Ketika mempertahankan tuduhan dan dakwaannya itu beliau hanya mengemukakan salinan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang penyokong mereka yang mendakwa keretanya telah dihalang oleh petugas Barisan Nasional (BN).
Dalam laporan polis yang dikemukakan itu langsung tidak menyebut diserang menggunakan pedang samurai hingga cedera seperti yang di dakwa Naib Presiden Pas itu. - Utusan"
berita penuh klik disini
sedangkan, PAS berulang kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ini;
"..kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan..."
-Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS-
"..Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini.."
-Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS-
"..PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.."
-Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat-
kalaulah betul sudah dibuat laporan polis tentang kejadian tetak menetak itu, kenapa tidak di tunjukkan ketika sidang akhbar?
kemana ahli DPP yang ditetak itu? hospital manakah dia di rawat?
aku yakin sangat yang mereka akan mengatakan apa yang dikatakan Utusan Malaysia tidak benar,sekadar propaganda. jadi soalan aku, benar sangatkah apa yang dikatakan oleh PAS tu?
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..