SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, May 12, 2009

Apa Kata Seorang Erdogan....

sahaja aku mengambil entry terkini harakah untuk tatapan semua...
kali ini kita tengok apa kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.. ingat.. kali ini mereka adalah pihak yang menang.....

Bubar DUN - Peluang Sultan Azlan Shah muncul terhormat
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my Tue May 12, 09 9:35:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.
"Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dalam satu kenyataan.
(dia kata macam tu bila institusi itu tak memihak pada kepentingan mereka.. kenapa tidak dikatakan macam tu bila institusi yang sama memilih calon dari mereka yang mempunyai jumlah kerusi paling sedikit dalam kerajaan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar? kan itu juga pilihan rakyat? kenapa itu tak dipertikaikan..)

Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Katanya, pembubaran Dun merupakan tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas.
(mereka kata mereka adalah pemain demokrasi yang jujur.. tapi demokrasi cara mana? siapa yang dulunya mengatakan pilihanraya di Malaysia ni tak bersih sampai perlu berarak ke Istana Negara? siapakah yang menyokong demonstrasi jalanan di Bukit Chandan suatu masa dulu? Demokrasi?)

"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Naib Presiden PAS itu juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengembalikan jawatan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan.

Katanya, keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti adalah amat mengejutkan.
(HARI INI dia kata Mahkamah Malaysia bebas dan berintegriti...)

"Beliau adalah seorang hero baru," kata Husam.
(HARI INI dia menggelar hakim sorang hero..)

Husam juga menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana beliau sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.
(tak setuju saluran undang-undang digunakan pula...?)

Tegasnya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu, tetapi, rakyat tetap beranggapan bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan ianya telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,

Menurutnya, Najib harus berani menerima realiti dan berani menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah langkah yang paling baik.

"Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan Umno akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.

"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.
(dia suruh bubar DUN supaya kuasa diberi kepada rakyat semula? kenapa tak habis-habis berpolitik? bukankah patut kuasa di beri itu digunakan untuk memulihkan keadaan rakyat di Perak)

Katanya, Umno dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak.

"Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. Umno-BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal.

"Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tidak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan," tegasnya.

rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020708&Itemid=85

terpulanglah pada pembaca untuk menilai... aku bukan seorang ahli politik.. jauh sekali dari menjadi penganalisis politik tapi aku rasa tugas kerajaan yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar ialah untuk mentadbir negeri untuk kesejahteraan rakyat... untuk memimpin rakyat dalam kemelut ekonomi hari ini bukan terus bermain politik tanpa henti....

aku cukup tak suka kalau orang yang berbelit-belit cakapnya... hari ini kata macam ni... esok kata macam tu... bila keadaan menguntungkan mereka maka dicanangkan seantero dunia... kalau tidak memihak pada mereka... maka mudah saja mereka melabelkan dengan pelbagai nama dan merekalah pihak yang paling benar sekali...

tak sedar lagi tau tak mau sedar-sedar?

hmm.. melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..