SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, April 12, 2009

Kufur Nikmat..

ramai yang bertanya kenapa sudah lama aku tak menambah entry malah tidak sekerap dulu...
aku pun sedar yang dulu aku kerap untuk menulis dan berkongsi dengan sahabat-sahabat dan kawan-kawan pendapat aku..

sebenarnya aku bergerak di kalangan masyarakat hari ini untuk melihat sendiri keadaannya negara kita ni.. aku tak mahu sekadar duduk di hadapan laptop dan memandang dari jendela.. kerana sudah tentu jendela aku itu hanya memaparkan pandangan dari satu sudut sahaja dan pastinya tidak tepat dan sempit...

namun itulah hakikatnya hari ini dalam masyarakat kita.. orang bukan melayu memandang dari sudut mereka.. kepentingan dan melihat bantuan yang diberikan kepada orang melayu sebagai tidak adil..
lebih menyedihkan.. kini wujud golongan melayu yang lupa akan perjuangan... kerana mereka kini telah hidup selesa.. dilahirkan dalam keluarga yang selesa dan perfikiran luas..
dengan ANGKUH menyatakan bahawa bantuan dan quota itu tidak lagi diperlukan..
mereka lupa bahawa kemewahan dan kesenangan hari ini yang mereka rasai adalah hasil dari dari bantuan dan quota itu tadi...
mereka lupa bahawa asal keluarga mereka adalah perempat di negara sendiri.. petani, pesawah malah orang gaji di rumah-rumah penjajah...
hasil dari kuasa yang ada pada pemerintah, mereka mampu mengubah nasib mereka hingga menjadi golongan profesional yang hari ini memandang rendah orang yang menunggang motosikal dan pengguna kenderaan awam..
anak-anak mereka dimasukkan ke sekolah berasrama penuh hasil dari quota kerajaan.. malah melalui kenalan-kenalan mereka yang juga berjaya atas bantuan kerajaan...
anak-anak itu hari ini menganuti satu ideologi baru.. ideologi sempit "Bangsa Malaysia" ysng mengikut pandangan tingkap mewah mereka..
fahaman "Bangsa Malaysia" yang memperjuangkan idea semata-mata dan tidak berpandukan realiti...

Idea?

Realiti?

tak faham?

aku pun tak faham..... Hahahaahahahaha!!!!!!!


IDEAnya : semua rakyat Malaysia patut mendapat peluang yang sama dan tiada quota serta istilah bangsa dalam semua bidang...

REALITInya : semua rakyat Malaysia memang mendapat peluang.. malah bukan rakyat Malaysia pun merasa nikmat dari negara ini... bantuan dan quota ini adalaha kerana melayu hari ini masih belum mampu untuk bersaing(ini aku dah jelaskan dalam entry-entry sebelum ini)...
istilah melayu dan bumiputera dalam bidang ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan awam adalah untuk memastikan ketidakseimbangan itu semakin tidak ketara...

YANG AKU TAK FAHAMnya: kenapa MELAYU yang dulunya bertatih, menagih serta menikmati bantuan dan quota yang diberikan hari ini mengatakan itu semua tidak perlu lagi?

KENAPA?

kerana hari ini mereka tidak perlukan lagi peluang-peluang itu?
kerana mereka hari ini sudah mampu untuk berlari sendiri, tidak perlukan tongkat?
lupakah mereka, walaupun mereka hari ini sudah barjaya dan bergaya... masih ramai lagi melayu yang perlukan bantuan dan quota untuk bertatih?

kenapa begitu lancang mereka berkata-kata?

lupakah mereka, bukan mereka sahaja yang ingin di jadikan berjaya oleh pemerintah?
atau mereka hanya memandang dari tingkap mereka sahaja? dari bilik berhawa dingin, di rumah mewah berharga ratusan ribu dan apa yang mereka lihat di luar tingkap adalah kereta mereka yang kos menservisnya saja dah mencecah empat angka?

paling menyedihkan bila mereka yang kononnya terpelajar dan pandai ini menjadikan blog dan news portal sebagai kitab dan menerimanya tanpa penyelidikan.....

menjadikan maklumat-maklumat yang entah dari mana datangnya sebagai rujukan malah dengan bangga mencanang ideologi sempit mereka...

aku seperti sudah bosan melayan orang-orang seperti ini.. yang memandang diri mereka hebat kerana berpendidikan tinggi.. kerana selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat dan menjadikan mereka Qarun yang lupa diri...
biarlah mereka dengan pemikiran sempit mereka.. siapalah aku... sekadar semut kecil dibumi bertuah ini...
namun aku memohon pada Allah.. semoga aku tidak di tarikNya nikmat bersyukur.. semoga aku tidak ditarikNya nikmat untuk melihat keluar dari tingkapku yang sempit dan hapak ini... hmm.. melayu...

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..