SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, May 20, 2012

Muzakarah Dengan UMNO Hanya Sandiwara PAS..


Hari ini PAS melalui Presidennya menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO.

Musyidul Am PAS juga memberikan nada yang sangat lunak bila diminta untuk mengulas perihal muzakarah ini..

Tapi kenapa tiba-tiba muzakarah ini ditimbulkan semula dan mengapakah ianya berlaku sekarang?

Umum tau bahawa isu muzakarah ini bukan isu baru.. Dan nada mereka amat berbeza sebelum ini..

UMNO tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan PAS dan sentiasa menyatakan kesediaan berbincang untuk kepentingan ummah..

Nada yang berbeza kita boleh dengar dari PAS..

Datuk Bentara Diraja Nik Aziz Nik Mat pernah menyatakan bahawa beliau sanggup untuk bersekelongkol dengan Syaitan demi untuk menentang UMNO..

Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS pernah menyatakan beliau sanggup duduk dan makan babi bersama pemimpin DAP daripada duduk semeja dengan pemimpin UMNO..

Umat Melayu juga tidak lupa nasib Nassarudin Mat Isa apabila beliau mencadangkan muzakarah antara PAS dan UMNO..

Tidak lupa juga apa yang dihamburkan oleh PAS kepada Mufti Perak bila beliau mencadangkan PAS dan UMNO  Perak  bersatu selepas PRU 12 bagi menyelamatkan masa depan Umat Islam di Perak dari dikuasai oleh DAP..

Alasan demi alasan diberikan oleh PAS dalam menolak muzakarah dengan UMNO..

Haji Hadi pernah menyatakan PAS sudah menutup pintu perbincangan dengan UMNO selama-lamanya..

Musyidul Am PAS sering menjadi rekod rosak apabila mengatakan PAS pernah dibuang dari BN oleh UMNO selepas PRU pada 1974..Mungkin kerana usia, beliau terlupa yang kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada masa itu sudah tidak memegang jawatan lagi..

Sering juga di war-warkan bahawa UMNO dalam keadaan terdesak apabila menyatakan kesudian untuk bermuzakarah walaupun ianya dimulakan oleh dalam parti PAS sendiri..

Ternyata PAS hari ini sudah tersepit di dinding apabila melihat sokongan orang melayu dan Islam kini mula menjauhi mereka..

Sebab itu mereka sudah mula memainkan isu terdesak seperti Hudud dan Muzakarah..

Mereka melihat hari ini itulah senjata yang boleh mereka gunakan apabila rakan-rakan pakatan mereka sudah tidak segan-silu membuli PAS..

Maka aku tidak terkejut jika mereka akan memberikan alasan yang pelbagai bagi mengelak muzakarah ini berjaya dengan meletak pelbagai syarat yang mengarut bila melihat rakan pakatan mereka sudah mula mahu berkompromi dan membohongi penyokong mereka dengan meletakkan kesalahan terhadap UMNO..

Aku juga tidak terkejut jika alasan basi seperti cerita UMNO pernah membuang PAS dari BN diulang semula oleh Musyidul Am PAS dan pemimpin-pemimpin PAS yang sudah pasti akan rugi jika PAS dan UMNO berkerjasama..

Tun Dr Mahathir pernah menyatakan kerjasama PAS & UMNO tidak akan berlaku kerana keegoan PAS itu sendiri..

Selepas itu kita akan lihat kebongokkan orang yang taaksub pada Nik Aziz dan dangkal tentang agama menghalalkan tindakan PAS itu..

Soalannya: adakah kita salah seorang dari mereka atau kita akan tergolong dari kalangan yang diperbodohkan oleh mereka..


No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..