Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
PUTRAJAYA 14 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bahawa kenyataannya mengenai kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini adalah tepat dan tidak mengelirukan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataannya itu bagaimanapun mungkin sengaja diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina.
Tegasnya, perbuatan itu adalah serius yang sekali gus menyebabkan imejnya dipandang buruk oleh masyarakat Cina.
''Saya bercakap dengan Tee Keat dan dia menyatakan tiada sebarang kesalahan dengan kenyataan itu.
''Saya telah nyatakan dengan jelas dan tepat tapi jika ada pihak yang memutarbelitkan, ia perbuatan serius," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin MCA, Gerakan serta DAP yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya dalam ruangan Wawancara di Mingguan Malaysia Ahad lalu.
Mereka mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang bermaksud kaum Cina di negara ini tidak menghargai segala sumbangan Barisan Nasional (BN) dengan mengundi parti pembangkang pada pilihan raya kecil baru-baru ini.
Menurut Muhyiddin, mereka sepatutnya melihat kenyataan berkenaan dalam konteks keseluruhan dan bukan sekadar memetik daripada beberapa ayat.
Jelasnya, dalam kenyataan itu, beliau hanya menganalisis keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan ia tidak mencerminkan sokongan pengundi Cina di seluruh negara.
Beliau menambah, analisis sedemikian dibuat oleh BN pada setiap pilihan raya dan kadang-kala hasil yang diperoleh terpaksa dinyatakan secara terbuka walaupun ia agak sensitif.
''Dalam analisis itu, ternyata sokongan pengundi Cina di Bukit Gantang merosot berbanding pilihan raya umum 2008.
''Itu sebab saya kata seolah-olah sumbangan BN tidak dihargai mereka dan kita perlu tahu kenapa pemikiran kaum Cina sebegitu," katanya.
rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
aku harap sangat semoga umat melayu yang mengakui dirinya Islam supaya sedar akan keadaannya hari ini...
kalau dirinya berasa gembira kerana kononnya rakyat telah menghukum kerajaan malah bertepuk tangan apabila kerajaan hari ini tewas di Permatang Pauh...gagal mempertahankan Kuala Terengganu... serta tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau... maka fikirkan sejenak....
akibat dari lemahnya kerajaan hari ini maka melayu terpaksa menagih sokongan bukan melayu...
PAS terpaksa menyokong malah menghalalkan apa saja yang di lakukan oleh sekutunya DAP...
Mempermainkan isu Hudud yang selama ini di tempelakkan kepada UMNO kerana kononnya tidak memperjuangkannya.. Hari ini... mengakui pula terpaksa menunggu "lampu hijau" dari sekutunya yang terang-terang menolak pembentukan negara Islam yang dicanang oleh PAS sebelum ini.. (sekurang-kurangnya sebelum PRU12)..
Isu Zakat yang dihalalkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang melalui dalil-dalilnya yang aku tidak pertikaikan tapi aku soalkan kenapa selama ini tidak dilakukan di Kelantan....
hari ini, seorang beragama kristian telah menggunakan ayat-ayat Allah di pentas-pentas ceramah yang terang-terang tidak betul sebutannya apatah lagi maknanya dan seorang Musyidul Am telah menghalalkannya dengan mengatakan ianya untuk belajar... sejak bila belajar Al-Quran boleh sesuka hati menyebutnya....
semua ini kerana golongan minoriti hari ini menjadi penentu... maka sebagai balasan, tuntutan mereka harus di penuhi, hati mereka perlu di menangi..
dan Harganya?
terhakislah apa yang di pertahankan selama ini... mereka yang selama ini hanya memandang sudah mula meminta sesuatu yang bukan hak...
meminta kemahuan bukan keperluan...
tapi hari ini kita masih ada pilihan...
bersatu dan rapatkan barisan...
atau berpecah dan mengemis dibumi sendiri...
ada yang berkata pada aku, tak tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah... pada aku tak ada pihak yang betul atau salah lagi...
yang hanya ada adalah pihak yang tetap dengan perjuangan dan pihak yang mengambil kesempatan...
jadi... pilihlah dengan bijak...
kerana pilihan itu akan menentukan masa depan... hmm.. Melayu...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..