kali ini nadanya amat berbeza dari artikel dari sumber yang sama tak berapa lama dahulu....
ingat kali ini mereka adalah pihak yang kalah pula....
Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?
Wan Nordin Wan Yaacob Sat | May 23, 09 | 8:07:40 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyatakan beliau telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dan hakikatnya benar apabila semalam mahkamah membuat keputusan sedemikian. (Dato' Paduka Husam Musa menyatakan beliau telah meramalkan mahkamah telah akan memihak pada Dato' Dr Zambry dalam kes MB Perak yang sah..) |
"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.
"Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," jelasnya dalam satu kenyataan.
(katanya lagi.. keputusan itu kelihatan di tetapkan lebih awal oleh pihak-pihak tertentu..)
Keputusan ini memberi kesan besar, baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, kata Husam.
"Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya," katanya.
Persoalannya ujar Husam, sama ada negara sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses 'tabung uji di luar rahim' iatu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini.
"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agong boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?," soalnya.
Pada Husam, tiga atau lima hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman negara.
(katanya.. rakyat tidak lagi yakin dengan integriti badan kehakiman..)
Melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar, apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,katanya.
"Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran," katanya.
Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak,katanya.
Husam bertegas, sepatutnya proses pembubaran juga perlu didahului dengan keputusan mahkamah yang adil. - mks._
(katanya... mahkamah tidak adil..)
rujuk : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20884&Itemid=1
ahahahaha.. sungguh kelakar aku dengar hikayat cerita oleh sorang yang bergelar Naib Presiden PAS yang boleh membuat kenyataan yang sungguh berbeza dari apa yang dikatakannya sebelum ini...
cakapnya berbelit-belit... sekejap meraikan dan memuji sistem kehakiman apabila memihak pada mereka... sekejap mengatakan berlaku campurtangan dan ketidakadilan pada badan yang dipujinya dahulu bila tidak memihak pada mereka...
berbeza dengan pihak lawan mereka yang sentiasa menghormati keputusan mahkamah walau apa pun natijah pada mereka...
kalau tak nampak lagi aku pun tak tahu... atau saja buat-buat tak nampak...
terpulanglah pada sesiapa yang menilai... aku cuma memaparkan... hmm.. Melayu...
saya memang tunggu posting awak ni bila tau je keputusan mahkamah rayuan.. hurmm seperti di duga, mereka akan menukar statement apabila kemenangan tidak di pihak mereka...
ReplyDelete