Penjelasan Najib hari ini
PUTRAJAYA 14 April - Mesyuarat Kabinet pertama esok akan menjadi platform kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan maksud menyeluruh konsep Satu Malaysia yang menjadi gagasan pentadbirannya.
Beliau pada masa sama juga menyifatkan kenyataan pemimpin MCA dan MIC mengenai 'kedudukan wakil mereka' dalam Kabinet sebagai suatu bentuk pandangan yang penyelesaiannya tertakluk kepada keputusan muktamadnya.
''Saya akan terangkan nanti kepada Kabinet esok dan terangkan kepada pengarang-pengarang (kanan media) nanti apa yang kita maksudkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bagi Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai tindakan pihak tertentu termasuk pembangkang menyamakan konsep Satu Malaysia dengan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang khususnya DAP.
Konsep Satu Malaysia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbiran baru beliau bertujuan memastikan tiada golongan atau kaum terpinggir di negara ini.
Sedangkan Malaysian Malaysia dikatakan boleh mengugat kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu.
Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dalam perutusan sulung sebagai Perdana Menteri keenam 3 April lalu, Najib memaklumkan proses kajian semula terhadap ISA akan dimulakan bertujuan mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib yang menjaga keselamatan negara.
Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Pengajaran dari Permatang Pauh Oleh SOBRI SUDIN Permukiman penulis selama dua minggu di Permatang Pauh mulai 12 Ogos sehingga 26 Ogos menyak...
-
Hari ini kita dikejutkan oleh satu lagi fenomena alam yang mengancam kualiti kehidupan kita.. saban tahun kita di landa masalah jerebu y...
-
TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu...
-
FAKTA MENARIK TENTANG MALAYSIA Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut...
-
Kemarahan pelajar kian memuncak membantah KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kemarahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) ekoran isu membuka insti...
-
Tahukah anda? anda boleh momohon bantuan kewangan jika tidak mampu untuk membiayai kos perubatan anda??? GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANT...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Wednesday, April 15, 2009
Satu Malaysia vs Malaysian Malaysia...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..


No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..