SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, May 18, 2009

PAS dan Perpaduan Nasional..

aku seronok membaca harakah... banyak maklumat yang aku dapat.. setelah aku layari setiap artikelnya di internet dan membaca lidah rasminya.. aku semakin tertarik kepada isi-isinya...



hari ini aku terbaca satu artikel yang sangat menarik dalam harakahdaily.net..



lElak berulang tragedi 13 Mei: PAS teroka politik baru di Malaysia
Muhammad Yusri Amin Mon May 18, 09 5:20:15 pm MYT
KOTA BHARU, 18 Mei (Hrkh) - Masihkah anda ingat peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Rusuhan kaum yang mencatat sejarah hitam negara ekoran kegagalan kerajaan Perikatan (Barisan Nasional) menyusun masyarakat secara adil.
(dia kata peristiwa 13 mei adalah kerana kerajaan ketika itu gagal menyusun masyarakat secara adil..)


Berdasar kepada kajian, peristiwa berdarah itu berlaku kerana polisi kerajaan yang tidak seimbang antara kaum.
(menurut kajian yang tidak diberitahu sumbernya, 13 mei berlaku kerana polisi yang tak seimbang antara kaum..)



Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno yang mengetuai kerjaaan Perikatan gagal mengurus penyusunan masyarakat sehingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina bermusuhan.
(Husam Musa kata kerajaan gagal menyusun masyarakat hingga melayu dan cina bermusuhan... berapa agaknya umur Husam Musa masa itu agaknya..?)



"Dan berlakulah peristiwa 13 Mei di mana sesetengah ahli sejarah mendakwa ia berlaku kerana kegagalan pemimpin Umno melahirkan keseimbangan dalam kehidupan masyarakat terutamanya di bandar-bandar besar.
(hujahnya, sesetengah ahli sejarah mengatakan demikian.. jadi beliau merujuk pada sejarah... bagus.. maknanya beliau tidak membuat cerita dongeng..)



"Sedangkan peristiwa berdarah itu tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana sebaik sahaja tercetus rusuhan di Kuala Lumpur, Dato' Asri Muda memanggil semua penghulu dan mengarahkan mereka menjaga keselamatan mukim masing-masing," katanya di sini.
(katanya lagi, ia tidak berlaku di Kelantan kerana tindakan kerajaan Kelantan ketika itu yang bertindak pantas..)



Menurutnya penghulu diberi tanggungjawab oleh kerajaan PAS ketika itu bagi memastikan tidak berlaku peristiwa berdarah seperti di tempat lain pada 13 Mei.



Beliau juga berkata, pemimpin PAS di Kelantan sejak awal lagi mengutamakan keseimbangan antara kaum bagi mengelakkan ada kelompok masyarakat yang tersisih.



Oleh itu katanya usaha kerajaan PAS mengadakan Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan 13 Mei 2009 baru-baru ini bagi mencetus langkah proaktif ke hadapan dengan meneroka politik baru di Malaysia.
(dia mendakwa, kerajaan PAS hari ini telah menjadi pencetus kepada politik baru di Malaysia.. Hebat tu..)



"Dan oleh kerana itu, saya fikir Mursiydul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz telah mengambil inisiatif untuk menggagaskan konsep perpaduan nasional sebagai premis politik yang baru di negara ini," katanya. - mj _
(dia kata Tuan Guru Nik Aziz menjadi pelopor kepada konsep perpaduan nasional hari ini..)


rujuk :http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20808&Itemid=1






hebat sungguh PAS hari ini ya.. sesiapa yang membacanya pasti akan merasakan PAS ini adalah pelopor kepada perpaduan rakyat... tak kira Islam ataupun bukan Islam...



akan tetapi persoalannya.. benarkah apa yang didakwakan oleh Naib Presiden PAS itu?




  1. kerajaan perikatan adalah penyebab kepada peristiwa 13 mei?
  2. rusuhan kaum tidak berlaku di kelantan kerana kerajaan kelantan tidak menyisihkan kelompok-kelompok rakyat?

  3. Deklarasi Perpaduan Nasional yang dicanangkan oleh PAS adalah pelopor kepada perpaduan nasional?

  4. PAS itu secara konsistennya menperjuangkan perpaduan kaum dan perkongsian kuasa?


kalau Naib Presiden PAS boleh merujuk pada sejarah.. aku pun terpanggil juga untuk merujuk pada sejarah..












kalau kita nak bercerita tentang peristiwa 13 mei 1069, kita mestilah tahu apakah sebabnya perarakan 13 mei itu berlaku.. jikalau sesiapa yang membaca buku TRAGEDI 13 MEI yang di keluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ataupun dari mana-mana sumber pun, perarakan 13 mei 1969 adalah bertujuan untuk meraikan kemenangan pembangkang khasnya DAP dan GERAKAN mendapat 70 daripada 144 kerusi dalam pilihanraya umum ketiga 10 mei 1969..

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 74 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 8 kerusi , Parti Tindakan Demokratik (DAP) 13 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) pula menang 4 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.




Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan oleh pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan menyuruh mereka kembali ke hutan.




Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan perarakan besar di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru ketika itu diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini juga letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.



Perarakan kematian Cina


Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya yang telah melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maafnya sudah terlambat.


itu yang di keluarkan oleh buku TRAGEDI 13 MEI oleh MAGERAN...


tapi apa yang berlaku sebelum 10 mei hinggakan rakyat berubah arah... adakah kerana tidak puas hati dengan kerajaan ketika itu?




sila lihat ini...




itu adalah hukum yang di keluarkan oleh Dewan Ulama PAS pada 1963 dan dicanangkan oleh PAS bagi menakut-nakutkan orang melayu dari mengundi calon-calon bukan melayu dari perikatan...
Dalil atau nas yang digunakan untuk menghalalkan pengkafiran UMNO dalam Perikatan ialah Surah Al Imran ayat 28 yang di ambil sebahagian sahaja yang bermaksud:

“janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin atau teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman…”

Sedangkan ayat keseluruhannya bermaksud:

“janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin atau teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah sesuatu apa pun kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka. Dan Allah perintah supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan Allah dan Allah jua tempat kembali”

Maka dengan FATWA yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS itu maka takutlah orang melayu untuk mengundi calon-calon bukan melayu dari Perikatan dan bukan melayu di momokkan dengan tindakan mempersoalkan Hak Istimewa Orang Melayu oleh PAP terutama Lee Kwan Yiew yang ketika itu berusaha untuk mengeluarkan Singapura dari Persekutuan..
dan sepanjang 1964 hingga 1969 isu ini dimainkan sehinggalah Singapura keluar dari Persekutuan dan di teruskan oleh DAP..

Namun hari ini, mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghalalkan pula perkongsian kuasa mereka melalui apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat yang hingga hari ini tidak wujud secara sah sebagai parti komponen lagi..

Adakah kerana tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan semata-mata peristiwa 13 mei berlaku?

Atau kerana di sogok dan di momok dengan isu-isu yang memecahkan rakyat hingga bila mereka berjaya, golongan-golongan yang fanatik melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal?

Kelantan adalah negeri yang majoritinya melayu dan beragama Islam.. kependudukan bukan melayunya memang sangat sedikit dan kebanyakannya berpusat di bandar-bandar.. jadi bukan satu yang pelik jika tiada masalah rusuhan kaum 13mei berjangkit di sana.. dan jangan lupa Kedah, Terengganu, Pahang dan Perlis… mereka juga tiada masalah pasca 13 mei.. bukan sekadar Kelantan…

Adakah PAS adalah pelopor kepada Perpaduan Negara sedangkan mereka sendiri yang pernah mengkafirkan orang Islam yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam? Malah pernah melabelkan Perlembagaan Persekutuan sebagai perlembagaan kafir sedangkan dalam undang-undang tubuh PAS itu sendiri menyatakan bahawa ia sebuah organisasi yang akur kepada perlembagaan Persekutuan…

Sungguh memeningkan kepala.. sekejap kata begini.. sekejap kata begitu…

Semuanya berdasarkan keperluan semasa… kalau member keuntungan kepada mereka, tanpa berlengah dihalalkan… jika tidak akan dikatakan sebagai haram.. sangat murah agama ini di permainkan untuk mendapat publisiti politik..

Begitu juga dengan hudud dan mewujudkan Negara Islam.. sebelum pilihanraya umum 12 tiada disebut tentang hudud dan Negara Islam tapi bila Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, terkeluar kembali tentang menegakkan hudud.. esoknya orang yang sama mengatakan bahawa untuk melaksanakan hukum hudud perlu mendapat persetujuan dari rakan dalam pakatan..
apakah permainan ini? Kalau tak mampu nak dibuat sekarang, kenapa perlu di war-warkan?
Kan lebih elok kalau senyap dahulu dan di berikan kefahaman kepada yang bukan Islam baru dilaksanakan dari pada mencanang sesuatu yang tak mampu dilaksanakan..

Aku bukan orang yang tahu sangat pasal dasar-dasar Negara.. tapi kalau nak dikatakan sebagai pelopor kepada perpaduan Negara, aku tertanya-tanya pula.. bukankan banyak dasar-dasar kerajaan hari ini yang telah lebih awal di perkenalkan seperti Dasar Perpaduan Negara, Dasar Kebudayaan Negara, konsep Bangsa Malaysia dan banyak lagi yang menyeru kepada perpaduan..
satu lagi yang menariknya, tiada lagu patriotik yang dating dari Kelantan.. dimanakan Kelantan khususnya PAS sebelum ini dalam hal perpaduan kaum?

13 mei 1969 berlaku 40 tahun dahulu.. kenapa baru 13 mei 2009 nak diwar-warkan mereka menganjurkan perpaduan untuk semua kaum?

Siapa yang nak di perbodohkan? Tergolongkah kita dalam golongan ini? Hmm.. Melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..