SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, April 11, 2009

Melayu Mudah Lupa...


aku baru balik dari Kuala Gula... satu kawasan yang aku sendiri tak pernah dengar sebelum ni... kawasan yang aku percaya ramai yang tak tahu kewujudannya....
Kuala gula terletak di kawasan yang terpencil.. jalannya tak menghala ke mana-mana..
penduduknya terdiri dari melayu yang kebanyakannya tinggal di Kampung Tersusun Kuala Gula.. india yang tinggal di ladang sawit dan cina yang tinggal di pekan...
ekonominya?
melayu majoritinya nelayan pesisir.. menangkap ketam, ikan, dan kerang serta siput...
indian bekerja di ladang sawit..
dan cinanya tinggal di pekan dan mengusahakan udang kering, perniagaan dan nelayan laut dalam....
kemudahan?
sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil dan sekolah kebangsaan..
tiada pengangkutan awam masuk ke sana...
poliklinik yang doktornya datang sebulan sekali...
ada santuari burung dan chalet yang di kendalikan oleh perhilitan untuk menggalakkan pembiakan burung...
ada juga persatuan sahabat bakau yang bermatlamat mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan paya bakau...
mereka juga menjadi sumber pendapatan sampingan kepada penduduk melayu apabila melalui program penanaman semula bakau....
apa yang menarik di sana?
sekali pandang tiada apa yang menarik di Kuala Gula...
pekan biasa yang tiada sebarang kepentingan...
kampung dan ladang yang tidak menarik...
mudah saja untuk berpatah balik walaupun sekadar berada disana tak sampai sejam...
tapi kalau sesiapa yang membuka hati dan mindanya, nescaya akan melihat bukan sekadar memandang....
ada 3 sekolah di Kuala Gula...
sekolah jenis kebangsaan cina, jenis kebangsaan tamil dan sekolah kebangsaan...
yang menariknya... sekolah jenis kebangsaan tamil hanya ada SEORANG MURID tahun enam sahaja...
kenapa agaknya dia tidak dimasukkan ke sekolah kebangsaan yang bukannya jauh sangat.... hmm... bukan semangat perkauman rasanya.... hahahahahaha... ye la, kan melayu saja yang perkauman di Malaysia ni...
di pekan Kuala Gula ada perumahan yang kebanyakannya terdiri dari kaum cina.. mereka di sana menyatakan perumahan tersebut bukannya sekadar untuk orang cina tapi orang melayu yang tak mahu membeli rumah yang di buat....
memang benarlah kata mereka tu... melayu memang tak mahu membeli rumah disana..
ye la, harga rumah setinggi RM200,000 sudah tentu tidak mampu nak di beli oleh keluarga yang hanya bergantung hidup pada hasil pesisiran pantai...
yang menjual ketam pada peraih dengan harga RM12 sekilo untuk ketam betina dan RM9 untuk ketam jantan..
berbanding dengan nelayan cina yang mampu memiliki bot laut dalam yang hasilnya pasti lebih banyak...
walaupun telah di beri diskaun 45% pun (kira-kira RM90,000) sudah tentu jauh dari kemampuan golongan nelayan melayu ini...
kenapa ya di buat rumah yang mahal-mahal sedangkan luar dari kemampuan sesetengah pihak... mampu pula golongan cina luar bandar yang dikatakan miskin untuk membeli rumah semahal itu... hmm.. kenapa ya...
Sekolah Kebangsaan Kuala Gula pula di lengkapi dengan makmal komputer, bangunan 3 tingkat dan kelas OKU yang menempatkan 8 orang pelajar termasuklah 4 beradik yang lumpuh akibat dari penyakit saraf...
komitmen kerajaan untuk memperkasakan sekolah luar bandar setanding dengan sekolah di bandar...
ibubapa mereka pula nampak kepentingan pendidikan kepada anak mereka untuk mengubah nasib agar jadi lebih baik...
PIBG yang di pengerusikan oleh ketua kampung sendiri berusaha untuk mendapatkan sebanyak mana bantuan untuk sekolah..
DILUAR SANA...
selalu aku dengar di gembar-gemburkan yang melayu hari ini dah senang, tak seperti dulu.. sudah tidak perlu tongkat lagi.. memalukan bila di beri bantuan...
kata mereka melayu hari ini sudah mampu pakai honda, toyota camry, BMW, mata belalang...
kata mereka melayu hari ini dah mampu menghantar anak mereka ke luar negara tanpa bantuan kewangan..
melayu hari ini dah tak perlukan bantuan...
ayat-ayat itu pada aku biasa aku dengar..
yang baru pada aku, ayat-ayat ini di canang oleh orang melayu sendiri...
memang aku akui yang melayu hari ini lebih baik dari dulu...
memang aku akui yang melayu hari ini dah mampu tersenyum...
memang aku akui yang melayu hari ini dah meningkat...
tapi itu kalau kata tengok dari tingkap hidup kita...
cuba keluar dari tingkap itu...
tengok bumi Malaysia yang luas ni...
tengok berapa ramai lagi melayu yang masih di belakang...
memang betul... ada ramai kaum cina yang miskin... tapi... adakah mereka lebih miskin dari orang melayu yang miskin?
melayu mudah lupa... hmm.. melayu..

1 comment:

  1. wow... Botak.. aku x sangka ko dah sampai ke Kuala Gula sana... Trima kasih kerana mendedahkan entri yang bisa membuka kotak minda aku yg slama ni pun ingat Melayu kta sudah berupaya mengubah haluan kta ke arah yang setanding ngan kaum lain..

    Haih... Melayu mudah lupa... Bukan kerana tiada akal utk mengingati... Tp terlalu manja dengan hak keistimewaan yang telah diberi... Jgn ingat melayu akan sentiasa mendapat tempat dan rasa selamat wpun di tpt sendiri.. Kalau asyik leka dan x berusaha dengan gigih lagi.. Mmg laa akan tumbang di tpt sendiri dan jauh ketinggalan berbanding kaum lain... Bila sultan tidak lagi berkuasa.. Bila kerajaan majoritinya bukan orang kita.. Masa tu sape nak tolong? Nak pindah ke mana? Nak cari duit kat mane? Itulah kesannya bila kta tdak sentiasa beringat...

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..