SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, May 19, 2009

Suci Dalam Debu..



Aku bersama-sama dengan sahabat-sahabat di Sungai Semilang, Kuala Selangor dan melalui pengalaman yang menarik sepanjang masa.. aku sekali lagi berjumpa dengan Alisya.. si comel yang tak pernah berhenti bermain… sentiasa aktif dan manja… penat sungguh melayannya.. macam arnab comel yang dipasangkan bateri yang tak pernah kehabisan tenaga..

Dia berlari,bermain, melompat dan membuat perkara-perkara yang kanak-kanak seusianya lakukan.. tak ada risau, tak ada masalah, tak membezakan sesiapa pun.. menangis bila mahu menangis.. ketawa bila hatinya girang.. bertanya bila terasa ingin tahu…

Suci, bersih dan tidak terusik pun dengan pengaruh luar..

Itulah hakikat kanak-kanak… bagaikan sehelai kain putih yang menunggu di cantingkan dengan corak-corak oleh orang lain…

Tapi aku sedih bila melihat anak-anak kecil yang telah ditanamkan dengan ideologi-ideologi yang mereka tidak fahami dan di tanamkan kebencian dan kesetiaan yang melulu terhadap kelompok-kelompok tertentu..

Sedih bila pendidikan awalnya diterapkan dengan elemen kebencian pada pemerintah, kesetiaan pada parti politik dan konsep agama yang sempit dan salah..

Apa nak jadi pada generasi masa depan apabila mereka di terapkan dengan fahaman ibubapa mereka yang taksub dengan politik, yang takut dikatakan kafir jika tidak memperjuangkan ideologi politik mereka hinggakan tak mampu nak berfikir baik dan buruknya..

Ada pula, TADIKA yang di sediakan oleh kerajaan.. yang tidak menanamkan sebarang ideologi politik di ketepikan dan di tuduh sekular.. malah dihalang oleh sesetengah pihak untuk beroperasi demi menunjukkan mereka berkuasa walaupun menjejaskan masa depan anak bangsa sendiri.. betapa rakusnya manusia apabila mendapat kuasa…

Aku akan terus begini.. aku akan terus berjuang untuk kelangsungan bangsaku, Negaraku.. tapi apalah aku yang seorang ini mampu lakukan jika yang diluar sana tidak memikirkan tentang masa depan anak-anak mereka.. Hmm.. Melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..