SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, May 12, 2009

Menilai Dengan Matang...

Mohammad Nizar MB Perak yang sah
11/05/2009 4:15pm
KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Utusan

rujuk :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

kecoh... seluruh Malaysia hari ini kecoh apabila mahkamah memutuskan YB Nizar masih lagi Menteri Besar Perak...

apa kata harakah?
kawan-kawan dan sahabat-sahabat bolehlah melayari internet untuk mendapatkan berita sepenuhnya tapi disini aku letakkan satu artikel dari harakah daily yang aku lihat menarik perhatian...


Keputusan kes Nizar pulihkan institusi kehakiman
Lanjusoh Mon May 11, 09 5:04:47 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berharap kewibawaan institusi kehakiman yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kembali pulih semula.
"Saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Sebaik sahaja mendengar berita itu saya telah menunaikan sujud syukur," katanya dihubungi di sini, petang ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim petang tadi mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Pada 5 Febuari lalu jawatan Nizar dirampas kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak yang diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir selepas tiga bekas Adun Pakatan Rakyat meninggalkan parti lama.
Mahkamah juga memutuskan Zambry dan enam anggota Exconya mengosongkan segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Pada penghakiman itu Abdul Aziz berkata, seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti kes Stephen Kalong Ningkan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap dengan keputusan mahkamah tersebut akan menyelesaikan konflik yang berpanjangan di Perak sejak Febuari lalu.
Ditanya kemungkinan Dr Zambry akan memohon membubarkan Dun katanya, ia terpulang kepada pihak terbabit bagi menentukannya bagi memastikan politik di Perak kembali stabil.
"Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan dalam isu ini.
"Biarlah isu ini berakhir dalam suasana aman dan diterima semua pihak," katanya. - mj _

rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20700&Itemid=1

sila perhatikan apa yang mereka kata tentang sistem keadilan apabila memihak pada mereka...

dan apa pula reaksi dari pihak yang kalah?

Keadaan seperti biasa di hadapan rumah Dr. Zambry
11/05/2009 5:43pm

IPOH 11 Mei – Keadaan di hadapan rumah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kader seperti biasa.
Sehingga kini, tiada tanda-tanda orang ramai akan berkumpul.
Keadaan sama juga di hadapan Istana Kinta.
- Utusan

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Pejabat MB Perak dan exco akan dikosongkan
11/05/2009 5:43pm

IPOH 11 Mei – Pejabat Menteri Besar Perak dan semua Exco akan dikosongkan dalam masa terdekat seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar, pihaknya tidak ada masalah berbuat demikian kerana akur dengan keputusan mahkamah itu. - Utusan

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

"Saya terima keputusan dengan hati terbuka" - Dr. Zambry
11/05/2009 6:26pm
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

IPOH 11 Mei - ``Saya terima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.'' Demikian kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagaimanapun berkata, beliau serta rakan-rakan lain dalam BN akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.
``Saya menyeru semua penyokong-penyokong BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm


mereka menerima keputusan mahkamah dengan tenang dan baik walaupun tidak memihak pada mereka...
dan aku lihat, mereka bertindak berdasarkan undang-undang bila mahu mencapai matlamat mereka...

BN akan buat rayuan - Najib
11/05/2009 7:11pm

PUTRAJAYA 11 Mei - Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.“Kami berpendapat kami mempunyai kes yang kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) di pejabatnya di sini. - Bernama

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

soalan aku sekarang... kalaulah perkara ini berlaku sebaliknya, apakah tindakan pihak yang disebelah sana akan setenang pihak yang kalah sekarang ini?

aku tak tahu sangat pasal politik ni.. tapi aku yakin akan ada susulan selepas ini.. dan aku nak lihat apakah reaksi mereka bila keadaan berbeza..

marilah kita bersama-sama memerhati.. memerhati dengan matang... dan menilai dengan objektif bukan emosi dan pandangan yang sempit...

hmm... Melayu...

1 comment:

  1. hurmm biasalah...susah kan bila mata melihat, tapi tak meneliti; bila telinga mendengar tapi tak memahami..

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..