SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, April 19, 2009

Aku Seorang Racist... Jawapan untuk Pamie...

Pamie said...
ok bai, aku dah bace entry ko kali ni..bagus analogy ko.wat aku senang nak pham ape yg ko cuba sampaikan..tp bai, aku x bape berkenan ngan segala kepentingan yg diberi kat org melayu..keistimewaan masuk uni, biasiswa etc..seme ni kalu kite sedar ke x, wat org melayu makin mundur dari aspek semangat bersaing. sbb diorang duk dlm "bubble"..dlm safe & comfort zone..cuba tanye org2 melayu kat uni,nape diorang mls studi & rela pi tgk wayang time2 nak exam? diorang akan jwb "alaa..dpt rendah pon still dpt biasiswa, still dpt itu ini..watpe nak tinggi2..?"sorang member chinese aku ckp, diorang kene fight giler2 sbb utk diorang,kalu dpt 10A pon blom tentu dpt masuk IPTA or dpt biasiswa..so diorang kene berusaha giler2 utk jd the best..So skang sape yg salah bila melayu makin layu?
April 19, 2009 4:51 PM


terima kasih Pamie untuk komen kau tu... aku amat hargai pandangan kau... sekurang-kurangnya aku tahu yang aku tak bercakap seorang diri...

dalam banyak-banyak Melayu yang kau jumpa, berapa ramai yang macam tu?
berapa ramai yang mengambil mudah bantuan-bantuan yang di beri?
dan berapa ramai pula yang bersyukur dengan peluang yang mereka dapat?
bukankah biasiswa dan pinjaman hari ini ada CGPA minima sebagai syarat untuk terus mendapat biasiswa dan pinjaman tu?

Berapa ramai juga lagi yang sedang menunggu peluang tetapi tak dapat peluang tu?
pada pendapat kau, rasanya ramai tak melayu yang layak tapi tak dapat masuk ke IPTA atau mendapat biasiswa?kalau kau katakan lebih ramai layak masuk ke IPTA banding tak dapat masuk...

atas asas apa kau nak kata macam tu?cuba kau tengok website KPM dan bandingkan peratusan melayu yang dapat masuk ke IPTA dgn Melayu yang dapat keputusan cemerlang dalam SPM setiap tahun...


memang aku setuju dan aku sendiri nampak keadaan yang kau katakan tu..

memang aku sedar yang terdapat golongan yang tak menghargai apa yang mereka dapat hari ni..

kau boleh tengok dalam entry-entry aku sebelum ni yang mengatakan tentang masalah ini...

golongan ini aku katakan sebagai mereka yang memandang keistimewaan dan peluang yang di berikan itu sebagai kekal dan lupa matlamat sebenar mereka di beri keistimewaan yang hari ini di panggil HAK...

kau rasa mampukah kita hantar pelajar melayu ini keluar negara tanpa bantuan dan keistimewaan ini?

kau rasa mampukah negara ini mencapai matlamatnya untuk memastikan hasil negara dapat di nikmati bersama tanpa bantuan ini?

takkan kita perlu menarik balik bantuan yang masih diperlukan semata-mata kerana golongan yang pernah mendapatnya tidak menghargai dan mensia-siakannya...

perlukah kita menghukum generasi selepas ini hanya kerana kedangkalan generasi sebelumnya?

Pamie..

aku suka untuk melihat sejarah kerana perkara yang lepas itulah yang menjadikan kita hari ini...

1999... kerajaan telah menghapuskan sistem quota dalam pengambilan pelajar ke IPTA dan menggantikannya dengan sistem meritokrasi kecuali dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan beberapa bidang ikhtisas lain..

kerajaan juga telah membuka quota 10% kemasukan ke MRSM kepada bukan melayu untuk mewujudkan persaingan...

penambahan peruntukan pinjaman JPA untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar tak kira kaum...

itu semua telah membuka mata banyak pihak tentang keperluan untuk bersaing.. membuka mata golongan muda supaya tidak memandang remeh peluang dan keistimewaan yang di berikan...

tapi... semua usaha ini juga bergantung pada mentaliti serta persepsi rakyat itu sendiri...
bukan hanya orang melayu... malah seluruh rakyat Malaysia...

orang melayu perlu menghargai peluang dan keistimewaan yang ada untuk menjadikan mereka relevan dalam arus pembangunan negara...

bukan melayu pula perlu bersama-sama untuk memastikan ini tercapai dengan bersama-sama memikirkan dan melaksanakan agenda nasional ini...

dan seluruh rakyat Malaysia harus bersatu dan tidak termakan omongan golongan oportunis yang menggunakan pelbagai 'tagline' dan slogan yang kononnya tidak racist tapi sebenarnya amat-amat bersifat perkauman dan menindas...

jadi.. aku harap sangat kita sebagai rakyat yang menentukan masa depan negara ini benar-benar mantang seperti yang digembar-gemburkan oleh media dan orang-orang yang mengaku 'interlek' yang sebenarnya bodoh atau cuba memperbodohkan masyarakat hari ini....
hmm.. Melayu...

4 comments:

  1. Aku berckp atas dasar pemerhatian aku..aku rase ko pon akan setuju ngan aku bai, sbb ko pon slalu ckp dlm blog ko yg melayu kene bangkit and bla bla..meaning that org melayu mmg tgh down giler..ko tgk dlm ramai2 yg duk main motor jd mat rempit, sape diorang tu? majoriti org melayu bai..tu blom tgk yg jd bohsia, yg duk dlm pusat serenti...aku kadang2 sedih bila pikir psal ni, takut kalu nnt anak2 aku pon jd camtu..

    sbnarnye bai, ape yg aku nak utarakan kat sini bukan masalah kelebihan org2 melayu dan hak2 kita..tp aku tak berapa suka bila ade org terlalu agungkan melayu. kita kat malaysia ni berbagai bangsa, kene bersatu bawah satu naungan yg akan merentasi segala perbezaan yg ada antara kita. bukan kita makin api-apikan perbezaan ni..kalu camtu bersatu padu antara kaum akan jd satu fantasi jela..btul x bai?

    cuba kita pikir, umno perjuangkan hak org melayu giler2..agak2 org cina akan sokong x satu parti yg x perjuangkan hak diorang? same ngan org melayu, agak2 kita akan sokong x MIC or MCA yg sah2 perjuangkan hak bangsa mereka..sure la kita pon x sokong..

    So kita kene cari satu medium atau naungan yg merentasi fikrah dan perbezaan antara kaum, yg tidak bezakan warna kulit atau saiz mata..naungan camtu yg sbnarnye yg kita kene api-apikan kat negara kita ni..so that kita seme bleh bernaung kat bwh satu naungan yg x pandang perbezaan luaran kita..

    So persoalannya skarang ialah..ade ke naungan seperti tu?

    ReplyDelete
  2. bot....bukan MRSM, tapi pembukaan kuota 10% pada Matrikulasi under KPM...

    komen aku??? Tun Mahathir sendir pernah berkata, MELAYU pada masa kan datang perlu menghapuskan kuota2 keistimewaan ini...persoalannya bile???

    bagi aku, setiap perkara yang ingin kita bina, pasti akan ada sesuatu yg runtuh....samalah isunya dengan PPSMI...
    jika kita mahukan kemajuan yang moden dlm sesebuah bandar, pasti kita akan mengalami sedikit sebnayk kejatuhan moral.....the point is, setiap yg berlaku ada pro dan kontranya...

    mungkin kita semua akan berkata, ianya bukan begitu..ambillah contoh diatas keruntuhan kota Melaka, kita dirikan Putrajaya...tapi cuba kita lihat balik, ada juga sesuatu yg hilang atas berdirinya Putrajaya itu....

    maaf, aku bukan nak bermadah...tapi aku rasa ini realiti yg harus kita tempuhi...setiap dr kita mempunyai pandangan berbeza...aku setuju dengan ulasan dan pandangan kau...cuma di suatu sudut lain, mereka juga benar...entahlahhh...

    cuba baca buku "saya pun Melayu" dari Zaid Ibrahim...menarik bro...

    ReplyDelete
  3. setuju ngan pendapat lieliq..bila keistimewaan org melayu nak dihapuskan?..time tu maybe kita sedar yg selama ni kite sbnarnye sgt dilindungi oleh keistimewaan dan kepentingan peribumi org melayu..sampai kita lupe untuk berusaha dan bersaing..

    Ape ade pada melayu?(sgt kontroversi..hehe)

    ReplyDelete
  4. kalau ko nak tau apa ada pada melayu.. ko kena la FAHAM definisi melayu tu..

    rasanya ko boleh baca dalam salah satu entry aku... kalau rajin nak baca la...

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..