SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, April 21, 2009

Satu Malaysia = Malaysian Malaysia?



aku sebenarnya bukan faham sangat apa itu konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib ketika beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6 bagi negara kita yang muda usianya ni...


ada pihak yang menyatakan konsep ini adalah saduran konsep yang telah lama di perjuangkan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP selepas Singapura terpisah dari Gagasan Malaysia...


ada pula yang mengatakan konsep ini adalah konsep yang biasa kita amalkan di negara ini yang diberi nafas baru dan di perbaiki setelah mengambil kira perubahan yang berlaku sepanjang 52 tahun kita merdeka..


entahlah... aku seperti rakyat yang lain.. menunggu dan memahami konsep ini sebelum berusaha untuk memastikan aspirasi pemimpin tertinggi negara kita ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya...


tapi yang aku pasti, konsep ini tidak mungkin akan bertentangan dengan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada negara kita..


Satu Malaysia sudah pasti tidak akan mengamalkan konsep asiminasi atau melting bowl seperti yang di amalkan oleh negara jiran kita... sudah pastinya, konsep intergrasi atau salad bowl akan tetap diamalkan...


maknanya.. akan terus ada sekolah jenis kebangsaan yang mengunakan bahasa mandarin atau tamil.. akan terus ada berita dalam bahasa mandarin dan tamil.. akan terus ada tokong dan kuil... akan terus ada ras atau bangsa serta budaya yang pelbagai... serta tidak akan ada halangan untuk mana-mana pihak untuk mendapat hasil dari negara ini...


dan yang aku sangat pasti.. walaupun apa pun konsep yang yang dicetuskan, apa pun dasar yang di perkenalkan, walau apa pun kelonggaran atau kemudahan yang diberi... aku amat-amat pasti apabila apa saja diberikan atau diperkenalkan untuk membantu orang melayu... akan ada suara-suara kedengaran menjadi hero, membangkang dan melabelkan tindakan itu sebagai tidak adil dan perkauman...


dan aku yakin.. amat yakin bahawa masyarakat hari ini akan sudah pasti termakan dan menjadi pengikut setia kepada suara-suara ini...


aku amat yakin lagi bahawa ada dikalangan orang melayu sendiri akan menyokong suara-suara ini.. dan aku yakin orang-orang ini adalah golongan yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka hasil dari dasar yang mereka gelar tidak adil dan perkauman ini...


biarlah... biarlah mereka nak mengatakan apa saja.. dah lepas tekak sendiri, maka timba yang diteguknya air itu wajar di buang kerana tidak perlu lagi... tak kiralah berapa ramai lagi yang kehausan dan memerlukan timba itu...


kalau golongan yang menjadi bukti bantuan yang diberikan itu berjaya pun lupa daratan dan jijik pada lantai yang mereka injak.. maka memang patutlah ini semua terjadi...


jadilah kita seperti selepas PRU 12 tempoh hari.. menanggung akibat yang maha berat oleh kebodohan dan termakan janji serta terlupa memandang kebelakang...


biarlah... sejarah itukan membosankan... sejarah itukan perkara yang lepas... sejarah itukan tak penting... sejarah itukan takkan berulang..


Hmm.. Melayu..

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..