20 Februari 2012
Saya berkeyakinan orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut.
Almaklumlah ultra kiasu sedang mencari calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan mereka bukan lagi parti perkauman, tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan Chinese first, tetapi Malaysian first.
Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayu pun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra kiasu ini masih tidak sedar diri.
Justeru, Melayu sepatutnya menjauhi parti perkauman ini yang boleh mengancam masa depan Islam, Melayu dan Raja. Orang Melayu tidak ada pilihan, melainkan sama ada memilih alternatif parti yang didominasi umat Islam, antara Pas dan Umno.
Jika Umno bukanlah pilihan, sekurang-kurang pilihlah Pas. Matlamat Pas jelas, walaupun dalam usaha mencapai matlamat itu masih samar, kerana terlalu banyak berpolitik dengan ultra kiasu sehingga tergadai prinsip.
PKR tidak boleh diharapkan sangat, mereka ini orang yang kecewa dengan Umno. Perangai dan perwatakan mereka tidak banyak beza. Bekas wartawan Melayu yang baru menyertai parti ultra kiasu sejak 21 Januari lalu berhujah, sejak bersekongkol dengan parti itu, beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Misalnya, solat berjemaah di masjid, menghadiri kenduri kahwin jiran dan berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah.
Nampak sangat hujah beliau seperti budak tidak bersekolah, tidak mencerminkan kewartawanannya. Islam baginya sekadar solat dan baca Yasin. Sedangkan Islam itu cara hidup. Saya syorkan Melayu ultra kiasu ini menyertai Pas jika terlalu kecewa dengan Umno.

Paling tidak, akan meningkat juga ilmu pengetahuannya mengenai Islam. Maaf, saya tidak menyentuh Umno sebab pada bekas wartawan ini, Umno dilihat terlalu hodoh, walaupun sebelum itu, beliau sendiri bekerja mencari rezeki anak isteri di bawah akhbar yang didakwa milik Umno itu. Apabila sudah kecewa dan bercerai, semuanya buruk.
Inilah perangai segelintir Melayu yang amat saya bimbang, sedangkan Islam melarang melakukan sedemikian. Terbaharu, ultra kiasu menghina nasihat pemimpin Islam yang melarang umatnya menyambut Hari Kekasih atau Valentine Day.
Pada mereka, hari tersebut begitu murni kenapa harus ditentang? Jawapan saya, Hari Kekasih tidak salah, tetapi berkasih sebelum nikah ketika tarikh itu salah. Maka kuserahkanlah segala-galanya, jiwa dan raga. Akhirnya, yang menjadi mangsa orang Melayu.
Dalam Islam, tidak timbul setahun sekali baru mahu berkasih. Setelah bernikah, berkasih-kasihlah setiap saat dan waktu. Sebenarlah budaya berkasih sehari adalah budaya jahiliah ultra kiasu.
Tiada ada halal haram, sebab itulah, mereka begitu bersungguh memperjuangkan hak asasi manusia, termasuk hubungan seks bebas, perkahwinan gay dan lesbian. Fikirkan kata-kata saya ini apabila menyertai parti ultra kiasu.
Bekas wartawan ini juga berkata, orang Melayu dilayan dengan baik ketika berada dalam parti ultra kiasu. Satu lagi hujah dangkal. Memanglah ultra kiasu perlu bersikap sedemikian. Jika awal-awal lagi mereka menutup pintu, pastinya Melayu ultra kiasu angkat kaki.
Jika benar-benar mahu menguji ultra kiasu ini, syorkan supaya letak ramai calon Melayu, termasuk beliau, di Bukit Bintang atau Ipoh Timur. Syorkan juga supaya parti ini menyokong undang-undang Islam untuk orang Islam sahaja, bukan untuk mereka.
Jawapannya pasti ada. Hujah beliau lagi, orang Melayu kini mula menyedari bahawa Umno dan BN bukan lagi parti memperjuangkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya kroni dan suku sakat mereka sahaja. Saya tidak nafikan, tetapi tidak seratus peratus benar. Berkali-kali saya menegur Umno dan BN supaya berubah sebelum rebah.
Perlu diingat juga, dasar Umno dan BN selama ini turut memberi peluang kepada orang lain termasuk ultra kiasu menikmati kek ekonomi sedia ada. Jika semua dilakukan Umno dan BN buruk, sudah tentu semua ultra kiasu dan parti pembangkang yang lain berada di bawah paras kemiskinan. Persoalannya, kenapa masih ramai yang kaya-raya? Adakah kerana usaha mereka semata-mata.
Sebenarnya, sistem yang sedia ada membenarkan mereka untuk menjadi kaya. Bagaimana pula dengan Kerajaan Negeri pimpinan pakatan ultra kiasu, bebaskah daripada kroni dan rasuah? Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja wajah ahli majlis dan tender dalam majlis perbandaran. Siapakah yang bolot dan menyapu semuanya itu? Jika tidak faham Islam, tanyalah pemimpin Pas.
Pasti rakan Pas akan memberi jawapan siapakah ultra kiasu itu sebenarnya? Buat sementara ini Pas tidak ada pilihan, melainkan bersama ultra kiasu. Jika Umno boleh berubah, saya yakin Pas akan meninggalkan ultra kiasu perkauman dan ultra kiasu Melayu ini.
Selepas itu, saya cadangkan saudara pula tinggalkan ultra kiasu itu, masuklah Pas, jika Umno bukan lagi alternatifnya.
*i

No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..