RASAH 28 Mac - Denda maksimum RM25. Itu hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Seremban, dekat sini hari ini ke atas tiga gadis yang terlibat dalam aksi menari tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan denda tersebut setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian seksi dan melakukan aksi mengghairahkan.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, Nooranishah Mohamad Isa, 19, yang masing-masing memakai baju kurung dan bertudung hanya mengangguk kepala tanda mengaku selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan mengenakan pakaian seksi serta melakukan aksi mengghairahkan selain berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
RM25 je??? wahhh!! kalau macam tu orang tak takut la nak bogel ke, pakai bra je ke, pakai seluar dalam je di tempat awam..
ish.. persoalan aku lagi, kenapa ketiga-tiga perempuan yang ternyata Islam ni tak didakwa di Mahkamah Syariah??
Ketua Polis Negeri Sembilan & Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan!! Sila Jawab!!!
hmm... Melayu!!!
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..