Pada perlawanan yang menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu, Sharbinee tiba-tiba meluru keluar dari kawasannya di pertengahan babak kedua dan rebah. Dia kemudian digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64. Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, berkata Sharbinee tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan. “Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,” katanya.
“Ini disahkan sendiri oleh pegawai perubatan. Selepas diberi rawatan dia pulih sepenuhnya dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertandang ke Kedah Selasa ini (esok).”
Che Mat menafikan sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Sharbinee berpunca daripada perbuatan khianat. Pada perlawanan berkenaan, Sharbinee bekerja keras menafikan beberapa percubaan Tentera tetapi gagal menangkis percubaan Marlon pada minit ke-31.
Selepas dikeluarkan, Marlon menambah jaringan pada minit ke-74 sebelum pemain gantian, Joseph Kalang Tie merapatkan jurang dua minit kemudian untuk Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..