Tahniah Mohamad Sabun kerana dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Post Mortem PRK Bagan Pinang oleh Setapa Ali. Untuk makluman semua sebenarnya post mortem dah dibuat pada 17 Oktober lepas di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dipengerusikan oleh Dato' Halim Abdul Rahman.
Penubuhan jawatankuasa post mortem ini hanya untuk 'endorse' perkara-perkara yang telah dibincangkan pada 17 Oktober selain menokok menambah apa yang patut.Kebetulan Tukang Screw petang tu melepak kat kedai mamak berhampiran Pejabat PAS jadi dapatlah bongkar hasil post mortem tu daripada seorang pemimpin PAS yang disegani yang disebut-sebut menggantikan Dr.Hassan Ali sebagai P/Jaya PAS Selangor selepas mesyuarat tu.
Kenalah gak Tukang Screw belanja teh tarik dengan roti telur.Setelah berbincang lebih dua jam, ahli mesyuarat telah megenal pasti beberapa faktor kenapa pengundi Bagan Pinang tidak sudi ke syurga dengan percuma iaitu:
PAS tidak mempunyai pengaruh di Bagan Pinang sebab ada 100 orang ahli berdaftar sahaja dan pengundi di sana melihat PAS sebagai parti pembangkang yang tidak tetap pendirian;- Calon PAS bukan orang tempatan kerana hanya ayam sabung patah taji dari Lenggeng;
Jentera pilihanraya PAS tempatan tidak bergerak sebab hampir 99% gerak kerja dilakukan oleh jentera PAS luar;
Hampir 1,820 buah rumah telah dilawati jentera PAS yang berjanji mengundi PAS tetapi PAS tempatan gagal turut sama melawat rumah-rumah tersebut;
Sifat agresif petugas PAS luar (Kelantan, Kedah dan Terengganu) yang sering menimbulkan masalah pergaduhan menyebabkan pengundi membenci PAS;
PAS terlalu yakin mendapat undi bukan Melayu;
Ceramah Pakatan Haram lebih banyak menyerang peribadi calon BN yang dihormati dan popular di kalangan pengundi;
PAS gagal mempengaruhi pengundi pos dan mendakwa berlaku penyelewengan undi tersebut;
Kesal dan kecewa dengan sikap jentera pilihanraya PAS Kelantan yang banyak memecahkan undi bukan Melayu.
Nampaknya PAS nampak kelemahan sendiri dan sepatutnya tidak menyalahkan sepenuhnya faktor undi pos. PAS perlu sedar selagi tidak memerintah jangan haraplah dapat sokongan pengundi pos. Apa yang PAS boleh janjikan untuk mereka? Apapun Tukang Screw tabik kepada ahli mesyuarat yang nampak kelemahan PAS sebab selama ini PAS menang di atas kelemahan UMNO dan kebencian rakyat terhadap BN bukan di atas kekuatan PAS itu sendiri. Nasihat Tukang Screw, PAS perlu lebihbanyak muhasabah diri dan fikirkan tentang nasib Melayu dan Islam di negara ini daripada memikirkan untuk tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Wallahualam!
dari sumber: UnitMediaBaru
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..