TELOK KEMANG 26 Mac - Taktik pembangkang yang sering mengajak pemimpin kerajaan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menjadikan platform itu untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan semata-mata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, perdebatan juga bukan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.
"Kalau kita lihat sekarang ini mereka (pembangkang) asyik hendak berdebat tetapi pada saya ia langsung tidak mendatangkan faedah sebaliknya hanya membuang masa.
"Ini kerana apa yang kita cakap mereka tidak mahu terima, sebaliknya dibalas dengan cacian, maka apa guna kita berdebat," katanya di Port Dickson, baru-baru ini.
Jelas Mohd. Isa, pada hakikatnya pembangkang gemar mengajak pemimpin kerajaan berdebat semata-mata mendapatkan publisiti serta meraih sokongan murahan daripada masyarakat.
"Sebenarnya, pembangkang ini tiada hala tuju atau perancangan dalam usaha membangunkan negara ini sebab itu mereka suka berdebat," ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Isa yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Telok Kemang mengingatkan rakyat jangan mudah terpengaruh dengan janji manis serta pembohongan yang ditabur pembangkang.
"Saya masih ingat lagi ketika 1997 negara kita mengalami kegawatan, ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad memanggil semua Menteri Besar untuk menghadiri mesyuarat tindakan yang dinamakan M10 dan turut menghadirinya ialah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Mesyuarat itu bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi kita ketika itu dan pada mesyuarat tersebut Nik Aziz dengan lantangnya mencadangkan agar kita perlu menyelaraskan Sistem Ekonomi Islam jika ingin menyelesaikan masalah tersebut.
"Selepas itu, dia terus memberitahu rakyat bahawa sistem berkenaan akan mampu menyelamatkan ekonomi negara, walhal dalam perjumpaan seterusnya satu patah pun tidak bercakap mengenai sistem itu, saya terlibat dalam mesyuarat itu dan saya ada bukti," katanya.
Tambahnya, tahun lalu Pas sekali lagi bermain wayang dan berbohong kepada umum dengan melaungkan untuk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud di negara ini.
"Tetapi apa jadi, negara Islam dah jadi negara kebajikan dan hudud pun entah ke mana," jelasnya.
DEBAT.. DEBAT.. Tak Habis2 Cite Pasal Debat.. Cabar la.. Pe La.. Dapat Ape Dengan Debat??? Dapat Selesai Masalah? Dapat Tunai Janji kat Org Kg Buah Pala? Dapat Tunai Janji kat Shah Alam bg tol mansuh? Dapat?? kalo tak dapat, ape jadahnye nak DEBAT!!!!!!
Sumber dari Laman Web: Utusan Malaysia Online - Selatan
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..