sering sangat aku dihujani soalan yang aku paling malas nak jawab.. seringkali aku ditanya sampai bila bantuan pada orang melayu akan diteruskan...
aku bukannya marah orang yang bertanya.. tapi aku bosan untuk menjawabnya kerana aku yakin soalan itu hasil dari mendengar omongan dan kempen yang dicanangkan atas nama kesaksamaan dan atas nama meningkatkan daya saing...
pertamanya.. persoalan ini timbul apabila dikatakan orang melayu selama ini tak menghargai bantuan dan keistimewaan yang diberikan.. menyebabkan hilang daya saing dikalangan orang melayu.. benarkah begitu?
keduanya.. persoalan ini timbul apabila dikatakan wujud ketidakadilan disini kerana dikatakan bukan melayu banyak menyumbang tapi dapat sedikit... adakah ini pernah berlaku?
ketiganya.. persoalan ini timbul apabila kerajaan yang diterajui UMNO di labelkan sebagai perkauman dan hanya menegakkan hak satu kaum... MIC dan MCA bagaimana?
sememangnya aku malas nak jawab kerana aku rasa mereka ini hanya sebagai burung kakak tua yang hanya tahu mengulangi apa yang mereka dengari.. hanya mempercayai sumber dari blog dan laman-laman sembang.. seterusnya mereka membawanya ke meja makan, pejabat, kelas dan seterusnya dijalanan...
RETORIK... perkara yang diulang-ulang sebut oleh ramai orang dan akhirnya menjadi kepercayaaan walaupun tidak benar sekalipun..
ayat seperti "dah semua orang cakap macam tu, mestilah betul" atau "kau tengok sekeliling kau, semua orang pun fikir macam tu"...
ye la, kalau asyik didengar perlahan-lahan akan termakan juga..
budaya popular yang dipelopori barat seperti American Idol, So You Think You Can Dance kini menular dalam masyarakat kita walaupun bukan peminat Akedemi Fantasia ataupun One In The Million...
orang akan menyokong sesuatu yang popular daripada yang benar.. kerana dalam fikiran masyarakat hari ini, popular itulah benar walaupun sebusuk mana sekalipun...
omongan yang melayu itu malas.. melayu itu tak berdaya siang... melayu itu takut cabaran...
maka bagi memberikan cabaran dan daya saing, bantuan itu perlu ditarik...malah akan memberikan keadilan keada semua...
puluhan malah ratusan kali aku dengar tentang perkara ini.. di blog, web portal, akhbar, malah dimulut sahabat-sahabat aku sendiri...
tapi hanya amat-amat jarang di war-warkan ialah perkara-perkara yang dilaksanakan untuk melahirkan daya saing, pengurangan quota, dan pembukaan MRSM dan Matrikulasi kepada bukan melayu sebagai langkah kearah itu di sebut oleh orang-orang itu tadi...
jarang juga aku dengar kejayaan atau peningkatan daya saing dalam bidang perniagaan, kejayaan penyelidikan sains dan peningkatan dalam bidang akedemik oleh orang melayu yang dicanang berulang-ulang kali...
benar.. masih lagi melayu itu di belakang tapi telah terbukti peningkatannya... jadi kenapa perlu dihentikan jika kita sendiri nampak kejayaan dasar-dasar itu..
sebab itu aku sering tanyakan.. siapakah yang akan mendapat keuntungan dari pergolakan ini?
siapakah yang akan berjaya bila hentikan bantuan dan keistimewaan ini?
jadi.. jika bukan bila... apakah soalan yang sepatutnya ditanyakan?
pada pandangan aku yang kecil ni.. soalan yang sesuai di tanyakan ialah, apa lagi yang boleh dilakukan untuk membolehkan matlamat dasar dan keistimewaan yang di berikan itu mencapai matlamat asalnya..
janganlah kita termakan kata-kata orang yang cuba menangguk di air yang keruh, orang yang cuba memesongkan matlamat kita dengan menimbulkan isu-isu yang sebenarnya tidak wujud...
kerana kita sendiri dah nampak kesannya mendengar dan termakan kata-kata golongan oportunis ini...
yang untungnya mereka..
yang ruginya, kita... bukan melayu.. bukan cina atau india... tapi Malaysia keseluruhannya...
Hmm.. Melayu..
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55.. ...
-
ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 20...
-
Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan.... Masa Depan...?? Aku pun tak pasti apa...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Tuesday, April 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..