SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, August 25, 2012

HANGAT!!!! Datang beraya kena tetak



Tangan kiri lelaki hampir putus dilibas pedang

Kuala Lumpur: Niat seorang lelaki untuk mengunjungi kekasihnya sempena Aidilfitri, Ahad lalu, bertukar tragedi apabila tangan kirinya hampir putus ditetak rakan teman wanitanya itu. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun, pada mulanya disambut baik teman wanitanya di Flat Seri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras dekat sini sebelum berbual panjang bersama seorang lelaki yang juga rakan teman wanitanya. 
"Mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek dipercayai akibat cemburu sebelum lelaki itu mengambil pedang samurai dan melibas ke arah mangsa”. - Mohan Singh Tara Singh, Ketua Polis Daerah Cheras
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang selepas berlaku perselisihan faham sehingga suspek yang berusia 30-an secara tiba-tiba cemburu dengan hubungan mangsa dan wanita berkenaan menyebabkan dia bertindak menetak tangan mangsa menggunakan pedang samurai.


Tak dapat terima hubungan akrab pasangan


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata berdasarkan laporan yang diterima, mangsa diserang suspek yang dipercayai tidak dapat menerima hubungan akrab antara pasangan berkenaan.

“Mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek dipercayai akibat cemburu sebelum lelaki itu mengambil pedang samurai di rumah itu dan melibas ke arah mangsa. “Semasa kejadian mangsa dilaporkan cuba mengelak serangan dan terkena libasan menyebabkan pergelangan tangannya hampir putus,” katanya di sini, semalam.

Mohan Singh berkata, berikutan kejadian itu, polis memburu lelaki berkenaan dan teman wanita mangsa yang dipercayai melarikan diri bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mangsa yang sempat dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam keadaan stabil dan tangan kirinya berjaya dicantum semula.

Polis memcari teman wanita mangsa, Hazirah Abdul Aziz, 22, di alamat terakhir di Flat Seri Melaka, Mohd Ifendi Mohd Nafiah, 30, di alamat terakhir di Flat Seri Sabah untuk membantu siasatan.






hmm.. melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..