SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Friday, December 28, 2012

CUBAAN BUNUH GAGAL: 10,000 HADIRI HIMPUNAN OREN DEMO DI KL..!!





Kuala Lumpur - Sekali lagi puak OREN buat onar di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bersama pendemo yang masih setia hanya tinggal 150 orang yang hadir membontoti Mazlan Aliman. Suka untuk penulis katakan bahawa perhimpunan gagal ini telah menunjukkan hasil bahawa rakyat dah jemu dan muak dengan sikap mereka. Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung sehingga ke petang habis hanya dalam masa satu jam. Tiada sambutan yang menggalakkan. Berkumpul di Masjid UTM Jalan Semarak kemudian beramai-ramai ke bangunan FELDA. 
Polis sudah bertindak lebih awal demi menjaga keselamatan kerana demonstrasi ini kononnya akan dihadiri 10,000 orang  tetapi yang datang tadi tak sampai 10,000 orang. Hanya 100-150 sahaja. Mana tidaknya, rakyat dah mula bosan dengan permainan Mazlan Aliman.  
Masih tidak habis dengan tuntutan yang tidak masuk akal oleh Mazlan Aliman. Sepatutnya anak FELDA yang bersuara, bukan orang luar. Mereka ini adalah golongan yang tidak pernah bersyukur. Peneroka ditatang bagaikan minyak yang penuh, menajdi anak emas kepada Perdana Menteri sehingga rakyat luar FELDA cemburu dengan keistimewaan yang mereka dapat. Tetapi keistimewaan itu mereka telah gunakan tetapi tidak membalas dengan kebaikan yang telah diberi kerajaan. Sepatutnya jadilah manusia yang tahu bersyukur.
SUMBER: PORTAL JEJARI KAMI

Selepas cubaan membunuh peneroka FELDA BUKIT ROKAN dengan pacuan 4 roda gagal, Himpunan Oren dibawah pimpinan Mazlan Aliman cuba membuat satu lagi lawak jenaka dengan berdemo seramai 150 orang dari masjid UTM Jalan Semarak ke Bangunan FELDA. 

Nasihat aku pada ANAK, kalau nak orang FELDA ramai, apa kata berdemo selepas solat jumaat di masjid FELDA? yang berdemonstrasi tu pun belum tentu lagi peneroka ataupun generasi kedua FELDA. tapi kalau dimasjid mana-mana tanah rancangan FELDA semestinya majoriti yang hadir adalah warga FELDA..

hmm.. melayu..

Wednesday, December 26, 2012

KONVOI JELAJAH OREN CUBA BUNUH WARGA FELDA BUKIT ROKAN..

http://www.youtube.com/watch?v=WmfKU8jVlBo




Peserta Konvoi Oren Bertindak kurang Ajar, Mencuba Langgar penduduk dengan 4WD.

Dalam Malaysiakini telah ditulis mengenai cerita konvoi jelajah Oren telah 'diserang' orang-orang Felda yang melakukan sekatan bagi menghalang puak-puak penabur fitnah ini masuk ke kawasan mereka. 

Menurut Malaysiakini kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. Seorang peserta jelajah Oren khabarnya berdarah di kepala kerana kena tunjal . 

Tidak dinafikan mereka yang melakukan sekatan ini penyokong Barisan Nasional berdasarkan bendera yang dibawa dan kita tahu mana-mana Felda pun adalah kubu kuat Barisan Nasional.

Tindakan kumpulan Oren ni menjelajah dari satu Felda ke Felda lain boleh dilihat seperti tindakan cuba memprovokasi, tambahan pula dibawa dengan cerita-cerita fitnah berkenaan saham FGVH , walhal penduduk-penduduk Felda sudah pun dapat habuannya.

Berbalik kepada cerita kekecohan yang berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara. Malaysiakini melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawal apabila cermin kereta dipecahkan dan seorang peserta jelajah Oren tercedera kepalanya . 

Monday, December 24, 2012

Ronnie Liu Kantoi Lagi.. MB Khalid Masuk Hospital?




SHAH ALAM 21 Dis. - Polis Selangor kecewa apabila sebanyak 188 permohonan untuk menyita premis judi tanpa lesen yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sejak Januari lalu tidak diambil tindakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, selain permohonan untuk menyita premis, pihaknya juga telah membuat sebanyak 541 permohonan untuk memotong bekalan elektrik terhadap premis mesin judi tanpa lesen.

Bagaimanapun kata beliau, hanya 85 permohonan telah diambil tindakan baru-baru ini selepas pertemuan dilakukan dengan pihak terlibat.

"Sehingga awal Januari hingga 19 Disember lalu, polis telah menjalankan 7,809 serbuan; merampas 26,655 mesin judi dan melakukan 2,045 tangkapan berkaitan kegiatan mesin judi tanpa lesen.

"Kita juga telah mengenal pasti 1,577 premis yang pemiliknya dipercayai membenarkan aktiviti mesin judi tanpa lesen berdasarkan serbuan yang telah kita lakukan.


"Tetapi saya kecewa kerana ada pihak yang hanya menuding jari kepada pihak polis dalam isu ini," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini yang melaporkan penguatkuasaan longgar di Selangor menyebabkan kegiatan perjudian di negeri itu meningkat umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan'.


"Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu dilaporkan berkata, 'tidak banyak' yang boleh dilakukan oleh PBT mengenai perjudian haram di negeri itu.
Beliau juga dilaporkan mahu polis memainkan peranan yang agresif kerana dakwanya sebagai kakitangan penguatkuasaan dari PBT tidak bersenjata dan mereka bergantung kepada kerjasama polis dan agensi-agensi kerajaan yang lain."

Sementara itu, mengulas mengenai desakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam agar polis menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes kematian pemandu sambilannya, S. Natchymuthu, 53, di Seksyen U9, Sunway Kayangan di sini pada 18 Disember lalu, Tun Hisan berkata, penubuhan unit siasatan itu tidak perlu.

Ini kerana jelas beliau, pihaknya telah melakukan siasatan dan menahan suspek kejadian.

Mengenai tuduhan polis tidak mengambil tindakan terhadap 10 laporan polis yang dibuat oleh Natchymuthu sebelum kematiannya, beliau berkata, itu hanya tohmahan kerana pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung satu laporan yang dibuat.

Tambah beliau, sembilan lagi laporan didapati dibuat untuk membela diri terhadap 22 laporan polis terhadap Natchymuthu oleh orang awam.



SUMBER.


AKU: Biasa la tu... bukan tak biasa dengar mereka ni menunding jari pada orang lain atas kelemahan sendiri..

WELCOME TO SELANGOR!!!!



hmm.. melayu...

Friday, November 16, 2012

Muktamar PAS: Cubaan Kekalkan Sokongan Yang Goyah.


Muktamar PAS dah bermula.. 

Ada beberapa perkara menarik berlaku di awal muktamar Parti yang kini dalam krisis kepercayaan dari dalam dan luar parti mereka..
Lakonan juga bermula, skrip yang telah tersedia kini sekadar dibaca oleh para perwakilan..
Umum tahu yang kini PAS dilihat sebagai "Pak Turut" dalam pakatan bersama DAP & PKR kini terdesak untuk mengembalikan kepercayaan penyokong mereka dan dalam masa yang sama menjaga hubungan dengan rakan dalam pakatan..
Maka strateginya ialah menunjukkan kononnya perwakilan sudah boleh menyuarakan isi hati akar umbi tapi tidak menyentuh perkara-perkara yang kini menjadi persoalan utama rakyat kepada PAS..


Antara perkara menarik yang berlaku dalam pementasan "Muk-Drama" PAS ialah:

  1.  Ketua Dewan Pemuda PAS mengistihar hartanya.
  2. Beberapa Perwakilan Pemuda PAS kritik Harakah.
  3. Ketua Dewan Ulama minta Mufti Perak bertaubat kerana dikatakan tidak memperjuangkan Islam (versi PAS)
  4. Perwakilan Dewan Muslimat PAS kritik Kerajaan PAS Kedah tak martabatkan wanita


PAS cuba bermain teknik "divert attention" dalam muktamar ini dengan membangkitkan isu-isu kecil yang selama ini di suarakan di peringkat akar umbi bagi mengalihkan perhatian dari isu-isu besar yang melanda mereka..

Pada aku, Muktamar kali ini walau apa pun yang di sampaikan oleh perwakilan hanyalah satu lagi pentas sandiwara tahunan PAS..


Published with Blogger-droid v2.0.9

KP Kementerian Kesihatan Sabotaj DS @NajibRazak..

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat
PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat bersama seorang kakitangan kementerian di Hotel Pullman di sini pagi ini.
Dr. Hasan didakwa di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pasangannya, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, pula disabitkan dengan Seksyen 27 (b) di bawah akta sama dan dikenakan denda sebanyak RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal berbuat demikian.
Hukuman kes berkenaan dijatuhkan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin.- UTUSAN

Penjawat awam macam inilah yg sebabnya PM kita nak mentranformasikan..
Sikap yang sebegini dan mengikut nafsu membuatkan mereka ini tidak profesional dalam menjalankan tugas..
Ini juga membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan awam..

Maka pada aku memang tepatlah tindakan PM kita yg mahu mentransformasikan perkhidmatan awam yang merupakan "delivery system" kepada rakyat..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

TERKINI!! Gerakan Anti Anwar Ibrahim Temui Jalan Buntu??



maklumat terbaru aku dapat dari mesyuarat sulit Gerakan Anti Anwar Ibrahim mengesahkan mereka temui jalan buntu untuk mengenakan DSAI dalam isu  Scorpene dan mahkamah Perancis apabila terlebih dahulu media-media alternatif pro-anwar melakukan perkara itu..

Suara Keadilan pada 9 oktober 2012 menyatakan 7 orang telah di sapina oleh mahkamah perancis untuk memberi keterangan mengenai kes ini sedangkan peguam pendakwaraya perancis menyatakan mahkamah telah menolak permohonan SUARAM pada 13 mac lagi..
isu scorpene telah di mainkan di lidah-lidah rasmi pembangkang seperti Roket, Harakah dan Suara Keadilan sekian lama dan telah menjadi modal dalam ceramah-ceramah pembangkang..

DSAI dalam satu ceramahnya telah dilaporkan berkata, "dalam tangan saya ada dokumen yang mengaitkan pembelian Scorpene dengan Altantuya".. namun tiada petikan dari "dokumen" itu dibacakan kepada umum hingga hari ini..

SUARAM, satu pertubuhan haram yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang seperti Tian Chua pernah mendakwa yang pihak berkuasa perancis telah menunjukkan bukti mengenai penyelewengan dalam jual beli scorpene kepada peguam mereka.. namun berbeza dengan apa yang telah di jelaskan oleh pihak berkuasa perancis yang tiada bukti mengenai perkara itu ditemui..



DSAI juga selepas memberikan ucapan di himpunan royalti di stadium shah alam telah ke perancis untuk bertemu dengan peguam SUARAM mengenai isu scorpene sedangkan SUARAM menyatakan sebuah badan yang bebas dari pengaruh politik..

Gerakan Anti Anwar Ibrahim kini buntu kerana kelihatan semua serangan pembangkang telah memakan diri mereka kembali.. segala tuduhan-tuduhan mereka kini ternyata satu pembohongan dan perkaitan antara SUARAM, Pakatan Pembangkang dan DSAI kini telah jelas serta nyata..

ada diantara ahli mesyuarat sulit itu yang akan mengambil cuti rehat beberapa hari kerana tak perlu lagi memikirkan masalah ini dan biarkan rakyat sendiri menjadi hakim dan penghukum kepada Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim..
seorang dari ahli menyuarat berkata.."kita lihat apa yang mahu mereka pusing lagi lepas ni"



Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

PENDEDAHAN!! BUKTI AZMIN REBUT JAWATAN MB DARI KHALID??

Perkara ni agak lama juga aku dah lihat di Ampang tapi tak ada sesiapa yang menketengahkan jadi aku ambil inisiatif untuk bertanya kepada sesiapa yang sudi berfikir...

Kita sedia tahu dengan desas-desus pergolakan dalaman PKR Selangor.. YB Azmin Ali dikatakan bercita-cita menjadi MB Selangor dengan cuba membunuh kerjaya politik orang-orang yang dilihat menjadi ancaman kepada cita-cita beliau.. antara orang yang dikatakan "dibunuh" kerjaya politiknya ialah Badrul Amin yang secara ditangkap khalwat ketika melakukan sesi kaunseling jam 3 pagi di hotel di bandar Kuantan..

malah bukan satu rahsia konfrantasi antara MB Khalid Ibrahim dengan YB Azmin apabila Setiausaha Sulit MB secara terang-terang mempertikaikan kedudukan YB Azmin dalam menerajui PKR Selangor..

sesiapa saja yang pergi ke Ampang Point akan nampak iklan besar ucapan hari raya dari YB Azmin dan YB Zuraidah yang berada disana sejak Ramadhan tapi adakah sesiapa berasa pelik kenapa tiada gambar MB Khalid?
Malah lebih pelik lagi apabila terdapat jata negara dan jata negeri yang menandakan ianya adalah perutusan rasmi negeri..

pada mulanya aku rasa mungkin itu satu kesilapan cetakan jadi aku biarkan..

Tetapi jika seseorang itu dari arah LRT Ampang menuju kearah Ampang Point, di lampu isyarat pertama ke arah Ampang galaxy ada satu lagi iklan yang hanya memaparkan wajah YB Azmin dan YB Zuraidah..

Kali ini Iklan Selangorku dan iklan Air percuma..!!!

bukankah itu adalah projek dibawah kerajaan negeri yang terus dibawah MB Khalid..?? Kenapa hanya YB Zuraidah dan YB Azmin sahaja yang di "highlightkan"??

siapa MB Selangor yang sebenar? adakah projek Air Percuma dan Geran SelangorKu itu projek Parti PKR atau projek kerajaan negeri??

Aku sebagai rakyat selangor amat keliru dengan iklan-iklan ini.. pelik kan??

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

Bajet DSAI tak popular dikalangan Blogger Pro-Pembangkang..


Dalam aku menghabiskan masa cuti yang jarang kunjung tiba ni, aku membaca blog-blog tulisan blogger pro-BN dan juga Pro-Pembangkang..

kebanyakannya bercakap mengenai Pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri kita jumaat lalu..
Ada yang menyokong, ada yang memperlekehkan.. dan masih lagi ada yang ku lihat menjadi pemain radiogram yang mengulangi isu-isu lapuk seperti hutang negara semakin meningkat dan negara akan bankrup dan sebagainya..


Tapi selepas aku ulang dan ulang membelek blog dan facebook, aku sedari yang tak banyak blog dan facebook yang bercerita tentang "Belanjawan Alternatif" yang di canang oleh Pakatan Pembangkang..
Malah aku lihat di Facebook, bila di minta mengulas dan memperhalusi pembentangan "Ba-JET Ajaib" itu, Fake Account ciptaan CyberTrooper Pembangkang akan melompat ke isu lain untuk mengelak berhadapan dengan permasalahan ini..


Mereka lebih selesa mempertikaikan dan mengulang laungan-laungan lama dan basi dari mempromosikan "Ba-JET" Insan Suci yang kononnya dimimpi oleh Pimpinan dan Ulama Dari Ikhwanul Muslimin untuk menjadi Pemimpin Malaysia..


SOALAN AKU: Kenapakah Ini Berlaku?

tidak cukup mantapkah "Ba-Jet" Penasihat Ekonomi RM1Selangor itu? 

Tidak cukup REALISTIKkah "Ba-Jet" Ketua Umum PKR yang ironinya Bukan Ahli PKR itu?

atau Juak-juak pembangkang sendiri tidak yakin dengan "Ba-Jet" yang menjanjikan bintang dan bulan itu? 

Diakhir pencarian itu aku tersenyum sendiri.. mungkin pada mereka, fantasi dan janji-janji sahaja tak mampu untuk mempengaruhi rakyat hari ini.. jadi mungkin pada mereka, memperbodohkan rakyat memerlukan cemuhan dan pemutaran yang jitu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 2, 2012

PENDEDAHAN TERBARU!!! PAKATAN PEMBANGKANG GEMPAR TAK BOLEH JAWAB ISU INI...!!!!


JUAK-JUAK PAKATAN PEMBANGKANG KINI DAH TAK MAMPU UNTUK MENJAWAB MENGENAI PEMBENTANGAN BAJET 2013 OLEH DATUK SERI NAJIB DI PARLIMEN MINGGU LALU DAN TERPAKSA MENGGUNAKAN MODAL LAMA SEPERTI HUTANG NEGARA YANG BERTAMBAH...

INI ADALAH KERANA MENURUT JUAK-JUAK PEMBANGKANG DI KEDAI-KEDAI KOPI, MODAL KONONNYA NEGARA AKAN BANKRUP DENGAN BAJET KALI INI SUDAH TIDAK LAKU LAGI, MALAH ADA YANG SUDAH BERANI MENJAWAB DAN MEMPERSOALKAN RETORIK ITU..

INI KERANA SABAN TAHUN PEMBANGKANG MENDENDANGKAN KATA-KATA YANG SAMA TETAPI HINGGA HARI INI TIADA TANDA-TANDA NEGARA AKAN BANGKRUP...
KEMPEN PEMBANGKANG BERTAMBAH PARAH APABILA, DIPERLI DIMANA-MANA APABILA AGENSI PEMANDU DIBAWAH DATUK IDRIS JALA MENYATAKAN SEHINGGA HARI INI SEBANYAK RM5.9BILLION PELABURAN TELAH BERJAYA DIBAWA MASUK DENGAN PELANCARAN ECONOMIC TRASFORMATION PROGRAMME SERTA RMK-10...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 14, 2012

#MERDEKA55 @NAJIBRAZAK SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-49!!!!!!



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

PERPADUAN ADALAH PEMULAAN PENYATUAN KITA
MAKA PERPADUAN JUGALAH ADALAH KUNCI UTAMA KEMEWAHAN DAN KESENANGAN YANG ADA INI AKAN BERKEKALAN...

Tuesday, September 11, 2012

PENDEDAHAN!!!! RAHSIA BAGAIMANA ANWAR BERJAYA BOHONGI RAKYAT TERBONGKAR!!!!!


Ketika menyelak akhbar lama yang kebelakangan ini tidak aku berkesempatan atas sebab kesibukan dengan aktiviti harian, aku terbaca satu artikel dimana Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan loket tenaga skalar kerana dikatakan mengandungi kepekatan Bahan Radiioaktif Uranium-232 & uranium-238 melebihi paras yang dibenarkan oleh Lembaga Perlesenan Atom (LPAT). Malah katanya lqgi, tiada bukti saintifik yang mengesahkan penggunaan loket itu boleh memberi manafaat dari segi kesihatan kepada pengguna..
Artikel ini membuat aku terfikir.. betapa mudahnya rakyat Malaysia ditipu dengan produk-produk yang menjanjikan pelbagai kelebihan.. malah acapkali juga aku dengar sesetengah pihak yang kerugian ribuan malah jutaan ringgit bila menyertai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan segera dan ada kalanya memang kelihatan tidak masuk akal...
Mungkin trend ini di analisis oleh DSAI yang melihat bahawa rakyat mudah termakan janji- janji kosong yang tinggi melangit walaupun sering kali memang tidak masuk akal... Apa taknya, menjanjikan PTPTN dan pendidikan percuma tapi dalam masa yang sama tidak memberi pendidikan percuma kepada Universiti dibawah kerajaan PKR Selangor.. begitu juga dengan anak didik DSAI, Rafizi yang menyatakan PKR menuntut harga kereta diturunkan tapi tak memikirkan mengenai kesan terhadap industri kereta terpakai negara.. tak memikirkan nasib ribuan jurujual dan pemilik syarikat kereta terpakai yang akan mengalami kesan buruk dari tindakan itu nanti...
DSAI mungkin mendapati rakyat Malaysia mudah diperbodohkan dengan gosip serta cerita-cerita keburukan seseorang itu daripada cerita tentang kemajuan dan pencapaian maka di taburi disetiap ceramah dengan fitnah dan dengan pembohongan.. akhirnya ditelan oleh si pendengar bulat-bulat dan disebarkan fitnah dan pembohongan itu tanpa memikirkan dosa atau pahala...
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Malaysia.. hari yang memperingati penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu dngan Sabah dan Sarawak.. ia juga adalah mengingatkan aku tentang pembohongan bodoh DSAI kepada rakyat Malaysia yang "kononnya" beliau akan menjadi PM setelah 30 orang ahli parlimen dari Sabah akan melompat dari BN ke pangkuan beliau..
Selamat menyambut Hari Malaysia dan Hari Menggelak Manusia Bernama Anwar Bin Ibrahim dari Cerok To'kun, Bukit Mertajam...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 2, 2012

#merdeka55 Tablet Janji Ditepati!!

Alhamdulillah.. Walaupun hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil adalah semata- mata untuk menghayati sambutan kemerdekaan yang benar-benar merdeka, namun rezeki hasil dari cabutan nombor bertuah.. 
Hasilnya?? Sebuah tablet Huawei 7" 8Gigabyte..
Pengisian yang baik dan tersusun jauh lebih baik dari perhimpunan Pak Samad di Dataran Merdeka yang kononnya untuk menyambut sambutan cara mereka yang sangat mengecewakan.. 
Hadir bersama sahabat-sahabat yang bersama-sama menjayakan cubaan mencipta rekod Malaysia untuk mengumpulkan pengguna twitter teramai dalam satu tempat dan jumlah twitter terbanyak dalam satu jam demi untuk meletakkan Malaysia dalam rekod dunia..


Alhamdulillah.. Walau apa pun kata mereka, aku disana.. Dikedua-dua lokasi dan akan tunjukkan perbezaannya disatu masa yang terdekat ini..
Terima Kasih Datuk Seri Najib bukan sahaja untuk hadiah ini tapi juga untuk pengorbanan beliau untuk negara ini.. Terima kasih..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, August 31, 2012

#merdeka55 semua bergembira menyokong PM kita!!





PM sedang buat ucapan.. Ucapan PM tak seperti Kehadiran Mat Sabu yg menimbulkan kerisauan anggota keselamatan.. Anggota polis bertugas dgn tenang.. Ahli keluarga mereka juga tenang dirumah sambil menonton tv..
Semuanya bergembira dan bersemangat dengan ucapan PM..
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 semua disini memang datang untuk Pak Najib



Walaupun jauh dari pentas utama.. Orang ramai tekun mendengar dan terlibat dalam aktiviti yang dijalankan.. Dari nyanyian lagu patriotik hingga ke nyanyian lagu Negaraku dan sebentar tadi ucapan yang berkobar2.. Hadirin bersemangat mendengarnya.. Amin!!!
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Merdeka Versi BN lebih teratur dan berpeingisian..

Kemeriahan Sambutan Kemerdekaan Bertemakan Janji Ditepati dibukit jalil jauh lebih meriah dari versi Pak Samad Semalam..
Alhamdulillah.. Inilah mereka yang memimpin kita selama ini..
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Sibodoh yang pegang & Edar risalah tukar Jalur Gemilang dikenal pasti??

Hari ini juak-juak pembangkang telah menuduh bahawa budak-budak yang mengibarkan bendera Republik Malaysia dibayar oleh UMNO RM 100 untuk merosakkan nama Pakatan Pembangkang di sambutan kemerdekaan versi Pak Samad malam tadi..
Aku ada disana malam tadi dan aku telah berjumpa dengan beberapa kenalan dan mereka mengenal pastu sekurang-kurangnya seorang dari mereka..
Dia dikatakan sebagai seorang pelajar IPTS di Selangor dan pernah menyertai program SKIES hingga ke tahap 4..
Dia juga dikatakan pernah mengikuti satu program anjuran Pertubuhan PENAWAR yang diadakan di Pangkor..
Maklumat yang lebih lanjut akan menyusul..
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Biadab!!! Bendera Malaysia Pun Mereka Nak Ubah!!!!

Ini Merdeka Versi Pak Samad.. menukarkan Jalur Gemilang kepada satu versi lain.. Dari Jalur Gemilang yang dibawa oleh Datuk Azhar Mansur berlayar, yang dibawa oleh Magendran & Mohandas serta Muqarabbin ke puncak Everest, yang dibawa oleh setiap atlet Malaysia ke Serata dunia ke versi mereka..
Ya Allah.. Kau jauhkan lah Negaraku ini dperintah oleh mereka ini.. Jangan Kau benarkan mereka menentukan hala tuju bumi bertuah ini..
Akan mereka ubah segalanya.. Bendera, Sejarah malah kemakmuran pun akan terjejas..
Ya Allah.. Ku pohon pada Mu pada ulangtahun Kau berikan kemerddkaan kepada kami.. Amin...
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Ini Merdeka versi Pak Samad

Pak Samad seorang sasterawan.. Jiwanya seni.. Kekotoran dan kekalutan bukan sifatnya.. 

Tapi kenapakah Pak Samad sanggup membenarkan Sambutan Kemerdekaan kali ini dicemari dengan tindakan- tindakan yang tidak mencerminkan jiwa rakyat yang merdeka??

Anarki dimana-mana dan dibiarkan tanpa kawalan oleh mereka yang menganjurkan..
Pak Samad seorang sahaja.. Mana mungkin dia mampu melakukan segalanya sendiri.. 


Soalannya siapakah dibelakang Pak Samad?? Kenapa mereka tidak bertanggungjawab dengan memberikan pengisian yang baik kepada mereka yang datang??

Adakah ini erti kemerdekaan pada mereka??


Adakah merdeka versi mereka adalah anarki dan kekalutan?? 


Syukur apa yang aku gusarkan sekali tidak berlaku.. 


Tapi jika berlaku, siapakan mereka akan tundingkan untuk berranggungjawab??
Pak Samadkah akan menjadi kambing hitam??
Atau mereka yang berkorban kepentingan diri untuk negara??


Apa pun.. Aku dah nampak dengan mata dan kepala aku sendiri merdeka versi Pak Samad.. Dan aku tak mahu versi ini..
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 1.30am Tak Pernah Seteruk Ini..

Selama aku menyambut ketibaan 31 Ogos Saban tahun, tak pernah aku lihat seteruk ini sikap mereka yang berada di dataran merdeka..
Mereka memenuhi jalanan tanpa takut pada undang- undang.. Bertindak berlandaskan kehendak.. Tanpa kawalan dan tanpa tujuan..
Aku sedih apabila ada versi sambutan kemerdekaan.. Lebih-lebih lagi dianjurkan oleh orang yang pernah bergelar sasterawan negara.. Sekali lagi aku bertanya.. DIMANA PAK SAMAD???

Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 1.16am mereka hilang punca..

Ketiadaan Pak Samad yang menganjurkan sambutan kemerdekaan didataran merdeka dan Mat Sabu yang sekadar datang tak sampai 20minit menyebabkan mereka yang berbaju kuning hilang punca.. Mercun, bunga api menambahkan lagi kekalutan..

Kini khalayak terbahagi kepada dua.. 


Mereka yang mahu bersantai di malam ulangtahun merdeka ke 55 di dataran keramat negara dan mereka yang datang untuk Pak Samad..


Yang bersantai, berehat dengan tenang di sekitar dataran dan yang datang untuk pak samad berkumpul dan menyebabkan kesesakan di persimpangan jalan raja laut..


Jika tidak dikawal, akan bertambah teruk keadaan.. 


Soalannya DIMANA PAK SAMAD??


ADAKAH AKAN MENJADI SEPERTI PERHIMPUNAN HINDRAF YANG PENGANJURNYA TIDAK MENUNJUKKAN MUKA??

Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 1 am Kekalutan di Jalan Raja Laut.. dimana Pak Samad

Pak Samad yang konon nak menganjurkan sambutan merdeka tak kelihatan..
Persimpangan jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut semakin kalut dengan mereka yang tidak terkawal.. Mereka memenuhi jalan raya hingga menyukarkan lalulintas.. Unit Amal PAS gagal mengawal keadaan..

Mungkin ini satu cara untuk memprovokasi dan mensabotaj perayaan kemerdekaan

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, August 30, 2012

#merdeka55 Konsert di Dataran Merdeka?

Akak ni di temuramah wartawan.. Katanya dia dan keluarga kedataran kerana di beritahu ada konsert oleh Jirannya seorang penyokong Pak Samad..
Agaknya berapa ramai kena tipu ye??
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 11.15pm mat sabu datang tapi...

Mat Sabu tiba menunjukkan muka di air pancut dataran tapi mereka buat tak tahu je..
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Cemar Sambutan Dengan Agenda Politik, Orang Tak Kisah Pun..


Ketika Dataran Merdeka Menjadi Medan Propaganda politik dengan sepanduk Anti Lynas, ABU dan banyak lagi agenda yang menjijikkan.. Pakcik ni dan kawan-kawannya tak kisah pun, katanya sekadar ingin menyambut detik 12 malam.. 


Begitu juga dengan anak ini yang tak tahu apa-apa.. Malah ibu bapanya seakan sakit hati dengan sikap penyokong pembangkang yang mencemari Dataran Merdeka Yang Bersejarah..



Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 11pm dah ada yang merungut..


Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55..

Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Sudah ada ura-ura untuk merempuh halangan polis

Pakcik Ni kata, "Kalau kita perlu merempuh, kita tuju terus ke atas pentas".. Mungkin memang itu tujuan mereka kesini..??
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 10.34pm Ramai Yang Datang Sambut Merdeka, Bukan Untuk Pak Samad


Ramai yang memenuhi dataran merdeka tapi mereka sekadar ingin bersantai bersama keluarga.. Bukan untuk bersama Pak Samad
Published with Blogger-droid v2.0.8

#merdeka55 Parti Liar Di Dataran Merdeka: 10pm

Ketika PM kita menyeru perpaduan dan memastikan kita tidak mensia-siakan kemerdekaan yang ada, Pak Samad telah diperkudakan untuk memecah-belahkan negara dengan tindakan mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka..
Aku menjejak manusia-manusia bodoh ini...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, August 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 55



55 tahun sudah kita merdeka.. keamanan dan kemewahan kita nikmati ini kita pinjam dari anak-anak kita yang kita warisi dari mereka yang meminjamnya dari kita...

semoga kita tak lupa dan alpa agar negara ini kita kembalikan kepada anak-anak kita lebih baik dari yang kita dapat dari mereka yang memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkannya... 





AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..