Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang menuntun perhatian aku atas banyak sebab..
pertama kerana sebelum pensempadanan semula pada tahun 2003, DUN Linggi yang merupakan tempat aku membesar ( aku membesar di Kampung Nerambai, Lubok China)...
keduanya, Tan Sri Isa Samad adalah bekas anak murid arwah datuk ku.. jadi dari kecil lagi aku mengenali beliau.. setiap tahun ketika arwah masih hidup, Tan Sri Mat Isa tak pernah gagal untuk datang menjengah arwah.. malah ketika arwah meninggal dunia, Tan Sri adalah antara orang yang awal tiba dan hadir bersama-sama hingga ke bacaan talkin..
aku melihat seorang yang bergelar yang berhormat duduk minum di kedai kopi, menegur dan kenal orang-orang kampung yang ditegur... aku melihat sendiri bagaimana dia menyinsing kaki seluar bila melihat keadaan banjir dan bukan sekadar menunjuk muka tapi bersama-sama untuk mendengar dan merasai apa yang mereka rasa..
dialah wakil rakyat pertama yang aku kenal dan dari dia, aku membina satu imej tentang apa itu wakil rakyat..
ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 apabila memenangi kerusi Parlimen Jempol, aku gembira kerana aku tahu beliau seorang yang mampu untuk berbakti di peringkat yang lebih tinggi..
apabila beliau digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2005, sekali lagi aku kagum dengan sikapnya yang tidak melenting dan masih setia kepada UMNO walaupun sudah tentu dia tahu yang rekod politiknya sudah tercalar... emakku sering bercerita selepas penggantungan itu, Tan Sri Mat Isa masih lagi turun ke kampung, minum di kedai-kedai kopi, menegur orang-orang kampung seperti beliau menjadi YB dahulu dan walaupun kampungku selepas persempadanan semula tidak lagi berada dalam DUN Linggi, Tan Sri Mat Isa sering juga turun ke Lubok China untuk bertanya khabar...
Hari ini adalah hari penamaan calon.. dan hari ini sahlah yang Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi calon bagi Barisan Nasional.. mungkin orang luar memandang beliau sebagai orang yang terlibat dengan rasuah dan pelbagai lagi tanggapan.. tetapi bagi mereka yang merasai jasanya, dialah orang yang terbaik untuk mewakili DUN Bagan Pinang..
aku sekadar menyatakan dari pandangan aku.. sebagai orang yang kenal akan siapa itu cikgu Mat Isa.. dan aku tidak melarang sesiapa pun untuk mempunyai pendapat.. terserah kepada empunya badan untuk menilai.. tapi jika sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku di sana.. disini aku sediakan laman blog dan web yang boleh dilayari...
sekali lagi aku pulangkan kepada yang menilai untuk membaca dengan fikiran yang terbuka.. bukan dengan sentimen...
hmm.. melayu...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..