Kali ini aku mendapat bantuan dari sahabat-sahabat yang bersama-sama berada di pusat-pusat pembuangan undi.. seperti umum ketahui, kertas undi di kira di tempat pembuangan undi sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi di Majlis Daerah Port Dickson..
Perbandingan aku buat di antara keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dengan keputusan PRK N31 Bagan Pinang.. ada tiga kawasan yang dimenangi oleh PAS ketika PRU12 iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong..
Namun untuk kali ini, ketiga-tiga daerah mengundi itu kembali menyokong BN malah dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding sebelumnya..
Begitu juga kalau kita lihat di kawasan-kawasan yang lain.. peningkatannya amat ketara.. apakah faktor yang menyumbang kepada perkara ini?
Penganalisis politik mempunyai banyak teori mengenai keputusan PRU12 baru-baru ini.. antaranya ialah;
1.rakyat sudah matang dan menolak pimpinan BN yang dikatakan korup
2. kesan dari ekonomi dunia yang menyebabkan kenaikan harga minyak dan barang keperluan dan dimanupulasikan dengan baik oleh pembangkang
3. pemilihan calon BN yang tidak mengikut kehendak akar umbi
Maka rakyat telah melakukan undi protes dengan bertukar arah mengundi pembangkang. Malah ada yang membuat undi rosak.. hasil dari itu, undi rosak yang dicatatkan adalah paling tinggi dalam sejarah pilihanraya di negara kita ini..
Mari kita bandingkan dengan keputusan PRK N31 Bagan Pinang:
Kalaulah benar rakyat telah matang dan menolak BN yang dikatakan korup, kenapa Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung keahliannya dalam UMNO kerana politik wang telah di terima oleh pengundi dengan majoriti yang tinggi?
Jelas faktor yang di war-warkan oleh pembangkang ini tidak relevan kerana pengundi bukan mahukan kata-kata tapi bukti pembangunan supaya mereka boleh hidup selesa dan mengamalkan cara hidup mereka dengan tenang..
Ketika PRU12 yang lalu, dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk… peningkatan harga minyak kerana krisis di Timur Tengah dan Krisis makanan akibat dari taufan yang melanda Myanmar dan utara Thailand, ladang padi terbesar dunia..
Ini pula dimanipulasi oleh pembangkang dengan mengatakan kerajaan tidak cekap dan mengutamakan kroni berbanding dengan kepentingan rakyat.. timbullah slogan-slogan seperti;
“hari ini tubuh kerajaan, esok minyak turun 50sen”
-Anwar Ibrahim, ketua umum PKR-
“Kerajaan Kebajkan”
-Parti Keadilan Rakyat PKR-
“Negara Kebajikan”
-Parti Islam SeMalaysia PAS-
“Bekalan Air Percuma untuk rakyat Selangor”
“bantuan RM1000 setiap anak Selangor yang menuntut di UiTM”
-Manifesto PKR 2008-
Tapi untuk PRK N31, semua slogan dan kata-kata ini tidak laku lagi.. kerana kerajaan telah berjaya menangani masalah-masalah ekonomi dengan baik... harga minyak mentah di pasaran dunia kini stabil dan harga makanan dapat dikawal oleh kerajaan walaupun di waktu musim perayaan..
keputusan Pucuk Pimpinan UMNO dan BN untuk mendengar suara akar umbi untuk mencalonkan Tan Sri Isa juga merupakan faktor penting kerana akhirnya faktor calon adalah pemangkin kepada kemenangan atau kekalahan...
calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tidak dikenali dikalangan pengundi di Bagan Pinang.. telah kalah 3 kali pilihanraya membuatkanya calon yang tidak popular dikalangan ahli PAS sendiri...
tapi mengapakah PAS masih lagi meletakkan calon tidak popular di Bagan Pinang?
adakah mungkin kerana telah menghidu kekalahan maka calon kambing hitam diletakkan?
harakahdaily.net menyatakan semalam bahawa dari awal lagi sudah disedari oleh parti itu yang peluang untuk menang di Bagan Pinang adalah tipis seperti merampas Permatang Pauh dari Anwar Ibrahim.. klik disini
tapi kenapa sejak dari awal di propagandakan bahawa peluang PAS untuk menang di Bagan Pinang adalah pasti?
Undi pos pula di katakan punca kemenangan Tan Sri Isa Samad sedangkan undi pos yang mengundi BN ialah sebanyak 3512 undi manakala manjoriti yang mengundi BN ialah 5435 undi... jadi sebanyak 1923 undi yang memenangkan Tan Sri Isa adalah dari pengundi awam..
dari analisis yang aku buat, aku lihat rakyat melihat BN dan UMNO masih lagi relevan dalam membela nasib mereka..
faktor calon juga penting kerana pengundi perlu yakin dengan siapa yang mereka undi.. suara akar umbi perlu didengar bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang...
isu-isu tempatan perlu ditangani segera dan dengan baik bagi mengelakkan ianya menjadi duri dalam daging..
perbalahan dalaman perlu dihentikan dan saf perlu dirapatkan bagi membolehkan pembangunan sampai ke setiap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kem ataupun kelompok sokongan..
jika tidak, maka kekalahan PRU12 akan menghantui BN sampai bila-bila.. akan tidak relevanlah perjuangan BN & UMNO yang menjaga kesejahteraan rakyat..
golongan oportunis akan sentiasa mengintai kelemahan UMNO dan yakinlah yang mereka akan mempergunakan kelemahan-kelemahan itu untuk memastikan kejatuhan BN di pilihanraya akan datang..
hmm.. melayu...
memang penyokong pembangkang ni dah buta hati. memang apa saja yang dibuat oleh kerajaan/BN mereka bantah dan pandang sinis. Tapi apa yang kerajaan buat tu diorang guna dan pakai jugak. memang dasar tak reti bersyukur kurniaan ALLAH. mereka menyokong PR membuta tuli tanpa memikirkan kesusahan anak cucu meraka pada masa hadapan. agaknye diorang ni nak anak cucu diorang kencingkan atas kubur mereka sbb meninggalkan sejarah kebodohan datuk nenek mereka semasa hidup dulu.
ReplyDeletememang penyokong pembangkang ni dah buta hati. memang apa saja yang dibuat oleh kerajaan/BN mereka bantah dan pandang sinis. Tapi apa yang kerajaan buat tu diorang guna dan pakai jugak. memang dasar tak reti bersyukur kurniaan ALLAH. mereka menyokong PR membuta tuli tanpa memikirkan kesusahan anak cucu meraka pada masa hadapan. agaknye diorang ni nak anak cucu diorang kencingkan atas kubur mereka sbb meninggalkan sejarah kebodohan datuk nenek mereka semasa hidup dulu.
ReplyDeletememang mereka yang berjuang dengan pembangkang ini dah buta hati dan jiwa. berjuang hentam kroma jer tanpa memikirkan kesan jangka panjang untuk anak cucu mereka. apa sajer yang kerajaan buat dibangkang, dihentam di maki dan macam macam hinaan yang dilemparkan.memnag bangang betullah
ReplyDelete