress.net..
wordpress.com menyediakan platform pembinaan blog percuma manakala wordpress.net menyediakan perisian untuk kita membina laman web sendiri.
satu lagi platform yang popular untuk membina laman blog sendiri ialah blogger.com dengan lamannya blogspot.com
blogger.com |
malah aplikasinya yang mudah membolehkan seseorang itu untuk mempelajarinya dalam masa kurang sejam sahaja.
sebab itu ianya menjadi pilihan blogger-blogger yang berada diluar sana...
2 PRK akan menyaksikan peperangan cyber antara blogger-blogger ini.. ratusan malah mungkin ribuan blog yang akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan ketika musim pilihanraya dan sepantas itu blog-blog ini akan ditinggalkan tanpa entry kerana sekadar bermusim..
biasanya blog-blog seperti ini diragui kebenarannya & ini sudah tentu tuan punya blog tak akan bertanggungjawab dengan apa yang ditulis mereka..
terpulang pada kita yang membaca untuk menilai apa di tulis di mana-mana blog sekali pun...
hmm.. melayu....
Sunday, October 17, 2010
Blog Tapi Jangan Jadi GOBLOK!!!
Thursday, October 14, 2010
Benarkah Pelajar IPT Di Malaysia Paling Malas?
Tuesday, October 12, 2010
Power Of Internet
Internet memainkan peranan yang besar dalam kehidupan Rakyat Malaysia hari ini...
Monday, January 25, 2010
Panas di Kuala Selangor...
Alhamdulillah.. Tuhan masih lagi memberikan aku sedikit kekuatan dan kelapangan hidup hingga hari ini… aku masih lagi mampu bergerak di dalam masyarakat hari ini untuk meneruskan perjuangan dan pemerhatian..
Aku ada seorang rakan, khaidir namanya.. umur 29 tahun, masih bujang.. (bukan gay.. tapi memilih sangat..) rakan seperjuangan dan rakan melepak-lepak bila tiada aktiviti berfaedah lagi yang nak dilakukan sendirian..
Kali ini dia mengajak aku ke Kuala Selangor.. katanya ada Karnival UMNO Juara Rakyat.. pada mulanya aku agak malas nak ke sana.. tapi apabila berita tentang PKR Bahagian Kuala Selangor telah terbubar akibat dari 13 orang AJK bahagiannya meletak jawatan kerana tidak percaya dengan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Kuala Selangor, aku menjadi berminat pula untuk melihat aktiviti UMNO di bahagian itu..
Aku tiba agak lewat.. ini kerana aku terlewat bangun pagi itu.. aku dan Khaidir tiba disana jam 12.30 tengahari.. keadaan agak panas dan tidak ramai orang di gerai-gerai.. Almaklumlah, sudah hampir waktu zohor dan makan tengahari..
Rupa-rupanya bukan Karnival UMNO Juara Rakyat tetapi Mini Karnival Rakan Muda Tani 2010 anjuran Kelab Rekreasi Srikandi Wawasan, UMNO Bahagian Kuala Selangor dan Majlis Belia Kuala Selangor.. agak kecewa pada mulanya tapi agak menarik juga bila ianya melibatkan pertanian kepada golongan muda..
Disana terdapat khemah-khemah untuk usahawan-usahawan bimbingan Agro Bank mempamerkan produk mereka.. ada perusahaan sotong kering, nata de coco, nenas berkualiti tinggi yang tak berduri, malah pembungkusannya amat menarik hinggakan aku tak percaya ianya produk usahawan Melayu.. satu stigma yang aku perlu buang jauh-jauh..
Ada juga disediakan khemah yang menempatkan ruang pameran dan khidmat nasihat dari FAMA, TEKUN Nasional dan Agro Bank.. sesuai untuk sesiapa saja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, lebih-lebih lagi pertanian.. seperti mana saranan kerajaan “Pertanian Itu Perniagaan”..
Disediakan juga ruang untuk pameran dan pendaftaran Ikatan Relawan Malaysia(RELA) dan Majlis Belia Selangor.. satu tindakan yang baik untuk mendekatkan golongan muda dengan kegiatan sukarela dan aktiviti sihat..
Bagi menarik perhatian lebih ramai pengunjung.. Didalam dewan, diadakan pertandingan karaoke dan diluar pula dijalankan pertandingan futsal.. terdapat juga khemah-khemah untuk peniaga-peniaga menjual barangan mereka yang kebanyakannya pakaian termasuklah sebuah gerai oleh Puteri UMNO Kuala Selangor..
Pada pandangan aku, ianya suatu yang bagus bila ada karnival seperti ini.. memberi peluang kepada masyarakat Kuala Selangor untuk melihat hasil dari usahawan-usahawan tani. Ini boleh membuka mata sesiapa yang selama ini skeptik terhadap industri tani..
Namun ada beberapa perkara yang boleh di perbaiki lagi dalam pengajuran program baik seperti ini.. pertama sekali.. sepanjang perjalanan aku dari jeram ke Kuala Selangor, tiada sebarang banner ataupun bunting yang mempromosikan Karnival ini.. bukan aku katakana tiada sebarang promosi tapi aku rasa penting kalau promosi ini diperhebatkan lagi.. kerana program sebaik mana pun tidak akan bermakna jika golongan sasar tidak tahu akan wujudnya peluang ini..
Dan aku tidak lihat mana-mana ketua pemuda mahupun ketua puteri yang mendekati golongan muda yang datang ke karnival ini.. mereka masih lagi sibuk menjadi ajk-ajk dan menjalankan program dari mendekati golongan muda. Sungguh membazir peluang apabila golongan sasar mereka datang tetapi UMNO tidak dapat menjalinkan hubungan secara individu.. sentuhan individu itu sangat penting dalam mendekatkan masyakat kembali kepada UMNO.. ini dapat mengenepikan khabar-khabar angin yang mereka dengar dari mulut orang lain..
UMNO sudah nampak kesungguhannya untuk berubah.. namun, adakah mereka didalam UMNO akan berubah kerana tak guna segala slogan dan ucapan dari pucuk pimpinan yang berapi-api jika perubahan tidak datang dan diamalkan diperingkat akar umbi UMNO… aku sudah nampak perubahan dan kesungguhan UMNO Kuala Selangor.. namun demi untuk menjadi lebih baik, masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan..
Hmm..Melayu..
Murtad..
GILA!!! Aku terkejut bila ditengahari Ahad sedang aku berehat menonton rancangan gosip tanahair di TV3, dipaparkan kisah mengenai sebuah kumpulan nasyid IN HEART yang dikatakan MURTAD!
Mereka dikatakan MURTAD apabila penampilan mereka tidak seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain.. ketika kumpulan lain memilih untuk memakai kupiah arab, baju kemeja lobos berkolar cekak musang dan memakai seluar slack, IN HEART memilih untuk memakai jeans, ber-tshirt, berambut pacak dan kasut putih..
Ish.. mudah sangat melabel orang sebagai murtad bila tidak sehaluan dengan kita.. sesuatu yang amat berat untuk hukumkan pada seseorang tetapi amat mudah mereka hari ini untuk melabelkan.. bersembunyi disebalik janggut yang panjang, tutur kata perlahan, pakaian ala-ala nasyid cara mereka dan menyebut kalimah suci membuatkan mereka lebih Islam dari orang lain..
Perkara ini bukan perkara baru.. melabel orang lain sebagai kafir, murtad bagi menunjukkan mereka lebih Islam dari orang lain adalah satu amalan yang dihalalkan oleh sesetengah umat Islam di negara kita.. di ikuti dengan ketaksuban kepada orang-orang yang mereka gelar Ulama hinggakan perkara mengarut yang keluar dari mulut mereka pun diterima bulat-bulat malah di perjuangankan tanpa ada persoalan..
MURTAD… berat tuduhan tu… sedih bila melihat saudara seagamaku jatuh ketahap begini.. tapi aku tidak terkejut kerana Agama adalah satu alat untuk mereka mendapat apa yang mereka mahu.. bila tidak sesuai dengan mereka, maka mereka akan meletak label kafir dan murtad.. bila menguntungkan, mereka akan mengeluarkan nas-nas dan dalil-dalil yang boleh menyokong hujah mereka itu.. dan yang sedihnya.. ramai umat Islam yang bodoh mengikut saja apa yang dikatakan itu… kononnya takut kalau terjatuh sama dalam kategori yang dituduh itu…
Dalam kes IN HEART, tak pernah pula aku lihat dimana-mana artikel diakhbar ataupun di internet yang benar-benar membuktikan mereka murtad.. sekadar gosip-gosip, tuduhan-tuduhan kosong.. dan yang paling biasa aku lihat, hadis-hadis dan ayat suci Al-Quran diperguna untuk menghalalkan tuduhan mereka..
Tak pula aku lihat sebarang masalah dengan penampilan mereka.. mereka berpakaian seperti remaja dan golongan muda hari ini.. bukan seperti golongan tertentu sahaja.. yang pentingnya bukan pakaian yang mereka pakai tetapi akhlak dan lagu-lagu yang mereka nyanyikan.. tidak pula aku lihat mereka memakai rantai, subang ataupun aksesori yang melampau hingga keluar dari norma seorang muslim..
Adakah pada mereka Islam itu dari pakaian? Adakah berpakaian seperti seorang arab itu Islam.. adakah perlu mengikut cara mereka maka baru mereka itu Islam?
Salahkah untuk berpakaian seperti golongan muda hari ini dan menyampaikan mesej ketuhanan? Pada aku yang tidaklah pandai sangat tentang agama ni, aku lebih suka mendekati orang yang tidak jauh bezanya dari aku dan kemudian menyampaikan sesuatu yang baik kepada aku… dan itulah yang aku nampak apa yang IN HEART lakukan.. mereka mencari kelainan dan pakaian itu adalah satu usaha untuk mendekatkan golongan yang tak berminat untuk melihat orang-orang berpakaian seperti Raihan bagi menyampaikan mesej yang sama seperti Raihan…
Nasihat aku kepada mereka yang suka melabelkan orang lain seperti ini.. tak salah untuk melabel.. tapi kalau sudah melabel dengan tuduhan yang berat semata-mata mereka berbeza dengan kita maka patut kita muhaSABAH ataupun muhaSARAWAK diri sendiri agar kita menjadi Muslim yang lebih baik…
Aku pulangkan kembali kepada mereka yang membaca untuk menilai.. kerana tanpa berfikir dan menilai, tiada bezanya kita dengan haiwan…
Hmm.. melayu…
Tuesday, January 12, 2010
Bila Pondok Pengawal Dibaling Batu..
Apa yang nak jadi pada negara kita sekarang ni.. semakin hari semakin banyak perkara yang meresahkan kita.. ada saja masalah baru timbul.. Baru-baru ini mahkamah tinggi kuala lumpur mengistiharkan perkataan Allah boleh digunakan dalam penerbitan Herald, sebuah majalah mingguan Kristian bermazhab Roman Catholic di Malaysia..
Rentetan dari perkara itu, beberapa pihak telah melakukan protes dan perhimpunan haram membantah keputusan mahkamah tinggi itu.. lebih mengeruhkan keadaan lagi, beberapa buah gereja telah dibakar dan lebih bodoh lagi, ada yang membaling batu pada pondok pengawal Sekolah Menengah Convent Taiping..
Tindakan-tindakan mereka ini sungguh kelakar pada pandangan aku.. aku agak yakin ini semua dilakukan oleh orang bodoh yang terlalu obsess untuk membela agamanya dan mereka yang sebelum ini tak kisah pun tentang agamanya. Dan tentang yang membaling batu pula, ini sudah pastinya tindakan anak-anak kecil yang belum bersunat tapi ibu bapa tidak kisah kemana anak mereka pergi ditengah malam..
Kenapa aku berkata begitu?
Adakah aku tak sayangkan agama aku?
Adakah aku suka membiarkan agama aku dipersendakan?
Kenapa aku tidak menyokong protes yang dilakukan?
Jawapan aku?
Allah menjadikan semua makhluk itu sama… yang meletakkan manusia itu lebih mulia dari makhluk lain ialah manusia dikurniakan akal untuk berfikir, mentafsir dan membuat pilihan.. jadi aku lebih suka menggunakan akal fikiran yang waras dari kebodohan yang ditunjukkan oleh golongan-golongan ini..
Keputusan mahkamah sudah dibuat.. apa yang boleh dicapai dengan berpiket, tunjuk perasaan dan perhimpunan haram?
Selepas keputusan mahkamah dibuat, rayuan boleh dibuat di mahkamah rayuan untuk dipertimbangkan diubah semula keputusan mahkamah tinggi tadi.. kalau keputusan mahkamah rayuan tidak memuaskan hati pihak yang terlibat, rayuan boleh dibuat pada mahkamah persekutuan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan..
Jadi soalan aku sekali lagi, apa yang boleh dicapai dengan berpiket, tunjuk perasaan dan perhimpunan haram?
Kemudian pula tindakan pihak-pihak yang membakar gereja, apa yang boleh dicapai dengan berbuat demikian?
Tidakkah kita fikir, pihak yang memohon perbicaraan ini memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku? Adakah mereka akan berubah fikiran kalau dibakar semua gereja dalam Negara kita ini? Bukankah bodoh dan sia-sia perbuatan itu? Apa pandangan mereka yang selama ini berminat pada agama Islam bila melihat penganutnya bersikap seperti orang yang tak berakal waras?
Apakah ini caranya membela agama Islam? Dengan membakar rumah ibadah agama lain? Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam? Walaupun ada penyelesaian cara damai tapi memilih keganasan? Adakah tindakan ini akan menjamin tempat mereka di Syurga nanti?
Tindakan membaling batu pada pondok pengawal sekolah convent lagi lah mengundang ketawa.. semata-mata namanya sekolah convent, maka di ganggu pondok pengawalnya.. aku terbayang bagaimana terkejutnya pengawal-pengawal yang sedang enak diulit mimpi bila dikejutkan oleh lontaran batu ke pondok mereka..
Jika mereka yang berbuat demikian cukup dewasa, maka mereka patut tahu bahawa sekolah convent itu hanyalah sekadar nama sahaja.. kerana hari ini, sekolah-sekolah inggeris yang suatu masa dahulu berorientasikan agama kristian tidak lagi seperti dulu.. hari ini sekolah-sekolah ini tidak ada bezanya dengan sekolah harian biasa dibawah kementerian pelajaran.. ini sudah pastinya kembali kepada ibubapa yang tidak memantau anak-anak mereka diwaktu malam..
Aku sayang agamaku, aku sayang negaraku.. aku sudah pasti tak mahu agamaku dipermainkan oleh siapa-siapa pun termasuklah oleh saudara seagamaku sendiri.. sudah pastinya orang sedang memandang apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini.. sebuah Negara Islam yang disegani yang kali ini diuji pula mentaliti penganutnya..
Setiap tindakan akan ditafsirkan oleh orang luar dan dalam negara.. muslim dan bukan muslim.. jadi perbuatan yang sia-sia dan bodoh oleh orang Islam dinegara ini akan dilihat sebagai fahaman Islam itu sendiri..
Jadi patutkah kita berpeluk tubuh? Biarkan saja?
Tidak.. tidak sama sekali… tapi tindakan kita perlu bijak… kita protes dan protes tapi bila rayuan memihak pada kita, kita bersorak.. bukankah itu hipokrit namanya? Kes dalam proses rayuan, jadi kita patut biarkan ianya berjalan dengan lancar tanpa gangguan..
Kalau mahu menyatakan pandangan atau rasa tidak puas hati, buatlah secara aman dan ditempat tertutup.. seperti sesetengah pihak yang membuat sidang akhbar dan majlis solat hajat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.. tak perlu mengeruhkan lagi keadaan..
Kedudukan kerajaan amat jelas dalam perkara ini.. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertahankan penggunaan perkataan Allah itu ekslusif untuk agama Islam hingga perkara ini dibawa ke mahkamah dan kini KDN memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah tinggi itu..
Ini berbeza dengan pemimpin beragama Islam pembangkang yang kini membuat kenyataan “selamat” atau playsafe statement yang jelas menunjukkan mereka kini tersepit dalam permainan politik mereka sendiri.. perbuatan mereka untuk mengambil hati pengundi bukan melayu kini memaksa mereka untuk kelihatan liberal dan menimbulkan keraguan mengenai matlamat & cara perjuangan mereka..
Terpulanglah kepada yang menilai.. ada yang akan kata aku ni penakut, tapi tanyakan kepada mereka yang berada dalam alam maya ini dengan identiti samaran tentang keberanian mereka.. tanyakan kepada yang berarak dan berhimpun, dimana mereka ketika laungan azan subuh diminta di perlahankan.. dimanakah mereka bila wang baitumal hendak di gunakan untuk kegunaan pentadbiran negeri.. dimana mereka bila wang zakat hendak diberikan kepada orang bukan Islam..
Hmm.. melayu..