Dakyah Suara Keadilan :FELDA BANGKRAP |
hasilnya amat memeranjatkan.. warga FELDA Gunung Besout sangat mengalu-alukan "Durian Runtuh" yang diusahakan oleh kerajaan untuk warga FELDA..
Banner menggunakan Spray menandakan sokongan kepada PM |
mereka tidak menunggu peruntukan dari mana-mana pihak untuk menyatakan rasa terima kasih dan sokongan mereka..
aku difahamkan ini adalah inisiatif generasi muda FELDA Gunung Besout dengan sokongan dari peneroka-peneroka yang ingin menggalakkan anak-anak mereka supaya tidak lupa akan kesenangan dan kemewahan hari ini adalah hasil keringat mereka dan hasil dari rancangan jangka masa panjang kerajaan..
Banner yang diletak di simpang masuk FELDA Gunung Besout 1 |
warga FELDA Gunung Besout juga mengatakan bahawa mereka faham serta menerima hasrat baik kerajaan untuk menjadikan mereka bukan saja sebagai peneroka malah kini mahu mereka menjadi pelabur dalam bidang saham pula..
mereka juga faham bahawa saham yang ditawarkan kepada mereka bukannya percuma dan perlu di beli. mereka juga faham bahawa ini bukan satu bentuk paksaan tapi galakan supaya warga dan generasi FELDA yang seterusnya tidak ketinggalan..
yang lebih menarik lagi adalah apabila mereka tanpa ragu-ragu dan segan silu meletakkan banner-banner mereka di papantanda serta menggunakan tiang-tiang bendera PAS sebagai tiang pengikat tali banner mereka..
Banner Sokongan Kepada PM diikat pada tiang papantanda PAS Gunung Besout 1 |
Jelas mereka, ini adalah untuk menyatakan kepada PAS bahawa mereka tidak akan menerima sebarang dakyah dan pembohongan PAS mengenai "Durian Runtuh" yang mereka nikmati selama ini.. ini juga adalah sebagai amaran kepada PAS agar tidak memecah belahkan masyarakat FELDA yang selama ini kukuh dan utuh menyokong pimpinan negara..
itu adalah dari warga FELDA yang selama ini percaya dan yakin pada kepimpinan UMNO dan BN.. mereka ini adalah golongan yang berani untuk menghadapi cabaran dan kepayahan maka hari ini berjaya menjadi masyarakat yang mampu menyumbang kepada negara..
TAHNIAH FELDA..!!! TAHNIAH FELDA GUNUNG BESOUT..!!!!
hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..