aku sendiri dah menyebutnya ketika aku menghantar surat aduan tentang penempatan haram ajaran sesat Dataran Merdeka tapi jelas dan terang di tolak oleh mereka yang sempit pemikirannya..
setelah banyak bantahan dari pelbagai pihak tapi masih lagi berdegil..
walaupun telah diberikan tempat alternatif tapi masih lagi tidak mahu menggunakan tempat lain..
kini selepas masalah timbul, mulalah sesi menunding jari.. Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga yang terkenal dengan sokongan terhadap LGBT dan pernah menjadi peguam kepada Azlina Jailani untuk membuang perkataan ISLAM dalam kad pengenalannya kini menunding jari kepada Unit Amal PAS yang mengetuai rempuhan yang dibuat oleh PDRM.. -klik sini-
DSAI dan pakatan pembangkang seperti biasa menyalahkan UMNO dan PDRM atas apa yang terjadi..
PAS hanya mendiamkan diri dan menerima segala beban menanggung kesalahan yang diberi...
tapi rakyat tidak bodoh.. rakyat tak boleh ditipu lagi... penyokong BERSIH sendiri telah bersuara untuk menghentam DSAI dalam sidang akhbarnya sendiri..
wartawan yang selalu bersama dengan DSAI juga menghentamnya dengan soalan-soalan mengenai "isyarat tangan" kepada Azmin Ali serta bisikan Azmin kepada lelaki India yang memulakan rempuhan..
aku agak mual membaca blog-blog dan FB juak-juak pembangkang yang cuba menghalalkan apa yang terjadi pada 28 April lalu..
kononnya polis memulakan provokasi.. kononnya ketika tersasar selepas dibaling batu dan kereta dipijak, kereta polis melanggar ibu mengandung yang berada di tepi jalan dan membuatkan mereka memukul polis tersebut..
kalau benar dakwaan itu, dimanakah ibu mengandung yang dilanggar itu? hospital manakah yang dihantarkan ibu itu? kalau benarlah wujud seperti yang diceritakan oleh juak-juak penjilat itu, sudah tentu Harakahdaily, Suara Keadilan dan Malaysiakini akan menayangkan muka ibu tersebut dan mengangkat dia seperti Virgin Mary..
akhirnya, PDRM keluar dengan kenyataan media dan video mereka sendiri yang menghapuskan segala dakwaan dan tohmahan terhadap mereka..
hari ini rakyat dah lihat sendiri dengan mata kepala mereka mengenai apa yang mereka gelar sebagai BERSIH tapi sebenarnya sekotor tohmahan yang mereka lempar..
hari ini rakyat perlu membuat keputusan samaada mahu menerima atau menolak mereka yang sebegini...
hari ini rakyat perlu mengatakan pendirian mereka untuk menolak golongan yang kononnya menggunakan nama rakyat untuk kepentingan politik dan peribadi masing-masing..
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..