Alhamdulillah.. berkat dari tidak menfitnah, menipu dan menjatuhkan maruah orang lain dipentas-pentas ceramah...
ini sedikit analisis aku sepanjang PRK N31 DUN Bagan Pinang..
Peti Undi Ladang Atherton
BN 236 PAS 91 rosak 9 majoriti 145
Peti Undi Siliau
BN 349 PAS 109 rosak 14 majoriti 249
Peti Undi Ladang Bradwall
BN 217 PAS 109 rosak 7 majoriti 129
Peti Undi Taman Eastern
BN 136 PAS 78 rosak n/a majoriti 58
kawasan-kawasan ini adalah majoritinya bukan dari pengundi melayu.. ini jelas menunjukkan bahawa orang bukan melayu tidak termakan dengan mainan politik kotor yang cuba menakut-nakutkan mereka..
ini juga jelas menunjukkan mereka tidak takut pada UMNO.. malah mereka merasakan dengan adanya wakil rakyat dari UMNO, mereka akan dijaga dengan lebih baik lagi...
aku melihat sendiri bagaimana mereka dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Ladang Atherton..
tak kira cina india mahupun melayu tidak kenal penat lelah membawa pengundi ke tempat mengundi kerana kebanyakan pengundi telah meningkat taraf hidup mereka dan mampu untuk membeli rumah di SpringHill, Rantau dan sekitar Lukut..
ini juga bukti bahawa penduduk di ladang juga merasakan nikmat kemakmuran negara.. mungkin bukan secara langsung, tetapi dengan peluang pelajaran, pekerjaan dan kemudahan-kemudahan lain yang menaikkan taraf ekonomi mereka...
biarlah mereka nak kata apa pun... dari keputusan PRK Bagan Pinang.. jelas menunjukkan bahawa rakyat di DUN Bagan Pinang merasakan Tan Sri Isa Samad adalah orang yang terbaik untuk mereka.. tak kira apa bangsa mahu pun orang awam atau tentera.. majoriti merasakan BN masih lagi relevan pada mereka...
ini sekaligus menafikan pelbagai dakwaan dan omongan yang di canangkan oleh golongan oportunis yang mengatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi relevan dalam dunia hari ini.. omongan mereka bahawa BN sudah lapuk, terdesak dan pelbagai lagi dakwaan serta pembohongan yang terbongkar satu persatu...
hmm.. melayu...
*akan bersambung..*
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..