aku terbaca tulisan seorang sahabat aku, Farah mengenai PPSMI... pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris...
rujuk: http://farawithlove.blogspot.com/2009/04/ppsmi.html
aku ni dah banyak kali mengambil entry-entry dari blog Fara sebab kebanyakan isinya menarik... mungkin kerana dia mempunyai pandangan yang agak lebih luas berbanding aku..
mungkin kerana dia pernah belajar ke luar negara dan melihat sendiri dunia luar berbanding aku yang hanya merangkak di bumi sendiri dan hanya melihat dari kaca mata orang kebanyakan...
kata Farah... "Tapi yang farah agak pelik, farah rasa mereka2 ni sblum ni lah jugak yang tak suka bahasa melayu sbgi bahasa rasmi Malaysia, tp bila sampai bab pembelajaran dalam bahasa inggeris, mereka tentang. Farah ingat mereka suka lah sebab kita dah tak guna bahasa Melayu lagi."
1st.. Bahasa Kebangsaan.. bukan bahasa rasmi...
rujuk : perlembagaan persekutuan, perkara 152 (1) Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan.
mengenai penentangan mereka terhadap PPSMI ni baru je kita dengar.. lebih-lebih lagi selepas pilihanraya umum ni...
tujuannya, aku pun tak tahu.. tapi yang aku tahu.. sejak di perkenalkan PPSMI, kertas soalan matematik dan sains hanya ditulis dalam bahasa melayu dan inggeris.. bukan lagi bahasa melayu dan bahasa tamil atau mandarin..
yang melayu pula, alasannya pelbagai...
pejuang bahasanya berkata PPSMI menyebabkan bahasa melayu terpinggirlah..
pengkajinya berkata PPSMI menyebabkan melayu luar bandar tidak mampu menguasai kerana persekitaran luar bandar tidak menggalakkan bahasa inggeris...
pendidiknya berkata ilmu tidak dapat di sampaikan dengan baik kerana pelajar tidak faham....
ada juga yang aku lihat membandingkan negara kita dengan negara maju seperti Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ilmu...
i.e : ini hanya hasil dapatan yang aku dengar dan lihat di kaca televisyen, blog, portal berita dan maklumbalas rakan-rakan... sahabat-sahabat dan rakan-rakan boleh rujuk mana-mana sumber untuk melihat sendiri apa kata mereka dan mendengar hujah yang lebih jelas..
aku pun tak tahu... kalau nak dikatakan bahasa melayu terpinggir, jom kita lihat logiknya..
disekolah rendah contohnya.. mata pelajaran yang diajar dalam bahasa melayu ialah : Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Moral, Kajian Tempatan, Musik, Pendidikan jasmani... 6 mata pelajaran.. dalam bahasa inggeris : Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains... 3 mata pelajaran...
jadi... logiknya.. bahasa melayu masih lagi digunakan dengan meluas di sekolah.... dan aku percaya, cikgu-cikgu juga bercakap dengan murid-murid dalam bahasa melayu di luar kelas, di perhimpunan dan di luar sekolah...
dimana terpinggirnya bahasa kebangsaan?
pelajar luar bandar tidak mampu menguasai kerana persekitaran? ini agak kelakar aku rasa... kerana kalau aku lihat sebelum ini pun, pelajar luar bandar tetap juga tak mampu bersaing...
masalah bahasakah?
penyampaian? sekarang ni masalah PPSMI ke atau cikgu tu yang tak menguasai bahasa...? ada juga yang dengar menyatakan mereka sudah mengajar bertahun-tahun dalam bahasa melayu & sukar untuk menukarnya dalam bahasa inggeris...
ini lagi satu sikap sesetengah pendidik hari ini.. mereka beria-ia menyuruh murid-murid untuk menguasai ilmu baru, sentiasa bersedia untuk berubah dan tidak mengharapkan dunia berubah untuk mereka tapi sayangnya mereka sendiri tidak menghayati dan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat...
mereka sendiri tidak mahu berubah dan membuat perubahan... mereka cuba menanamkan sesuatu yang mereka sendiri tak amalkan...
bukankah hipokrit dan pentingkan diri namanya tu?
golongan yang menbandingkan Malaysia dengan Jepun atau pun mana-mana negara maju pada aku samada mereka ni BODOH atau cuba MEMBODOHKAN....
bodoh kerana hanya mendengar dari orang lain dan mengiakan sahaja dan yang membodohkan pula cuba menyembunyikan hakikat dengan memutarbelitkan fakta..
aku tertarik dengan kata-kata Farah... "Janganlah nak bandingkan dengan negara2 lain yang kita memang sedia maklum yang mereka ni sangat hebat dalam sains dan teknologi. Yela mereka semua tu dah merdeka jauh lebih lama dari Malaysia, dah tentulah mereka mampu membina negara dengan lebih baik. Jangan bandingkan.... TAK SAMA."
kepada yang tak tahu... Jepun telah melaksanakan polisi buka pintu jauh sebelum perang dunia pertama lagi... setelah jatuhnya kerajaan tokugawa dan bermulanya era meiji.. jepun telah menyusun semula masyarakatnya dan membawa masuk perubahan sebanyak-banyak yang boleh... pengharaman pemakaian pedang dan golongan shogun di hapuskan.... pakaian dan budaya luar di perkenalkan...
maka Jepun hari ini kita lihat mampu untuk mencipta teknologi terkini...
jika hari ini keluar satu jurnal ilmiah di Britain, maka esok sudah ada edisi bahasa jepunnya... jika pagi ini keluar satu terma baru dalam bahasa inggeris... petang ini juga sudah ada terjemahannya dalam bahasa jepun....
berapa lama sebuah buku nak di terjemahkan ke bahasa melayu agaknya? salah dasar kerajaan juga kah?
yang aku nampak... ada golongan yang cuba untuk menutup kelemahan mereka dalam memperkayakan bahasa melayu dengan menyalahkan PPSMI.. ada golongan yang tak mahu bersusah payah mengajar dengan menyalahkan PPSMI... ada golongan yang mengambil kesempatan atas kebodohan dan kemalasan golongan-golongan ini untuk mendapat publisiti politik.... ada golongan yang BODOH yang termakan omokan dan omongan golongan oportunis ini...
aku bukan pendidik, bukan pejuang bahasa, bukan oportunis... aku berjuang untuk kelangsungan dan kekuatan bangsaku... maka aku berjuang...
kata Farah... "Farah pun sayangkan bangsa dan bahasa.Pejuangan farah selama ni pun memang untuk agama, bangsa dan negara.Jadi janganlah fikir PPSMI ni akan merosakkan bangsa. Farah rasa perkara ni dah di'politik'kan.Berfikir secara rasional, jangan terlalu ikut emosi.Dunia di luar tu lebih luas dan terlalu banyak yang kita perlu pelajari."
terima kasih Farah...
Hmm... Melayu...
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55.. ...
-
ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 20...
-
Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan.... Masa Depan...?? Aku pun tak pasti apa...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Tuesday, April 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..