Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
terima kasih pada kawan-kawan & sahabat-sahabat yang melawat blog aku dan bagi pelbagai komen yang membina... ada jugak yang takut untuk...
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Selepas pendedahan maklumat demonstrasi akan diadakan di hadapan Pejabat PM di Putrajaya, beberapa lokasi lagi dikenalpasti sebagai lokas...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Sunday, August 31, 2008
Hidayah...
jawapan aku amat mudah... Aku tidak berada di sana.. walaupun aku pernah bermastautin di Bukit Mertajam selama setahun setengah, aku rasa aku tidak patut untuk beri sebarang ulasan tentang perjalanan pilihanraya P44 walaupun aku amat jelas dengan pemikiran penduduk disana... pada yang kenal aku secara peribadi, mereka pasti tahu yang aku ni bukan orang yang suka pada Hear Say, kurang menggemari cerita sensasi & apa lagi khabar angin yang belum tentu asas kejadiannya...
pada yang tidak tahu tentang Permatang Pauh... aku berikan serba sedikit apa yang aku tahu tentangnya... Permatang Pauh adalah satu kawasan yang agak besar.. kira-kira 60,000 pengundi berdaftar.. terletak dlam kawasan seberang perai tengah.. permatang pauh, kubang semang, mengkuang, bagan lalang, permatang batu, PERDA adalah antara kawasan dalam parlimen permatang pauh... permatang Pauh juga tempat terletaknya UiTM Cawangan Pulau Pinang & Politeknik Seberang Prai.. berhampiran dengan kawasan perindustrian Seberang jaya.. jadi boleh di katakan disini Permatang Pauh adalah kawasan yang membangun dan ada 3P (Pendidikan, Perindustiran, Pembangunan) sebagai asas untuk kawasan itu untuk membangun..
penduduknya? hahaahha... agak kelakar untuk di ceritakan.. jika anda memandu dari arah bulatan Permatang Pauh, anda akan melalui Politeknik Seberang Prai, kemudian UiTM Cawangan Pulau Pinang, Lampu isyarat & menyeberangi sungai kecil... Disana ada kampung yang bernama Kampung Pertama... Perkara pertama kita dapat lihat ialah Masjid disebelah kanan jalan.. tidak sampai 3saat selepas itu kita dapat lihat sebuah lagi masjid disebelah kiri...
2 masjid dalam satu tempat? jarak pula tak sampai 200meter? tak percaya?
sila lihat gambar yang aku ambil dari google
earth...
*Kampung Pertama, Permatang Pauh
terpulang pada penilaian sesiapa pun.. tapi aku sendiri dapat lihat fanatisma kepartian di permatang pauh... duduk saja di mana-mana kedai kopi, dapatlah mendengar "ceramah politik" murah versi kedai kopi yang penceramahnya sendiri tak tahu apa yang dicakapkannya...
itu ketika waktu bukan pilihanraya!!! kalau waktu pilihanraya, aku pasti lagi rancak "Debat Perdananya"..
dengan UMNOnya yang sentiasa berebut sesama sendiri hingga dengki mendengki.. dengan PASnya yg MahaTaksub membuta tuli.. dengan golongan mudanya yang hanya tahu memenuhkan jalan-jalan...
aku hubungi Hidayah.. seorang kenalan aku yang tinggal di Kg Pertama.. Comel orangnya.. berlesung pipit sebelah kiri & parut akibat jatuh basikal semasa kecil disebelah kanan...berbalas beberapa sms bertanyakan tentang pilihanraya yang baru saja saja tamat...
ini responnya apabila aku tanyakan tentang apa yang berlaku di sana.. (maaf jika tulisannya tidak menepati standart, aku cuba memberi setulen mungkin responnya)
"pnglibatan glgan muda lbh memihak kpda pmbakang. mejoritinya glngan muda semua memilih pembangkang. tak ada seorg pun yang mngibarkam bendera bn di jalan2 raya." (27/08/2008, 02.32am)
bila ditanya adakan mereka golongan yg mengundi atau tidak, ini responnya..
"haha. mrka hnya memenuhi jln2 rya.glngan muda jg yg menaikan bndera bn tpi mrka hnya mahu kn duit..rm100."BN bg kmi ambil,pangkah jgan harap"slgan pmbakang." (27/08/2008, 02.41am)
"glgan muda jga yg mencetuskan stiap stiap prgaduhan yg trjdi di pmtang pauh.smua kwan2 sy memihak pkr krna dgan hrpan anwar akn jd pm!!" (27/08/2008, 02.44am)
"d sni adlah kwsan anwar & SUNGGUH MUSTAHIR klau bn blh mng.tak pplu mengudi krna sdah tahu kptusanya.bn akan kalah dgn truk. anwar adalah btl s mta org pmtg pauh" (27/08/2008, 02.47am)
aku juga tanyakan tentang cerita-cerita di pihak bn. responnya memang aku telah jangka..
"ada.phk bn d sni ibrat hdp dlm kwsn singa.mrk xblh bt apa2 krna psti akn mncetusk slh phm dgn pkr.org bn dsni lngsng xbrgrak aktif.rmai yg sdah tkr parti" (27/08/2008, 02.51am)
hmm... aku pun tak tahu apa nak dikata lagi... semalam aku tempelkan artikel dari seorang kolumnis di utusan harian dan hari ini aku dedahkan dari kaca mata orang permatang pauh sendiri...
aku tak mengatakan kata-kata mereka betul & adalah hakikat yang terjadi di Permatang Pauh tapi aku cuma ingin menegaskan jika orang sekeliling nampak kita ini teruk, busuk, tidak bersatu, tidak tersusun... disulami dengan momokan tentang korupsi, pengurusan pentadbiran yang tidak effisyen... siapa yang akan terbuka untuk mengundi kita...??
aku sedih dengan respon-respon yang aku terima dari permatang pauh... kerana mereka yang bertanggungjawab masih lagi belum sedar, belum puas terhantuk, belum cukup tersungkur, belum cukup merasa terhina... masih lagi dengan rajuknya tidak terpilih.. masih dengan dengkinya dengan kelebihan orang lain.. melupakan perjuangan yang lebih jauh...
masih lagi mengejar matlamat individu.... dan akhirnya akan tersungkur dan terus tersungkur...
hmm... Melayu..
Saturday, August 30, 2008
Mahathir Yang Melihat...
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Konsep liberal yang dilaungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang yang lain hanyalah untuk menunjuk-nunjuk.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Anwar dan pemimpin pembangkang lain sememangnya tidak pernah berniat untuk mengamalkan prinsip liberal termasuk menolak sikap perkauman dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ia merupakan pendekatan politik yang baik untuk memperdaya intelektual yang naif dan para penyokong mereka,’’ kata Dr. Mahathir dalam laman blognya, www.chedet.com.
Jelas beliau, golongan intelek di negara ini hanya membiarkan diri mereka dipimpin secara membabi-buta tanpa menyedari ahli politik pembangkang sebenarnya mentertawakan mereka.
“Sudah tiba masanya bagi mereka yang digelarkan intelektual supaya sedar bahawa mereka sudah diperdayakan oleh Raja Putar Belit, seorang Islam yang alim yang juga teman rapat Paul Wolfowiz, seorang neo-Yahudi yang penipu, pembunuh orang Islam dan sekolah Cina dan penyokong Hindraf,” tambah beliau.
Kata Dr. Mahathir, golongan intelektual yang liberal perlu melihat bahawa pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, apa yang berlaku bukanlah kemenangan pembangkang tetapi rakyat menolak Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, golongan intelektual yang liberal itu begitu percaya bahawa mereka sudah meyakinkan pembangkang dan pengundi tentang dasar liberal yang diimpikan di negara ini.
“Jadi apabila ada anggota parti pembangkang yang menyatakan bantahan untuk membincangkan isu-isu sensitif, perkara itu dilihat sebagai mengkhianati pakatan pembangkang,’’ katanya.
Jelas Dr. Mahathir, golongan intelektual di negara ini tidak akan mengakui bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar.
“Anjurkanlah forum untuk membincangkan apa yang mereka suka. Mereka sedang membina ruang di antara masyarakat dan kembali kepada era perkauman.
“Mereka sebenarnya sedang membantu untuk mewujudkan sebuah rejim yang tidak cekap dan penuh dengan rasuah. Mereka sebenarnya membantu memusnahkan negara,’’ katanya.
Dipetik Dari : http://www.utusan.com.my/ 25/08/2008
Bukan aku tak nak komen tentang sesuatu isu atau sekadar menempelkan hasil tulisan orang lain untuk diri aku... tapi, aku bagi kawan-kawan dan sahabat-sahabat lihat dari sudut orang yang mengalaminya dan orang yang lebih berpengetahuan...
nanti aku akan bagi komen dan hasil pemerhatian aku & pastinya komen sahabat-sahabat dan kawan-kawan, aku amat alu-alukan... Melayu...
Permatang Yang Jauh..
Oleh SOBRI SUDIN
Permukiman penulis selama dua minggu di Permatang Pauh mulai 12 Ogos sehingga 26 Ogos menyaksikan pertarungan getir, suka duka dan pelbagai peristiwa menarik dalam sejarah pilihan raya kecil di negara ini. Selain mampu memberi banyak makna dan pengajaran.
Hakikatnya sumpahan Permatang Pauh terus menjadi badi berterusan sehingga kawasan tersebut boleh disinonimkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti mana dekat dan eratnya Allahyarham Fadzil Nor dengan Bukit Raya. Apabila mengambil maudhuk dan asas ini maka fahamlah kita kenapa cara berfikir lebih 58,459 pengundi tidak berubah?
Gunakanlah apa jua strategi, taktik, pendekatan, politik pembangunan, imbuhan ataupun elemen propaganda media segenap penjuru. Apa yang nyata kesemua elemen ini akhirnya menjadi backclash kepada usaha Barisan Nasional (BN).
Memang benar sebaik sahaja Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatan pada 31 Julai, gendang paluan perang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah bermula. Akan tetapi persediaan psikologi, fizikal dan mental sebahagian besar ahli UMNO dan BN misalnya masih dalam dilema dan trauma. Sebahagiannya akibat tsunami politik PRU ke-12, 8 Mac yang lalu. Sebahagian lagi kerana pergelutan mesyuarat cawangan, pemilihan bahagian dan lobi untuk jawatan Majlis Tertinggi.
Ini disebabkan baik UMNO mahupun MCA, dua buah parti berkenaan turut menghadapi pemilihan peringkat cawangan dan Bahagian. Justeru apabila jentera digerakkan ke Permatang Pauh, bala tentera BN berbelah bahagi, punyai fokus yang berbeza, mana lagi mahu diingatkan cawangan yang ditinggalkan, dalam masa yang sama perlu pula menghadapi taktik agresif, daya juang tinggi semangat petugas PKR dan Pakatan Rakyat.
Sebab itu dalam kebanyakan hal petugas dan jentera BN dilihat agak santai, dengan coffe-house Hotel Sunway di Seberang Jaya, Hotel Summit di Bukit Mertajam menjadi tumpuan. Termasuklah memenuhi ruang Restoran Nasi Kandar Pelita Samudera, Retoran Nasi Kandar Khalel dan Kassim Mustaffa. Sebahagian petugas lainnya ada yang menginap di Sungai Petani, Kedah dan di bahagian sebelah pulau, satu lokasi yang tidak praktikal untuk membolehkan kerja berganda dan bersungguh dilakukan.
Natijahnya, petugas seakan-akan lali seperti mana enaknya nasi kandar berserta kuah kari yang dihidangkan. Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang seharusnya ditanggapi sebagai 'medan perang induk' dilihat tidak lebih daripada sekadar satu pilihan raya yang pernah dilalui oleh BN selama ini.
Hakikat bahawa UMNO dan BN Pulau Pinang adalah pembangkang, begitu juga UMNO dan BN negeri-negeri jiran lain seperti Kedah, dan Selangor yang turut sama bertungkus-lumus bekerja siang dan malam turut membawa tagline pembangkang tidak diinsafi.
Kesannya petugas atau gerak kerja yang dilakukan seolah-olah UMNO dan BN masih menjadi pemerintah negeri-negeri berkenaan. Lalu wujudlah budaya mengambil mudah, ego, dan lagak yang agak memualkan.
Maka dilihat dari dua sudut, elemen propaganda dan kewujudan bilik gerakan, markas dan pondok panas sedari awal sudah membuktikan jentera UMNO/BN jauh ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya kata-kata, slogan yang terpampang hasil kreativiti PKR dan BN.
BN masih dengan 'slogan' lama sebagai contoh 'Tekadkan Pilihan Anda, Undilah Barisan Nasional'. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hati pengundi sebenarnya boleh dilaksanakan.
PropagandaPetugas BN tidak kurang tenaga pakarnya, namun mungkin elemen imbuhan jadi keutamaan justeru hasil kerja sekadar siap semata-mata, tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing.
Ditambah dengan lagu dan kaedah propaganda lama oleh media arus perdana. Pengulangan teknik dan taktik yang sama paparan berita TV misalnya yang menggunakan elemen dan pendekatan yang sama, sudah mampu diduga oleh penonton. Lantas melahirkan satu sentimen, bahawa semua maklumat dan berita yang dipaparkan tidak benar dan rekaan semata-mata.
Akhbar mahupun televisyen harus berubah, bukan menjadi tukang kempen calon tertentu sebaliknya mengajak pembaca dan penonton berfikir, dengan logik praktik yang ada. Selagi media dipersepsikan sebagai tukang kempen calon tertentu maka kredibiliti, teknik yang digunakan akan lama kelamaan menjadi hambar.
Sering kali dalam setiap pilihan raya baik umum mahupun kecil semenjak pilihan raya pertama 1959, faktor 5M menjadi pendorong kepada kekuatan UMNO dan BN. Money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia), manipulation (manipulasi) dimaksimum sebaik mungkin oleh pemerintah sehingga tidak ada ruang kepada parti lawan untuk bangkit menghadapinya.
Malang dalam situasi pilihan raya kecil Permatang Pauh, PKR yang tenaga induknya adalah serpihan UMNO, juga punyai formula dan kepakaran di bidang yang sama. 5M ini dimanfaatkan sebaik mungkin, kerana dari segi perbelanjaan, cara kerja, pengurusan tenaga manusia dilihat jelas PKR cukup banyak sumber kewangan dan jenteranya yang pelbagai.
Barangkali UMNO dan BN selain formula 5M tradisi harus menggabungkan dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Pengundi.
Jika ini dapat dihubung jalinkan, tidak mustahil dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang dijangka bakal berlaku pada masa akan datang, UMNO dan BN tidak akan dimakan sumpah lagi.
Persoalannya pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dianggap ibu segala pilihan raya di negara ini bakal menimbulkan implikasi pelbagai. Demokrasi yang telah terlaksana dengan baik meskipun adanya unsur pergaduhan, budaya provokrasi dan agresif petugas parti, namun hak rakyat telah tertunai.
Apa pengajaran di sebalik meningkatnya majoriti undi yang dimenangi Anwar Ibrahim sebanyak 15,671 berbanding 13,338 yang dimenangi oleh isterinya pada 8 Mac 2008 yang lalu? Pertambahan sebanyak 2,283 undi. Dalam masa yang sama calon BN hanya beroleh 15,524 undi lebih rendah daripada jumlah yang didapati dalam PRU ke-12 lalu yakni sebanyak 16,950 dan 21,147 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.
Realitinya, sumpahan Permatang Pauh terus membelenggu BN untuk tempoh masa yang cukup lama. Buktinya juga politik pembangunan yang selama ini memenangkan BN sudah tidak signifikan, kerana pemikiran pengundi era kini lebih strategik.
Berilah apa jua bantuan, sumbangan atau imbuhan, mereka akan terima dengan lapang dada atas prinsip ini hak rakyat, namun mengundi belum tentu.
RasionalRasionalnya juga politik liberal dan majmuk PKR makin diterima sedangkan faham perkauman yang mendasari parti komponen BN makin ditolak rakyat. Keputusan pilihan raya kecil ini juga harus menjadi satu tanda aras tentang pencapaian dan gerak kerja petugas BN.
Demikian juga agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50, atau 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simpton, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai tingkat tertinggi.
Gerak kerja pilihan raya juga jika mahu berjaya harus mengetepikan soal imbuhan dan kewangan. Ironinya medan pilihan raya kecil atau umum bukan tempat membuat duit, atau melobi sebarang bentuk perniagaan.
Kesukarelaan harus diletakkan pada tahap paling tinggi, moral, daya juang, istiqamah, sanggup berkorban dan daya tahan harus kukuh. Demikian juga selain percaturan atas kertas dan tenaga manusia, pertolongan dari Allah SWT harus juga dipohon.
Koordinasi kerja juga perlu cekap, sikap akauntabiliti, integriti dan ambil peduli juga harus tinggi. Sebab itu pengalaman di Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Permatang Pauh terlalu mengharapkan gerak kerja dari petugas UMNO negeri lain.
Ibarat tuan rumah mahu mengadakan kenduri, namun segala persiapan, keperluan dan tatacara diminta para tetamu dan jiran untuk menguruskannya. Tentulah mewujudkan suasana bercelaru dan ketidaktentuan.
Kempen yang memenatkan sudah pun berlalu, pergeseran sesama kaum, kawan rakan, handai dan taulan, perkelahian dan unsur ganas yang mewarnai pilihan raya kecil Permatang Pauh harus diinsafi semua. Persoalan seterusnya, apa nasib masa depan politik negara?
Adakah penolakan pengundi di Permatang Pauh ke atas BN dapat diterima sebagai satu wake up call atau panggilan kecemasan bahawa populariti kepimpinan negara mulai pudar? Apakah natijah, implikasi di sebalik semua ini? Ke mana arah tuju dan arah haluan hubungan kaum, nasib masyarakat, kemuliaan agama dan pemantapan institusi di hari-hari mendatang?
Apa yang boleh dinukilkan ialah banyak ketidaktentuan daripada jaminan kestabilan. Ketidaktentuan yang boleh memusnahkan, diharap setiap pemimpin sama ada parti pemerintah mahupun pakatan pembangkang lebih rasional. Jangan lagi kerana politik kuasa, rakyat dan institusi dimangsai.
Demokrasi telah terlaksana, mandat yang diperoleh harus dijalankan dengan penuh cekap dan amanah. Rakyat sudah letih, celaru, dan tidak keruan memikirkan nasib masa depan.
Semangat Ihya Ramadhan yang bakal tiba awal September nanti harus menjadi medan keinsafan untuk kita semua kembali bertaut kasih dan silaturrahim, tinggalkan seketika baju politik atas nama kepartian atau ideologi. Kita bina dan bangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dan unsur penjajahan semula daripada apa jua anasir luar yang tidak bertanggungjawab.
di petik dari : http://www.utusan.com.my/
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51
dan genaplah 51 tahun lagu God Save The Queen tidak lagi menjadi lagu rasmi bumi tercinta ini dan digantikan dengan lagu NEGARAKU yang di adaptasi dari lagu Terang Bulan... sama seperti lagi negeri Perak...
mengenangkan perjuangan mereka yang terdahulu aku bawakan sahabat-sahabat dan kawan-kawan video ini...
*terima kasih pada Reza yang menunjukkan video ini pada aku..
kadang kala aku alpa dengan dunia hari ini... tak salah rasanya jika aku berhenti sejenak di hari yang bersejarah ini dan mengambil masa untuk merendahkan diri & belajar dari sejarah...
sejarah yang menjadikan aku pada hari ini dan sejarah juga yang perlu aku rujuk untuk aku jadi lebih baik pada hari esok...
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Ke-51... Semoga Perjuangan Mereka yang terdahulu tidak di sia-siakan oleh kita, generasi muda yang tidak sedar di untung... hmm.. Melayu...
Tuesday, August 26, 2008
Rezeki Hari Ini... Bekalan Masa Depan
Ini adalah makanan yang aku makan hari ini... nasi putih+kicap+telur goreng+kari ikan kembong.. makanan hari aku kt rumah... aku bukan orang kaya.. lahir dalam keluarga yang biasa-biasa... manusia yang tidak pernah merasa kemewahan tapi cukup pakai dan makan...
masa aku makan, nenek aku yang berusia 88tahun sedang menjahit... aku macam biasa tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kerana memasakkan hidangan untuk aku... DAN... macam biasa nenek akan membebel tentang cucu-cucu dan anak-anaknya yang pelbagai kerenah tu.. dalam hatiku terdetik juga kata-kata "dah mula la tu...". hmm.. nenekku...
tiba-tiba aku tersentak dengan kata-kata nenek... dalam bebelannya terpacul kata-kata " kamu makan hari ni sedap-sedap, tapi tak tau la nanti akan datang macam mana..." aku terus memandang juadah aku tu lama-lama... betapa jauhnya pemikiran orang tua yang tidak pernah kenal erti telefon bimbit, sekolah menengah, apa lagi universiti... hanya orang tua yang melalui pelbagai penat jerih hidup selama 88tahun usianya...
aku sambung makan aku sambil menonton tv... tapi dalam kepala ni ada pelbagai persoalan yang bermula dari kata-kata nenek tadi...
apa yang akan jadi pada aku di masa depan?
apa akan jadi pada anak cucu aku bila aku sampai usia nenek nanti? (itu pun kalau aku panjang umur)
apa yang patut aku lakukan bagi memastikan masa depan itu menjanjikan Syurga?
aku harap sangat dan sentiasa berdoa agar segala usaha aku ini akan menghasilkan pulangan yang baik untuk masa depan... InsyaAllah... Melayu...
Sunday, August 24, 2008
Izzafi Farah Afzan 24hd Ogos & 497
Farah adalah sahabat aku yang kini berada di Universiti of British Colombia,Vancouver, Canada...
Afzan adalah kawan lama aku yang aku kenal di UiTM Shah Alam yang kini seorang Wartawan di akhbar KOSMO!!..
24hb Ogos adalah hari ini..
497 adalah tahun...
ketiga-tiga mereka tidak pernah bertemu atau kenal antara satu sama lain.. mereka tidak lahir pada 24hb ogos & tentu sekali mereka tidak berumur 497 tahun....
apa kaitan mereka?
akan aku terangkan satu persatu...
Semalam, Izzafi telah menghantar pada aku satu sms kira-kira jam 9.13 malam yang berbunyi :
"esok, 24hb ogos 2008 genaplah 497 tahun melaka dijajah oleh penjajah. 497 tahun yang lalu, 24 ogos 1511, rakyat melaka telah jatuh ke tangan portugis.
bermakna ,pd 23 ogos 1511, segelintir rkyt melaka sedang berperang dengan penjajah dan segelintir lg sedang menikmati kekayaan akibat dr kerakusan, ketamakan dan kealpaan terhadap AGAMA, BANGSA & NEGARA.semoga sejarah ini tidak berulang lagi.
insya lallah.. "Perpaduan Teras Kejayaan"
Izzafi"
walaupun ada kesilapan tafsiran & terma di situ, tapi aku jelas dengan maksud smsnya...
pada mereka yang tidak jelas & dangkal tentang sejarah negara sendiri, izinkan aku yang tidak mengambil mata pelajaran sejarah semasa SPM(V) dulu mengingatkan kalian serba sedikit...
Empayar Melayu Melaka yang amat terkenal hingga keserata dunia, yang empayarnya merangkumi Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kepulauan Riau dan Rembau telah jatuh ketangan Portugis yang di ketuai oleh Afonso de Albuquerque dengan kekuatan 1200 orang askar dan 17 atau 18 buah kapal.... penjajahan tersebut di terangkan oleh www.wikipedia.org seperti berikut :
Albuquerque intended to dominate the Muslim world and control the spices' trading network.An unsuccessful attack upon Calicut (modern Kozhikode) in January 1510, in which the commander-in-chief received a severe wound, was immediately followed by the investment and capture of Goa. Albuquerque, finding himself unable to hold the town on his first occupation, abandoned it in August, to return with the reinforcements in November, when he obtained undisputed possession. In April 1511, he set sail from Goa to Malacca with a force of some 1200 men and seventeen or eighteen ships. He conquered Malacca by August 24, 1511 after a severe struggle throughout July. Albuquerque remained in Malacca until November 1511 preparing its defences against any Malay counterattack. He ordered the slaughter of all the Muslim population in an effort to reduce religious divergence hoping that it would force Hindus and Muslims to convert to Christianity.He also ordered the first Portuguese ships to sail east in search of the 'Spice Islands' of Maluku.
ironinya Kota Melaka di katakan mempunyai 2000 meriam.. meriam yang panjang di buat oleh orang Terengganu yang merupakan pakar membuat meriam jarak jauh & meriam jarak pendek di buat oleh orang Rembau yang terkenal dengan meriam Lela Rentakanya yang pastinya mampu menghalang mana-mana kapal perang untuk berlabuh.. 20,000 askar upahan parsi dan jawa serta kekayaan sumber makanannya yang mudah disalurkan melalui jalan darat...
kalau di lihat secara pembandingannya, sudah tentu mustahil untuk Melaka di tawan oleh mana-mana pihak terutama sekali dari arah laut walaupun melumpuhkan fungsi melaka itu sebagai pelabuhan dagang...
tapi itulah hakikatnya... Melaka ditawan selepas Portugis mengepung jalan laut ke pelabuhan melaka... dan pada subuh 24 Ogos 1511, serangan terakhir Portugis telah menewaskan bala tentera Melaka dan menandakan bermulanya penjajahan terhadap Tanah Melayu selama 446tahun 7 hari yang bersilih ganti dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan akhirnya kembali kepada Inggeris... penjajahan ini berakhir pada 31 Ogos 1957...
pejajahan ini menyaksikan bangsa melayu itu tertindas, di nafikan haknya untuk beribadah, berpendidikan dan mentadbir...
akhirnya melayu terpinggir dan hidup melarat di bumi sendiri...
Namun...
Pada hari ni, setelah 5otahun 358hari kita memegang tampuk pemerintahan, kita mampu memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak bangsa melayu yang telah ketinggalan hampir 1/2 millenium...
dan salah seorangnya adalah sahabat aku yang kini berada di Universiti of British Colombia,Vancouver, Canada... FARAH...
Farah adalah antara ribuan pelajar melayu yang melanjutkan pelajaran ke luar negara hasil dari KUASA yang kita ada... KUASA PEMERINTAHAN yang kini di pegang oleh orang melayu dengan konsep perkongsian kuasa dengan orang bukan melayu... Kuasa yang terhakis sedikit demi sedikit akibat kobodohan dan kealpaan Melayu itu sendiri....
KUASA yang ada itu juga meyebabkan melayu itu mampu membina universiti sendiri... tiada universiti di dunia ini yang kemasukannya ekslusif untuk satu bangsa sahaja kecuali UiTM...
dengan adanya UiTM yang asalnya ITM, lahirlah ramai profesional-profesional melayu dalam bidang-bidang yang selama ini tiada orang melayu... dari ribuan graduan profesional yang di hasilkan dari KUASA yang ada... lahirlah seorang wartawan yang bernama AFZAN... satu bidang yang penting untuk di kuasai oleh bangsa melayu kerana kuasa media amat besar dalam pembangunan pemikiran masyarakat..
aku sambut kedatangan 24 Ogos dengan berjumpa dengan Afzan, rakan yang sudah lama aku tidak jumpa... aku habiskan kira-kira 2 jam bersama Afzan di McD shah alam...
namun, ada yang aku lihat pada orang-orang melayu pada hari ini.. mereka sendiri tidak faham tentang perjuangan menentukan masa depan, tidak mampu untuk mempunyai pandangan sendiri, kebanyakannya dari pendapat orang lain yang di terima bulat-bulat dan seterusnya menjadi fahaman individu... ini semua kerana kedangkalan dan kekurangan pengetahuan tentang perjuangan survival bangsa sampai ada orang melayu yang melihat ianya sebagai diskriminasi & penindasan tehadap bangsa lain...
kebodohan boleh di maafkan dan di betulkan jika empunya diri tidak merasakan ilmunya sudah cukup didada...
Dan...
sudah pasti melayu itu akan kembali menjadi pengemis di bumi sendiri jika melayu sendiri melihat janji-janji kesenangan dan kemewahan hari ini lebih penting dari perjuangan untuk jangka masa yang jauh lebih panjang..... sudah pasti tidak mustahil akan ada satu lagi tarikh yang akan di kenang sebagai tarikh tersungkurnya orang melayu & 497 tahun kemudian belum tentu lagi akan gah semula...Melayu...
Saturday, August 23, 2008
SPOTCHECK
TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam.
PM tak puas hati
TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.
Perdana Menteri yang meninjau kemudahan pengangkutan awam itu hari ini dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT) telah mendengar sendiri rungutan dan masalah orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu.
Daripada situ katanya, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.
“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem.
“Ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” katanya kepada Bernama di stesen LRT Masjid Jamek.
Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.
Perdana Menteri, yang tidak diiringi mana-mana pegawai daripada dua perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen Komuter KTM Serdang pada pukul 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba pada waktu itu kerana terlalu sesak.
Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian untuk menuju ke KL Sentral, hab pengangkutan moden bagi pelbagai perkhidmatan rel.
Di situ, Abdullah juga terpaksa menunggu seketika bagi menukar kepada perkhidmatan LRT Putra untuk ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh.
Dalam kedua-dua tren yang dinaikinya itu, Perdana Menteri yang berbaju batik warna merah bercorak keemasan, terpaksa berdiri walaupun ada penumpang yang menawarkan tempat duduk kepada beliau.
Setiba di stesen Masjid Jamek pada 9.15 pagi, Abdullah berbual-bual dengan orang ramai. Sebelum beredar, beliau sempat membeli beberapa jenis kuih daripada penjual di situ.
Perdana Menteri berkata beliau akan memberi perhatian kepada usaha memastikan mutu perkhidmatan kedua-dua sistem rel itu diperbaiki.
Katanya jadual waktu yang tidak tepat dan sikap penumpang yang berebut-rebut memasuki tren juga menimbulkan masalah kepada penumpang lain.
“Saya dapati memang tren-tren ini cukup sesak dengan penumpang, ada yang tunggu sampai tiga tren tak dapat naik, dan ada yang memintas dan mengetepikan orang tua.
“Saya mahu mesti ada perubahan dalam hal ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata, langkah segera yang akan diambil termasuk memantapkan sistem jadual perjalanan dan sistem beratur, serta perhatian diberi kepada warga tua dan wanita yang membawa anak.
“Banyak lagi pandangan penumpang yang diberi kepada saya untuk diambil perhatian. Saya akan usahakan untuk memperbaikinya, saya akan cadangkan perubahan-perubahan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya sudah lama menyedari masalah kekurangan kapasiti tren LRT dan pada 2006 telah menempah sebanyak 22 tren empat gerabak yang dijangka memasuki operasi pada akhir 2009.
– Bernama
Melihat dari laporan yang aku petik dari utusanoline ni, aku bersyukur sebab dapat lihat seorang yang bertaraf Perdana Menteri menaiki kenderaan awam bersama-sama dengan rakyat tanpa majlis yang membazir dan bermuka-muka.. Pak Lah menaiki Komuter tanpa pegawai-pegawai dari kementerian yang bertanggungjawab.. dari itu aku boleh lihat yang ini memang betul-betul SPOTCHECK...
kalau ada sesiapa yang mempertikaikan tindakan Pak Lah untuk memeriksa perkhidmatan Komuter & LRT sudah tentu boleh aku kelaskan sebagai orang yang tidak pernah menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini secara 'regular basis'.... mungkin kepejabat dengan kereta atau mungkin orang kampung yang hanya menaiki kedua-dua perkhidmatan ini bila sekali-sekala turun ke ibu kota..
sebagai seorang yang tinggal berhampiran dengan salah satu stesen komuter, aku berpengalaman luas & merasakan asam garam menaiki pengangkutan awam yang menjadi pilihan majoriti warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira latar belakang...
aku pernah menunggu selama 1jam di stesen dan pernah sekali makcikku menunggu selama 2jam di KL Sentral untuk pulang dari kerja... aku juga pernah berdiri dari stesen berhampiran rumahku hingga ke seremban yang memakan masa 1 1/2 jam... dan paling yang aku bosan bila perjalanan yang sepatutnya sekitar 1/2jam menjadi 1jam bila tren berhenti-henti terlalu lama bagi memberi laluan kepada tren lain yang jelas menunjukkan ketidakcekapan dari segi pengurusan perkhidmatan...
mungkin ada yang mengatakan ini gimik politik yang ada hubungkaitnya dengan Pilihanraya kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.. mungkin ada yang mengatakan satu tindakan terdesak PakLah yang melihat dirinya telah jauh dari rakyat yang memilihnya sebagai pemimpin tertinggi negara.. dan pelbagai spekulasi-spekulasi dan pendapat dari rakan-rakan Blogger dan media alternatif...
pada aku yang tak berapa bijak ni, yang agak bodoh tentang permainan & percaturan politik merasakan yang biarlah apapun niatnya. biarlah apa pun percaturan dan permainannya.. tetapi kesan dari tindakan itu yang penting.. komen dari PakLah sendiri amat penting bagi memastikan pegawai-pegawai yang berkenaan membuka mata dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik... melihat foto PakLah berdiri menaiki komuter bersama-sama penumpang lain mengingatkan aku pada pemimpin diseberang tambak... Melayu...
Sesuatu Untuk Difikirkan
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 18, 2008 11:45 AM
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama - hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.
di ambil dari chedet.com
Terima kasih
sebab tujuan aku tulis blog ni pun untuk kawan-kawan aku yang mungkin dah tak ada masa untuk ambil berat tentang apa yang berlaku di sekeliling sekarang ni.. maklumlah, masing-masing sekarang ada tanggungjawab yang besar untuk dijaga. dengan keluarganya, anak yang masih kecil & mungkin perancangan masa depan...
sekurang-kurangnya dengan membaca blog aku ni, boleh juga kawan-kawan tau serba sikit tentang apa yang berlaku sekarang....
kerana apa pun perancangan individu, semua ini tidak akan bermakna langsung jika negara ini tidak lagi aman dan sesuai untuk perkembangan ekonomi dan sosial...
aku doakan sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua dapat menyumbang kearah kestabilan dan pembangunan sosial & ekonomi... ingatlah yang negara ini bergantung kepada kita untuk menentukan hala tujunya... Melayu..
Thursday, August 21, 2008
Akibat Kebodohan Melayu
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Ibrahim Abu Shah akur dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajarnya.
Menurutnya, kementerian berhak berbuat demikian kerana pihak pentadbiran universiti tertakluk kepada Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang menghalang semua pelajar membuat sebarang demonstrasi.
''Saya terima sebarang tindakan yang akan dikenakan (kementerian). Buat sementara waktu ini terlalu awal hendak menentukan apa jenis tindakan (disiplin)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTM yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kouta kepada pelajar bukan bumiputera akan berdepan tindakan disiplin.
BODOH!!!! itu lah perkataan yang aku boleh katakan pada pelajar UiTM... walau apa pun sebabnya, demonstrasi jalanan bukan cara kita... bukan kerana semata-mata menentang kerajaan negeri yang merupakan pembangkang & mereka menyokong kerajaan, mereka KEBAL dari undang-undang negara...
tapi pada hemat aku yang tidak berapa bijak ini, tindakan hanya boleh dikenakan pada pelajar-pelajar yang berarak di luar premis UiTM... kerana mereka yang berhimpun didalam premis UiTM itu mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran universiti...
akibat dari dari itu mereka telah meletakan VC mereka dalam keadaan serba salah... di telan mati emak, diluah mati bapa...
so...
lain kali kena lah bertindak seiring dengan gelaran mahasiswa mereka itu... jangan buat sesuatu yang melulu tanpa memikirkan akibatnya... Hmmm... Melayu...
SIngapore's National Day Rally 2008
aku sungguh bertuah sebab berada di Gunung Pulai, Kulai, Johor ketika MediaCorp Channel 5 Singapore menayangkan Ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan Singapura 2008 oleh Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong...
Macam yang kita dapat lihat disini, Perdana Menterinya menggunakan ICT dalam penyampaian ucapannya.. ucapan yang di buat dalam suasana tidak begitu formal, dengan PMnya hanya memakai kemaja tanpa tali leher, pakaian yang normal bagi mereka yang selepas waktu pejabat.. bercakap dengan nada yang bersahaja tapi bermesej, menggunakan bahasa inggeris yang ringkas namun betul dari segi nahunya... Average Singaporean style....
dengan berbuat demikian, Lee berjaya membawa mood seperti kita sedang mendengar sorang rakyat biasa bercakap mengenai isu-isu negara... seperti seorang rakan yang sedang menerangkan sesuatu kepada rakannya yang lain... membawa perasaan kemesraan, justeru itu menghapuskan jurang seketika...
DAN...
memang itu matlamatnya!!! Lee bercakap sebagai seorang Singaporean kepada Singaporean... As a fellow Singaporean that understand what a normal Singaporean went through everyday... bukan sebagai sorang yang berada diatas... yang hanya melihat singapura dari cermin tingkap pejabatnya sahaja....
aku begitu terpegun bila melihat ucapan Lee hari itu hinggakan aku terfikir sebentar betapa jauhnya pemikiran pemimpin di seberang tambak itu....
dia tau yang rakyatnya sedang tertekan dengan tekanan inflasi, taraf hidup yang tinggi & masalah-masalah harian.. & beliau tahu yang rakyatnya inginkan kata-kata semangat dari pemimpin tertinggi mereka... akhirnya beliau telah memberikan lebih dari itu... beliau telah melihatkan dirinya yang benar-benar berjiwa rakyat, berpakaian seperti rakyat & bercakap seperti rakyat..... memberikan mereka ketenangan sebentar dalam kekalutan hidup seharian....
aku tertanya-tanya bila lagi pemimpin kita samada kerajaan mahupun pembangkang mampu sampai ketahap pemikiran seperti itu... bukan aku katakan yang pemimpin kita tidak bagus atau tidak bijak tapi kebijaksanaan Lee dalam memainkan emosi, memanipulasikan perasaan dengan ucapan selama 1jam itu wajar dijadikan rujukan dan panduan bagi meredakan keresahan rakyat sekarang...
namun apa yang aku lihat sekarang ada yang menggelar diri mereka pemimpin tapi cuba menambah keresahan rakyat dengan mengapi-apikan mereka dengan isu-isu yang di sensasikan.. keresahan yang mengundang kehancuran...
pada hemat aku yang tidak berapa pandai ni, sorang yang bergelar pemimpin @ mereka yang menggelarkan diri mereka pemimpin patut menjadi penenang kepada rakyat, menjaga keharmonian & kestabilan hidup mereka yang dipimpin @ yang mahu dipimpin ni... tapi semua itu tidak dalam agenda mereka-mereka ini.. pada mereka, yang penting mendapat kuasa walau apa cara sekalipun...
dan yang ruginya ialah orang-orang kerdil macam aku ni... hmm... Melayu....
Friday, August 15, 2008
Sedih...
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka institusi itu kepada pelajar bukan bumiputera terus memuncak apabila lebih 20,000 lagi pelajar mengadakan bantahan di seluruh negara.
Rata-rata pelajar dari enam kampus cawangan UiTM di beberapa negeri di Semenanjung kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup mengemukakan syor itu yang dianggap menjual maruah bangsa di tanah air sendiri.
DI IPOH, 9,812 pelajar dari kampus UiTM Seri Iskandar di sini berarak ke bangunan pentadbiran untuk menyampaikan memorandum bantahan yang ditandatangani mereka kepada Pengarah Kampus, Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said.
Memorandum itu akan disampaikan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin, esok.
Mereka berkumpul sejak pukul 2.30 petang sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM serta lagu patriotik seperti 'Anak Kecil Main Api'.
Kumpulan pelajar yang kebanyakannya memakai baju berwarna hitam turut membawa pelbagai sepanduk bertulis 'Hidup Melayu', 'UiTM Milik Melayu' dan 'Jangan Jual Bangsa Melayu' sambil melaung- laungkan kemarahan terhadap Abdul Khalid.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Seri Iskandar, Abdul Qaiyum Abdul Razak ketika ditemui pemberita menegaskan:
''Kalau Khalid tidak tarik balik kenyataan beliau, semua warga UiTM akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam.
''Kami orang Melayu akan terus mempertahankan hak kami walaupun terpaksa menggadaikan nyawa. Jangan bermain api dengan hak orang Melayu."
DI ARAU, 5,000 pelajar dari kampus UiTM di sini berhimpun secara aman diketuai Naib Yang Dipertua MPP UiTM Perlis, Ahmad Faiq Ahmad Fuat.
Mereka berarak sambil membawa sepanduk dari kolej kediaman sejauh dua kilometer sebelum berkumpul di Padang Rani di pekarangan kampus kira-kira pukul 5 petang.
Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Hamidi Abd. Hamid serta pegawai-pegawai kanan UiTM Perlis turut menyertai perhimpunan selama sejam itu.
Ahmad Faiq berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum ditandatangani oleh pelajar universiti itu kepada Pengarah Kampus UiTM Perlis sebelum diserahkan pula kepada Naib Canselor UiTM.
"UiTM sahaja yang kita (orang Melayu) ada untuk dibanggakan. Kita seharusnya berusaha untuk mempertahankan apa yang kita miliki, bukan menjahanamkannya pula," katanya ketika ditemui selepas perhimpunan berakhir.
DI BANDAR JENGKA, 3,000 pelajar UiTM cawangan Pahang diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM negeri, Mohd. Shafie Absari berarak membantah cadangan Abdul Khalid yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.
''Kami kesal Menteri Besar berbangsa Melayu ini sanggup bertindak sebagai ejen pihak lain dalam usaha menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di universiti ini,'' tegasnya.
Mereka menyerahkan nota dan tandatangan bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Hilmi Ab. Rahman untuk disampaikan kepada Abdul Khalid.
DI MELAKA, lebih 2,000 pelajar UiTM cawangan Lendu mengadakan perhimpunan serupa diketuai Yang Dipertua MPP kampus, Mohd. Lokman Hakim Hamidon.
Mereka berkumpul di pekarangan masjid Al-Hikmah di universiti itu pukul 5.30 petang sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer sambil menyanyikan lagu rasmi UiTM.
Kumpulan pelajar itu turut menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak membawa sepanduk berbunyi 'Jangan Rampas Hak Kami', 'UiTM untuk Bumiputera' dan Universiti Ini Tradisi Melayu' sehingga ke Dataran Keris di kawasan universiti berkenaan.
''UiTM tembok pertahanan untuk Melayu,'' katanya ketika ditemui selepas perhimpunan.
Perhimpunan berakhir selepas Mohd. Lokman menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus tersebut, Prof. Madya Dr. Mizan Hitam. Perhimpunan bersurai kira-kira sejam kemudian.
DI SUNGAI PETANI, Kedah, 700 pelajar UiTM cawangan Merbok, mengadakan perhimpunan secara aman di Dataran Ilmu diketuai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kedah, Mohd. Nor Syafiq Abdul Majid.
''Kami berharap isu kuota bukan bumiputera untuk masuk ke UiTM sebagai pelajar tidak perlu dibincangkan lagi. Kami kesal Abdul Khalid membelakangkan hak kaum sendiri," katanya.
Pada perhimpunan tersebut, MPP UiTM Kedah turut menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh pelajar kepada Pengarah Kampus, Profesor Madya Dr. Zaliha Hussin untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan.
DI KUALA TERENGGANU, lebih 500 pelajar UiTM di sini turut mengadakan demonstrasi diketuai Yang Dipertua MPP, Mohamad Asri Mohamad Yusoff.
Mereka berarak sejauh lima kilometer ke dewan besar kampus itu bermula kira-kira pukul 12.45 tengah hari.
Mohamad Asri kemudian menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengarah Kampus UiTM Dungun, Prof. Madya Tengku Yusoff Tengku Mahmud pada pukul 1.30 tengah hari.
''Abdul Khalid cuba membuka ruang kepada bukan bumiputera mencerobohi institut pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan untuk golongan bumiputera,'' katanya.
Kelmarin, lebih 5,000 pelajar UiTM di kampus induknya di Shah Alam mengadakan demonstrasi secara aman, diikuti 5,000 pelajar UiTM cawangan Machang, Kelantan.
dah terhantuk baru nak mengadah... tu la bidalan yg paling sesuai nak aku bagikan pada yg berhimpun untuk sampai kan memorandum tu... di shah alam.. di kedah.. di pulau pinang... sarawak pula... merata malaysia tercinta ni semua student uitm membantah... menunjukkan protes mereka pada cadangan MB Selangor...
TAPI....
dalam jumlah tu, berapa ramai yang berusia 21 tahun keatas? dari jumlah tu pulak, berapa ramai yang dah daftar sebangai pengundi? dari jumlah tu pulak. berapa ramai yang pergi mengundi?
dari semua-semua pelajar uitm pulak... berapa ramai yang peduli untuk mengekalkan kuasa yang ada....
SEDIH....
nak tunggu masa ni baru nak bertindak... tunggu kena batang hidung sendiri baru nak berdemonstrasi la.. tunjuk penyatuan la.. ape la... bosan aku tengok diorang ni... Melayu..
Tukang Sorak...
15/08/2008 10:58am
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi Permatang Pauh menjadikan pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos ini sebagai ujian pertama untuk memberi pengajaran kepada pembangkang yang terang-terang menolak dasar dan kepentingan orang Melayu.
Beliau menarik perhatian bagaimana kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan parti-parti dalam pakatan pembangkang begitu cenderung mempertikaikan malah cuba menghapuskan kepentingan Melayu. - Utusan
aku pn xtau la ape nk jadi pada orang melayu hari ni.. bertingkah sesama sendiri atas kebodohan masing-masing.. kerana benci & obses dengan ideologi sendiri sanggup melihat bumi sendiri bergolak... kerana xsuka fahaman seseorang itu hingga sanggup meletakkan masa depan sebagai pertaruhan... sedih aku... lebih sedih lagi apabila melayu seusia dengan aku lupa sendiri... memandang politik itu sebagai jijik, kotor & tidak patut di sentuh... lupa yg politik itu kuasa.. kuasa yg tinggal utk kita utk menentukan masa depan bangsa & anak-anak kita... lupa yg kesenangan ini bukan selama-lamanya tanpa usaha utuk mempertahankannya...
SELESA.. itu perkataan yg sesuai aku bagi pada bangsa aku.. yg buat aku meluat.. rata-rata aku dengar makcik dan pakcik menyuruh anak2 mereka untuk cari kerja kerajaan, makan gaji.... terjamin... tak sekumit pun yang mencabar anak mereka untuk meceburi bidang-bidang yg mencabar... tetapi sentiasa memberikan idola pada anak -anak mereka orang-orang yg berjaya kerana berani mencabar diri meraka dalam bidang-bidang yang jarang di ceburi... terlalu kontra aku tengok.. atau mereka sendiri tidak faham tentang ape yang mereka buat... hanya mengikut trend... ikut trend tanpa tau ape-ape... TUKANG SORAK.... itu la nama yang sesuai aku bagi pada mereka.. sorak-sorak kampung tergadai... hmmm... Melayu...