SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, April 18, 2009

Aku Seorang Racist....

Assalamualaikum dan terima kasih buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan kerana sudi untuk membaca dan berkongsi pendapat mereka tentang entry-entry aku....

aku tertarik dengan satu komen dari seorang kawan..

Pamie said...
Aku x bape berkenan sgt la bila org terlalu agungkan melayu..bukan sbb aku bukan org melayu or aku x syg melayu..tp semangat nasionalis yg terlalu kuat akan bwk kpd perpecahan..cek blk camne turki othmaniah bleh jatuh dulu..seme sbb terlalu taksub ngan semangat nasionalisme..ni aku punye opinion la..bleh bls kalu x setuju..kite bleh open utk discussion secara friendly..
April 18, 2009 6:42 PM


aku juga mendapat respon dari seorang rakan bukan melayu, Dr Swee.. comel orangnya.. jujur dalam memberi pendapat.. seorang yang senang untuk bertukar-tukar pendapat.. dia seorang doktor gigi di Kampar yang mengatakan entry-entry aku berbaur perkauman atau 'Racist'...


Racistkah aku?


semuanya aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sekurang-kurangnya ada juga yang sudi untuk membuka blog aku yang tak menarik 'layoutnya' malah membaca entry-entry aku yang kurang menarik berbanding blog-blog yang lain...


aku juga seperti Pamie, tak setuju bila orang terlalu mengagung-agungkan melayu.. pada aku, orang seperti ini samalah seperti orang yang tak mahu menerima hakikat kerakyatan bukan melayu...

malah mereka ini membuat banyak kenyataan yang berbaur perkauman seperti " kami peribumi, kamu pendatang" atau "sedarlah diri ko tu, ko tu menumpang je"... dan aku rasa sahabat-sahabat dan kawan-kawan lebih arif dari aku tentang terma-terma yang sering di hamburkan oleh golongan ini...


pada aku secara asalnya.. Melayu adalah rakyat di Tanah Melayu sebelum merdeka...
ketika kemasukan orang cina dan india oleh British...
mereka bukan rakyat Tanah Melayu tetapi pekerja yang di bawa untuk mengusahakan ladang dan lombong...

tapi, perlu di ingat bahawa bukan orang melayu sahaja yang menjadi rakyat raja ketika itu, tetapi juga golongan baba dan chettiya malah keturunan siam serta orang asli...


tetapi hari ini.. hasil dari kontrak sosial yang dicapai ketika kemerdekaan.. mereka yang dahulunya pekerja yang datang sekadar untuk bekerja telah menjadi rakyat bagi Persekutuan Tanah Melayu dan hari ni dikenali sebagai Malaysia...



jadi apa bezanya kita... selagi dia seorang rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip kontrak sosial..

kesetiaannya kepada raja...

Menerima Islam sebagai agama persekutuan...

Menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan kita...

menerima hakikat bahawa melayu itu perlu bantuan bukan kerana mereka melayu tetapi sebagai pribumi yang telah tertinggal jauh berbanding bangsa lain..

dan menerima kerakyatan semua warganya tanpa prejudis....


aku bukan mengagungkan melayu... jauh sekali untuk menyempitkan konsep Ketuanan Melayu itu...

pada aku, melayu perlu bangun dan bersatu... perlu sedar keistimewaan yang di wujudkan semasa kemerdekaan itu sebenarnya peluang... peluang untuk mereka bersaing...

peluang untuk mereka menjadi warga yang mampu untuk menikmati hasil negara ini...

yang penting mereka berusaha....

berusaha.. bukan hanya duduk diam dan menanti bantuan yang dicanangkan sebagai hak...
hak itu perlu di gunakan sebaiknya bukan di sia-siakan....

pada aku ini adalah agenda nasional... agenda bukan sahaja orang melayu malah seluruh rakyat Malaysia untuk jayakan....

diakhirnya... semua pihak akan bergembira... semua pihak akan dapat peluang yang sama apabila semua pihak mampu bersaing dengan sekata...

TAPI...

hari ini aku lihat ada pihak yang ingin mengambil kesempatan atas salah faham ini...

apa saja yang dikatakan sebagai membantu orang melayu dikatakan mengagungkan melayu, perkauman...

di omongkan juga bahawa bantuan itu tidak adil dan menutup peluang orang lain untuk berjaya...

dikatakan juga mereka memberi lebih tapi mendapat sedikit...

dikatakan juga bantuan yang di berikan pada orang melayu itu di sia-siakan....

kemudian atas nama Bangsa Malaysia dan Keadilan maka mereka menggelarnya DASAR PERKAUMAN...

betulkah kata mereka ini?

kita ambil satu perumpamaan..

seorang peniaga kedai runcit yang hanya bermodalkan RM20 ribu... mampukah bersaing dengan hypermarket yang bermodalkan jutaan ringgit?

sudah tentu tidak mampukan? sudah tentu jika di biarkan persaingan ini tanpa sebarang bantuan, pekedai runcit itu akan tutup kedai....

begitu juga dengan orang melayu sebenarnya... tidak mampu bersaing jika persaingan itu berdasarkan kemampuan sendiri.. sudah pasti akan terus terkebelakang dan tercicir...

ADILKAH itu?

kita ambil satu lagi perumpamaan...

si A & B adalah masing-masing pembayar cukai pendapatan...
setelah di kira-kira.. kedua-duanya dikehendaki membayar 7% dari jumlah pendapatan mereka...
Si A membayar RM 70 manakala si B membayar RM 700?

kenapa Si B mesti membayar lebih dari Si A?

kerana pendapatan B adalah lebih dari A....

Bagaimana B mendapat pendapatannya?

Si B seorang Pekerja di syarikat swasta... syarikat swasta yang mendapat keuntungan dari kemakmuran dan dasar-dasar serta peluang-peluang yang ada dalam negara ini...

maknanya... syarikat yang menggajikan si B mendapat hasil dari negara ini...

nah... jelas kita lihat bahawa seseorang atau pihak-pihak yang membayar cukai yang banyak adalah kerana mereka mendapat hasil yang banyak...
jadi adalah tanggungjawab mereka untuk membayar cukai kepada negara...

tidak timbul keadaan mengatakan mereka memberi lebih tapi dapat sedikit...
malah keadaan sebenarnya ialah..

mereka mendapat banyak jadi mereka memberi banyak....
dimana TIDAK ADILNYA?

memang benar ada ramai melayu yang tak menyedari hakikat ini... memang benar ada melayu yang menganggap bahawa mereka mendapat bantuan semata-mata mereka bumiputera...

tapi adakah bantuan itu patut dihentikan semata-mata persepsi itu?

siapakah yang untung jika bantuan-bantuan dihentikan?

siapakah yang mengatakan ianya bukan perkauman bila ada pihak yang menggunakan isu-isu ini untuk mendesak di hentikan bantuan-bantuan itu?

siapakah yang mengatakan ianya bukan perkauman bila bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah yang menggunakan bahasa mengikut bangsa mereka...

siapakah yang mengatakan ianya bukan perkauman bila melabel aku sebagai racist bila aku marah pada jeff ooi yang mengeluarkan kenyataan yang aku lihat meraikan tindakan menghina Sultan Perak?

siapa sebenarnya yang RACIST?

saranan aku pada semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan agar membaca semula semua entry-entry aku...
kali ini bukan sebagai melayu... bukan sebagai cina mahupun india... tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahukan hasil negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama...

kalau semangat itu dikatakan perkauman dan nasionalis yang melampau... aku rela di gelar seorang RACIST....

Hmm.. Melayu...

1 comment:

  1. ok bai, aku dah bace entry ko kali ni..bagus analogy ko.wat aku senang nak pham ape yg ko cuba sampaikan..tp bai, aku x bape berkenan ngan segala kepentingan yg diberi kat org melayu..keistimewaan masuk uni, biasiswa etc..seme ni kalu kite sedar ke x, wat org melayu makin mundur dari aspek semangat bersaing. sbb diorang duk dlm "bubble"..dlm safe & comfort zone..cuba tanye org2 melayu kat uni,nape diorang mls studi & rela pi tgk wayang time2 nak exam? diorang akan jwb "alaa..dpt rendah pon still dpt biasiswa, still dpt itu ini..watpe nak tinggi2..?"

    sorang member chinese aku ckp, diorang kene fight giler2 sbb utk diorang,kalu dpt 10A pon blom tentu dpt masuk IPTA or dpt biasiswa..so diorang kene berusaha giler2 utk jd the best..

    So skang sape yg salah bila melayu makin layu?

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..