DUN Ladang kekal milik Pas
PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.
Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Hakim Malanjum dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tidak wujud kejanggalan yang ketara pada cara pengiraan undi pos.
Beliau menyatakan, hanya tiga undi pos yang tersalah kira dan kemudiannya ditolak kerana ketiadaan nombor siri dan juga terdapat perbezaan nombor pada kertas undi.
Bagaimanapun, Hakim Malanjum berpuas hati bahawa ketiga-tiga undi pos yang ditolak itu tidak akan memberi kesan kepada 31 undi majoriti yang diperoleh calon Pas.
Sehubungan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan raya itu pada 22 September tahun lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 itu, Tengku Hassan mengalahkan Datuk Wan Hisham Wan Salleh dari BN dengan majoriti tipis 31 undi. Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan petisyen bagi membolehkan semakan dan kiraan semula dilakukan terhadap 127 undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi 8 Mac 2008.
Beliau selaku pempetisyen menamakan pegawai penyelia pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Md. Razali Kassim, SPR dan ADUN Ladang sebagai responden.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak petisyen itu selepas memutuskan bahawa pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani SPR tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam pengendalian undi pos.
Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pempetisyen dalam hujahnya sebelum ini menyatakan, kerani SPR cuai ketika mengeluarkan undi-undi pos ekoran kegagalannya menulis nombor siri pada Sampul Surat A dan Borang 2.
Akibat kecuaian itu, hujah beliau, 127 undi pos ditolak kerana nombor siri tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki oleh Aturan 7 Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos).
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Mohd Said berhujah, petisyen itu diputuskan dengan betul kerana terdapat bukti semasa perbicaraan bahawa nombor siri ditulis menggunakan pensil pada Sampul Surat A dan Borang 2.
rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
aku menunggu harakahdaily.net untuk melaporkan tentang kemenangan PAS dalam proses mahkamah tapi hingga ke saat ini, tak ada sebarang laporan dari lidah rasmi PAS itu...
kenapa ye... mengapa tidak ada sebarang laporan mengenai keputusan mahkamah persekutuan itu di siarkan?
bukankah ketelusan dalam menyiarkan berita itu adalah laungan mereka selama ini?
atau mereka terperangkap dengan permainan mereka sendiri...
ye la... kalau di laungkan kemenangan itu, maka seperti mengatakan yang Mahkamah itu adil dan telus...
kalau ditempelaknya, seperti tidak menerima kemenangan sendiri....
ahahahahaha.... sekarang ini.. ketelusan dan keadilan dalam menyiarkan berita tidak di praktikkan oleh mereka sendiri... jadi apakah yang mereka laungkan selama ini hanya omongan untuk mengutuk kerajaan?
semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan menimbulkan kebencian terhadap pemerintah?
tanpa mengambil kira masalah perpecahan demi untuk mencapai apa yang mereka hajati selama ini?
inikah yang kita mahu berlaku dalam negara kita?
hmm... Melayu...
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55.. ...
-
ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 20...
-
Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan.... Masa Depan...?? Aku pun tak pasti apa...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Friday, May 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..