Semalam Datuk Seri Najib memohon maaf atas kesilapan Barisan Nasional yang lampau..
"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf,"
"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," Artikel Penuh -Klik Sini-
Manakala di pihak PAS pula melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan bahawa pemecatan Dr Hassan Ali memberi kesan minima kepada parti itu.
"Hasil wawancara tersebut, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif.
"Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, 9 Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan,"
"Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," Artikel Penuh -Klik Sini-
kalau ditanya pada aku, BN dari pada dulu memang sentiasa bermuhasabah dan tak takut untuk mengakui ada kelemahan dalam organisasinya. seringkali kita lihat mereka yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan oleh parti komponen masing-masing. Sebagai contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah di gantung keahliannya kerana politik wang. tak lupa kita kepada Datuk Seri Chua Soi Lek yang secara gentleman telah melepaskan jawatan dalam parti dan jawatan menteri setelah video skandal seksnya tersebar. ini aku lihat kerana BN tahu yang mereka adalah manusia dan manusia melakukan kesalahan. maka adalah perlu untuk memperbaiki kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.
Ini berbeza dengan PAS yang tak pernah mengakui berlaku ketirisan dikalangan mereka seolah-lah mereka itu maksum dan tak pernah melakukan kesalahan. mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengamalkan politik wang, rasuah mahupun melobi -klik sini-. mereka mengatakan orang lain mengamalkan rasuah tapi memberi wang zakat ketika pilihanraya manik urai tidak dikatakan rasuah. -klik sini-
Hari ini mereka tertampar lagi dengan sikap Datuk Seri Najib yang menunjukkan sikap ikhlas dan telus beliau kepada rakyat dengan memohon maaf dan menyatakan komitmen untuk memperbaiki kesilapan.
aku tak tahu samada tindakan itu bijak dari segi politiknya tapi pada aku seorang manusia yang hebat adalah orang yang berani untuk berubah... dan langkah terpenting dalam perubahan adalah dengan mengakui kesilapan yang dilakukannya...
Dan PAS hari ini terus dan terus tenggelam dalam penafiannya.. road show Dr Hassan Ali yang aku dengar sentiasa penuh dan aku yakin bukan sedikit ahli PAS dan penyokong PAS yang hadir menafikan hasil survey PPP itu. malah satu demi satu serangan keatas orang yang kononnya "tidak langsung menimbulkan reaksi negatif."
Sebelum ini, PAS melalui Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menuduh KBS menaja roadshow Dr. Hassan Ali. -klik sini-
Sebelum ini, PAS melalui Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menuduh KBS menaja roadshow Dr. Hassan Ali. -klik sini-
jika benar hasil survey PPP itu kenapalah beriya-iya cuba untuk menghentikan gerakan Dr Hassan Ali itu & memfitnah KBS menaja program-program Dr. Hassan Ali itu?
"Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu"
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..