hari ini berlakunya lagi satu demonstrasi jalanan.. kali ini di PJ, kononnya untuk menuntut kerajaan yang bebas rasuah... bermula pada pukul 3.15 itu dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf.
"...exco kebajikan, hal ehwal wanita, sains teknologi dan inovasi, Rodziah Ismail ketika berucap menyeru agar perubahan pentadbiran dilakukan bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.
Sambil mendapat sokongan gemuruh, Rodziah juga berkata, semua wanita perlu bekerja kuat dan turun padang bagi memastikan kerajaan akan datang adalah sebuah kerajaan yang bersih.
"Kita perlu lakukan perubahan dengan memastikan kerajaan yang bersih. Kita juga perlu bersihkan BN.
"
Sebagai wanita bukan sahaja perlu pastikan perubahan ini boleh dilakukan tetapi berjanji akan pastikan kerajaan juga ditukar," katanya yang juga merupakan ADUN Batu Tiga."
selain mereka, terdapat juga sekumpulan yang mendakwa diri mereka orang asli semenanjung bersama-sama dalam demonstrasi jalanan itu..
Artikel Penuh: -Klik Sini-
itu lah pakatan pembangkang.. dah tak ada modal sangat sampaikan orang asli pun digunakannya...
taktik yang biasa di amalkan mereka iaitu menuduh dengan pelbagai tuduhan kepada pihak lain untuk mengalihkan perhatian umum dari masalah dan kepincangan mereka sendiri..
kalaulah mereka nak sangat kerajaan yang bebas rasuah, apa kata mulakan dengan kerajaan negeri Selangor dahulu..
aku selaku rakyat Selangor meminta kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyokong tuntutan para pendemonstrasi ini dengan:
1. Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kecurian pasir yang berleluasa di Selangor.
2. Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes surat sokongan yang menyebabkan Teoh Beng Hock di panggil ke pejabat SPRM Selangor.
3. Mendedahkan Aset-aset Yayasan Selangor yang dijual.
4. Mendedahkan kepada umum nama-nama syarikat yang menerima tender dari Kerajaan Negeri seperti mana yang di buat oleh kerajaan pusat..
5. Mendedahkan senarai rumah-rumah urut dan pusat hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor sejak dibawah kerajaan negeri sekarang yang didakwa semakin berleluasa.
sekiranya kerajaan negeri boleh berbuat demikian maka barulah boleh exco-exco kerajaan negeri yang tak menyerlah di kalangan rakyat di DUN masing-masing itu boleh terus mencanang supaya mereka menjadi popular dan moga-moga dicalonkan semula pada PRU 13 nanti..
hahahahahahhhahah,,,,
Hmm... Melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..